Hakikat Kehidupan Suami Isteri
Fasal 120 Muqaddimah al-Dustur
Kehidupan suami isteri adalah kehidupan yang sarat dengan ketenangan. Pergaulan suami isteri adalah pergaulan penuh persahabatan. Kepemimpinan suami terhadap isteri adalah kepemimpinan pengaturan (bertanggung jawab), bukan kepemimpinan layaknya seorang penguasa. Seorang isteri diwajibkan taat kepada suami. Seorang suami diwajibkan memberi nafkah yang layak sesuai dengan cara yang makruf.
Perkara ini menjelaskan hakikat kehidupan suami isteri di dalam rumah tangga. Kehidupan suami isteri adalah kehidupan yang sarat dengan ketenangan, ketenteraman, kasih sayang dan persahabatan. Interaksi suami isteri tegak di atas prinsip ta’awun(tolong-menolong), saling menyokong, bersahabat, harmoni, menyegarkan, tidak kaku dan formal. Hubungan suami isteri adalah interaksi yang penuh kehangatan, ketenangan dan jauh dari kekakuan.
Kepemimpinan seorang suami di dalam rumah tangga adalah kepemimpinan yang bersifat mengatur dan melayani (ri’ayah), bukan kepemimpinan diktator layaknya seorang penguasa yang selalu menggunakan pendekatan kekuasaan. Seorang isteri juga diwajibkan taat kepada suami dalam batas-batas yang telah ditetapkan syariah.Walau bagaimanapun suami diwajibkan memberi nafkah kepada isteri dengan cara yang makruf.
Fasal ini disandarkan pada nas-nas al-Quran dan as-Sunnah yang menjelaskan hakikat kehidupan suami isteri, hak dan kewajipan, serta sifat interaksi di antara keduanya. Di dalam al-Quran, Allah SWT menjelaskan bahawa ikatan suami-isteri ditetapkan untuk melahirkan ketenangan (sakinah):
هُوَ ٱلَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفۡسٖ وَٰحِدَةٖ وَجَعَلَ مِنۡهَا زَوۡجَهَا لِيَسۡكُنَ إِلَيۡهَاۖ۞
“Dialah Yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan darinya Dia menciptakan isterinya agar dia rasa senang kepadanya” (TMQ al-A’raf [7]: 189).
وَمِنۡ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٰجٗا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَكُم مَّوَدَّةٗ وَرَحۡمَةًۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَأٓيَٰتٖ لِّقَوۡمٖ يَتَفَكَّرُونَ ٢١
“Di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan Dia jadikan di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sungguh pada yang demikian benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang berfikir” (TMQ ar-Rum [30]: 21).
Kata as-sakn bermakna al-ithmi‘nan (ketenangan atau ketenteraman). Ayat ini menjelaskan bahawa kehidupan suami isteri adalah kehidupan yang menjadikan suami merasa tenang dan tenteram dengan kehadiran isteri. Sebaliknya, isteri merasa aman dan tenang dengan kehadiran suami di sisinya.
Allah SWT pun berfirman:
وَلَهُنَّ مِثۡلُ ٱلَّذِي عَلَيۡهِنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِۚ
“Para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang makruf” (TMQ al-Baqarah [2]: 228).
Imam al-Qurthubi menjelaskan makna ayat ini dengan mengutip sebuah riwayat dari Ibnu ‘Abbas ra. yang berkata, “Maknanya, para isteri memiliki hak mendapatkan persahabatan dan pergaulan yang baik dari suami-suami mereka sebagaimana kewajipan mereka taat kepada suami-suami mereka dalam perkara-perkara yang diwajibkan atas diri mereka.” (Al-Qurthubi, Al-Jami` li Ahkam al-Qur’an, 3/123-124. Maktabah Syamilah).
Jabir ra. bertutur bahawa Nabi saw. bersabda:
فَاتَّقُ اللهَ فِى النِّسَاءِ فَإِنَّكُمْ أَخَذْتُمُوْهُنَّ وَاسْتَحْلَلْتُمْ فُرُوجَهُنَّ بِكَلِمَةِ اللهِ
“Bertakwalah kamu kepada Allah dalam (urusan-urusan) wanita (isteri). Sungguh kalian telah mengambil mereka dengan amanah dari Allah dan kamu telah menghalalkan kemaluan-kemaluan mereka dengan kalimat Allah” (HR Muslim).
