Hanya penerapan syariah di bawah Khilafah yang akan selamatkan Malaysia
Inilah antara tarikan seminar Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) yang bertemakan “Selamatkan Malaysia Dengan Syariah dan Khilafah” di sini, hari ini. Seminar kali ini mengupas segala masalah yang berlaku di Malaysia dalam segala bidang termasuk pemerintahan, politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan banyak lagi. Ust Razi Salleh, yang juga aktivis HTM menjadi ahli panel pertama yang mengungkap keseluruhan masalah tersebut.
Majlis disambung dengan pembentangan oleh Dr. Muhammad Abu al-Ayn yang menjelaskan akar kepada segala masalah tersebut yang sebenarnya berpunca dari “sistem sekular” yang diterapkan di Malaysia. Segala masalah yang wujud sesungguhnya tidak boleh dilepaskan dari punca utamanya iaitu syariah Islam yang tidak diterapkan dan diganti dengan sistem sekular tinggalan penjajah yang diteruskan oleh pemimpin hari ini, tegas Dr Muhammad yang juga AJK Pusat HTM.
Ketua Maktab I’lami HTM, Ust Abdul Hakim Othman kemudiannya menyampaikan pembentangan terakhir bertajuk “Hidup Sejahtera di Bawah Naungan Syariah dan Khilafah”. Beliau menjelaskan dengan penuh semangat sejarah kegemilangan Islam, sejak awal berdirinya pemerintahan Islam oleh Rasulullah SAW di Madinah, sehinggalah ke kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah yang terakhir di Turki yang semuanya membuktikan bagaimana sejahteranya kehidupan umat manusia tatkala syariah Islam diterapkan ke atas mereka. Hakim menyentuh seluruh aspek kehidupan di bawah naungan syariah seperti keperluan asas, sistem ekonomi, pergaulan, uqubat, jihad dan banyak lagi yang telah diterapkan di masa pemerintahan Daulah Islamiyyah yang terbukti telah membawa kebaikan dan rahmat untuk seluruh alam.
Abdul Hakim yang juga merupakan jurucakap HTM, menyimpulkan bahawa kehidupan di dunia ini amnya dan di Malaysia khususnya sudah pasti akan terus berada dalam masalah dan tidak akan dapat diselesaikan selagi mana manusia meninggalkan hukum yang dicipta oleh Tuhan manusia itu sendiri dan tidak kembali hidup di bawah naungan pemerintahan Islam, Khilafah Islamiyyah.
Seminar yang sama berlangsung di Hotel Sri Malaysia, Ipoh, Perak yang menghadirkan tiga orang lagi ahli panel daripada HTM iaitu Ridhuan Hakim, Ahmad Zakaria Hamidon dan Muaz Abu Thalhah.
Foto dibawah merujuk seminar yang sama di Ipoh