Hentikan Menyembah Kuffar Barat!
KAHERAH 17 Jan. – Menteri Luar Mesir, Ahmed Abul Gheit memberi amaran kepada negara-negara Barat supaya tidak campur tangan dalam urusan di negara-negara Arab. Kenyataan ini dikeluarkan sehari selepas Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton menggesa ketua-ketua negara Arab bekerjasama dengan ‘orang mereka’ untuk membawa perubahan.
Dalam kenyataan berbeza, diplomat Kaherah itu meminta tidak menyebarkan ketakutan tentang pemberontakan seperti Tunisia boleh merebak ke negara-negara Arab yang lain, sambil menyifatkan semua itu sebagai merepek. Abul Gheit memberi komen tersebut ketika berada di kawasan peranginan Sharm El-Sheikh, Laut Merah di mana menteri-menteri luar negara Arab sedang bersiap-sedia untuk menyertai persidangan ekonomi pada Rabu ini.
Ujar Abul Gheit, Mesir mencadangkan kepada ketua Liga Arab, Amr Mussa bahawa sidang kemuncak itu membincangkan isu tentang percubaan sesetengah negara Barat dan Eropah untuk campur-tangan dalam masalah di negara-negara Arab.
Khamis lalu, Clinton menggesa ketua negara-negara Arab untuk berkerjasama dengan mereka bagi melaksanakan reformasi atau melihat pelampau akan berkuasa. – AFP
Sumber : Utusan Online, 19/01/2011
Hentikan Menyembah Kuffar Barat!
Memberi amaran? Sekeras mana amaran tersebut? Atau sekadar sandiwara lama untuk tunjuk hero? Di sebalik ‘amaran’ tersebut, mereka masih menjalankan hubungan diplomatik dan menyerahkan leher kaum Muslimin kepada Barat. Tidakkah pemimpin umat Islam ini sedar bahawa, apa yang ditunjukkan oleh Barat merupakan manifestasi ketakutan mereka atas kebangkitan umat Islam? Mereka cukup takut sekiranya umat Islam bersatu, dan menerapkan Islam dalam kehidupan bernegara serta menyatukan seluruh kaum Muslimin di bawah sebuah entiti politik. Apa yang berlaku di Tunisia baru-baru memberikan mesej yang sangat jelas kepada seluruh pemimpin Islam yang khianat, bahawa pemerintahan mereka itu tidak akan kekal selama-lamanya kerana Allah boleh sahaja menariknya pada bila-bila masa. Malahan, kebangkitan umat sendiri menjadi kayu ukur yang jelas akan kerosakan yang telah dibuat oleh pemimpin mereka.
Persidangan yang dipelopori oleh pemimpin- pemimpin arab ini sepatutnya dibuat dengan platform “Islam” sebagai penyatu, dan bukannya “bangsa Arab”! Malahan, persidangan seperti ini tidak bermakna sekiranya hanya bermatlamat untuk mengekalkan penguasaan ke atas umat dan menyuburkan kapitalisme dan demokrasi di bumi umat Islam. Yang pasti, persidangan seperti ini amatlah didambakan Barat. Kewujudan para diktator arab seperti yang ada di Mesir, Arab Saudi, Syria, Morocco, dan lain-lain telah merantai umat Islam dari melaksanakan Islam secara kaffah. Apa yang sepatutnya dilakukan oleh para pemimpin umat Islam ini ialah memutuskan hubungan dan kebergantungan kaum Muslimin dengan kaum kuffar Barat! Bukannya bermadah helah dan semakin menyembah dan mengalu-alukan huluran tangan mereka yang penuh dengan darah ibu-ibu, kanak-kanak dan orang-orang tua kaum Muslimin.
Ingatlah wahai para pemimpin kaum Muslimin. Kalian telah diberi ujian oleh Allah di muka bumi ini agar menerapkan Islam dalam pemerintahan kalian. Oleh itu, ambilah peluang ini sebaik-baiknya dengan menerapkan Islam secara keseluruhan, menyatukan seluruh negeri umat Islam, membebaskan satu persatu negeri umat Islam yang dijajah oleh kafir Barat sebagaimana yang telah dilakukan oleh Salahuddin Al Ayubi. Wahai pemimpin kaum muslimin, ingatlah firman Allah :
“Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” [TMQ Muhammad (47):7].