Aisyah ra. juga bertutur bahawa Rasulullah saw. pernah bersabda:
خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِه وَ أَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِي
“Yang terbaik di antara kamu adalah orang yang paling baik perlakuannya kepada keluarganya. Aku adalah yang terbaik di antara kamu dalam memperlakukan keluargaku” (HR at-Tirmidzi).
Abu Hurairah ra. pun bertutur bahawa Nabi saw. bersabda:
خِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِلنِّسَائِهِمْ
“Yang terbaik di antara kalian adalah yang paling baik kepada isteri-isteri mereka “(HR at-Tirmidzi).
Baginda Nabi saw. adalah orang yang paling baik dalam mempergauli keluarganya. Beliau setelah selesai solat Isyak, misalnya, biasa bersembang seketika dengan keluarganya sebelum beranjak ke tempat tidur. Beliau sentiasa menghiburkan mereka dengan gelak tawa.
Nas-nas di atas menunjukkan bahawa seorang suami berkewajipan menciptakan kehidupan rumah tangga yang dipenuhi keamanan, ketenangan dan ketenteraman. Di dalam Tafsir al-Qurthubi diriwayatkan bahawa Ibnu ‘Abbas ra. berkata, “Sungguh, aku akan berhias untuk isteriku sebagaimana dia berhias untukku. Aku tidak suka mengambil seluruh hakku kepada dia sehingga dia meminta haknya kepadaku. Sebab, Allah SWT telah berfirman ( ertinya): Para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang makruf (TMQ al-Baqarah [2]: 228). Maksudnya adalah berhias yang tidak berdosa.” (Al-Qurthubi, Tafsir Qurthubi, 3/123. Maktabah Syamilah).
Dalam hal kepemimpinan rumah tangga, kepemimpinan tersebut bersifat mengatur dan melayani (ri’ayah), bukan kepemimpinan layaknya seorang penguasa. Di dalam al-Quran Allah SWT berfirman:
ٱلرِّجَالُ قَوَّٰمُونَ عَلَى ٱلنِّسَآءِ ٣٤
“Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita” (TMQ an-Nisa‘ [4]: 34).
Kepemimpinan (al-qawamah) di dalam ayat ini merupakan kepemimpinan yang mengatur dan melayani (ri’ayah), bukan kepemimpinan pengarahan dan penguasaan. Menurut bahasa Arab, makna kepemimpinan seorang lelaki atas perempuan (qawamah ar-rijal ‘ala an-nisa`) adalah (al-infaq ‘alayha wa al-qiyam bi ma tahtajuhu: menafkahi isteri dan memenuhi apa yang ia perlukan.”
Makna literal ini digunakan pula pada makna syarie dari kata al-qawamah. Atas dasar itu, makna kepemimpinan seorang lelaki atas perempuan adalah kepemimpinan untuk menegakkan urusan-urusan wanita.”
Adapun dalam karakter perlakuan dan pergaulan suami isteri yang ditetapkan syariah adalah ‘isyrah shuhbah (pergaulan yang penuh dengan persahabatan). Di dalam al-Quran, Allah SWT mensifati isteri dengan sebutan shahibah (Lihat: QS ‘Abasa [80]: 36).
Nabi saw. mempergauli dan memperlakukan isterinya dengan penuh persahahabatan. Beliau tidak memperlakukan mereka layaknya bawahan, atau orang yang berada dalam kekuasaan. Di dalam riwayat-riwayat sahih dituturkan bahawa isteri-isteri beliau pernah memprotes dan berhujah dengan beliau.
Umar bin al-Khattab ra. menuturkan sebuah riwayat panjang yang ringkasnya sebagai berikut:
“Kami orang-orang Quraisy menguasai isteri-isteri kami (para isteri tidak berani melawan dan protes). Namun, ketika kami datang ke Madinah dan tinggal di kalangan orang-orang Anshar, kami mendapatkan mereka itu dikalahkan isteri-isteri mereka. Isteri-isteri kami mulai meniru kebiasaan wanita-wanita Anshar. Suatu hari, aku mengherdik isteriku dan bersuara keras kepadanya, dia pun menjawab dan membantahku. Aku mengingkari perbuatannya yang demikian. “Mengapa engkau mengingkari apa yang kulakukan, sementara demi Allah, iisteri-isteri Nabi saw. sendiri mendebat beliau, sampaikan salah seorang dari mereka memboikot beliau dari siang sampai malam,” kata isteriku membela diri.
