Hampir 30 Ribu Penduduk Muslim Ukraine menyokong Hizbut Tahrir dan Khilafah
Menurut akhbar tersebut, anggaran jumlah anggota Hizbut Tahrir masih belum diketahui jumlahnya. Pada tahun sebelumnya, jumlahnya dianggarkan antara 800-900 orang anggota di seluruh Ukraine. Hal ini menunjukkan berlakunya pertumbuhan yang menggalakkan bagi Hizbut Tahrir di Ukraine.
Ini diakui oleh pihak berkuasa setempat bahawa pengaruh Hizbut Tahrir telah menembusi ke pelbagai lapisan masyarakat setempat, daripada remaja sehinggalah para intelektual.
“Idea-idea Hizb semakin menembusi ke pelbagai kelompok masyarakat yang berbeza-beza, dari remaja hingga orang dewasa, hingga lulusan madrasah dan para imam daerah,” kata Ayder Bulatov, Wakil Ketua Jawatankuasa Urusan Agama Republik Ukraine.
Dia menjelaskan situasi ini berjalan seiring dengan meningkatnya keinginan warga Muslim di Ukraine bagi membolehkan mereka keluar daripada penderitaan dan kesulitan yang menimpa mereka selama beberapa dekad terakhir ini. Mereka mencari jalan keluar untuk menyelamatkan generasi muda daripada dosa, tindakan kejahatan dan tidak bermoral yang selama ini telah menguasai masyarakat mereka, seperti kebiasaan untuk berbohong, kurangnya rasa hormat terhadap orang tua, penyalahgunaan alkohol dan ubat-ubatan terlarang yang lain serta pelacuran.
Hizbut Tahrir merupakan sebuah parti politik Islam antarabangsa yang bermatlamat untuk melanjutkan kehidupan Islam di bawah naungan Khilafah Rasyidah. Di Ukraine, gerakan ini sangat aktif dan berpengaruh. Beberapa kegiatan dakwah dilakukan ke pelbagai peringkat seperti konferens dan seminar [baca: Gaung Khilafah di Ukraine, Ungkap Kegagalan Kapitalisme Beri Solusi Islam [+foto]]. Mereka juga menyeru Khilafah sebagai penyelesai yang tuntas atas persoalan yang menimpa dunia Islam hari ini.
Dipetik daripada syabab.com