Berita itu mengejutkan aku, “Sungguh sangat rugi orang yang melakukan hal itu dari mereka,” kataku kepada isteriku.
Lalu ku kenakan pakaian lengkapku dan turun menemui Hafsah, puteriku. “Hafsah, apakah benar salah seorang kalian ada yang marah kepada Nabi saw. dari siang sampai malam?” tanyaku.
“Ya,” jawab Hafsah. “Sungguh rugi yang melakukan hal itu,” tanggapku.
“Apakah kalian merasa aman dari kemurkaan Allah SWT kerana kemarahan Rasulullah saw. hingga kamu pun binasa? Jangan kamu banyak menuntut kepada Nabi saw. Jangan kamu mendebat beliau dalam satu perkara pun dan jangan memboikot beliau. Minta saja kepadaku apa yang ingin kamu minta. Jangan tertipu dengan keberadaan madumu yang lebih cantik darimu dan lebih dicintai oleh Rasulullah saw.” (Yang dimaksud Umar ra. Aisyah ra.) (HR al-Bukhari dan Muslim).
Anas bin Malik ra. bertutur: Salah seorang isteri Nabi saw. pernah menghadiahkan makanan yang diletakkan di atas piring. ‘Aisyah ra. memecahkan piring itu dengan tangannya hingga makanan yang berada di atasnya tumpah. Nabi saw bersabda, “Wadah (perlu diganti) dengan wadah. Makanan (perlu diganti) dengan makanan.” (HR at-Tirmidzi).
Hadis-hadis ini menunjukkan bahawa kepemimpinan seorang suami dalam rumah tangga adalah kepemimpinan yang sarat dengan persahabatan, bukan kepemimpinan layaknya seorang penguasa.
Adapun dalam hal ketaatan, Allah SWT memerintahkan isteri untuk taat kepada suami dan mengharamkan nusyuz (membangkang kepada suami) (Lihat: QS an-Nisa‘ [4]: 34).
Di dalam hadis sahih, Nabi saw. bersabda:
لَوْ أَمَرْتُ أَحَدًا أَنْ يَسْجُدَ لِأَحَدٍ لِأَمَرْتُ الْمَرْأَة أَنْ تَسْجُدَ لِزَوْجِهَا مِنْ عَظِيْمِ حَقِّهِ عَلَيْهَا، وَلاَ تَجِدُ امْرَأَةٌ حَلاَوَةَ اْلإِيْماَنِ حَتَّى تُؤَدِّي حَقَّ زَوْجِهَا وَلَوْ سَأَلَهَا نَفْسَهَا وَهِيَ عَلَى ظَهْرِ قَتَبٍ
“Andai aku diperbolehkan memerintahkan seseorang untuk sujud (menyembah) kepada orang lain, nescaya aku memerintahkan seorang wanita untuk sujud kepada suaminya kerana begitu besarnya hak suami atas isterinya. Seorang wanita tidak akan merasakan manisnya iman hingga dia memenuhi hak suaminya walaupun suami meminta dirinya, sedangkan dia sedang berada di atas kenderaan.” (HR al-Hakim).
Dalam konteks nafkah dalam kehidupan rumah tangga, Allah SWT telah mewajibkan suami memberi nafkah kepada isteri (Lihat: QS ath-Thalaq [65]: 7).
Khatimah
Inilah gambaran kehidupan rumah tangga di dalam Khilafah Islamiyyah. Realiti seperti ini menunjukkan bahawa institusi keluarga yang tegak di atas syariah Islam benar-benar mampu mewujudkan ketenangan, ketenteraman, keadilan dan rasa aman. Suami isteri hidup berdamping saling mencintai dan membina, serta menjalankan bahtera keluarga selayaknya dua orang sahabat sejati yang selalu berkongsi suka dan duka.