Hinanya Meraikan Kedatangan Si Kafir Harbi
KUALA LUMPUR, 27 Sept – Timbalan Setiausaha Negara Amerika James B. Steinberg akan mengadakan lawatan kerja selama dua hari ke Kuala Lumpur mulai esok. Steinberg yang diiringi oleh pegawai dari Jabatan Negara, Jabatan Pertahanan, dan Direktorat Risikan Nasional Amerika dalam lawatan itu dijangka akan membincangkan isu utama berkaitan hubungan dua hala, serantau dan kepentingan antarabangsa dalam lawatannya itu.
Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata Steinberg dijadualkan mengunjungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatannya itu. Beliau juga dijadualkan mengunjungi Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Menteri Luar Senator A.Kohilan Pillay. “Lawatan kerja oleh Steinberg ini menggambarkan kekukuhan kerjasama dan hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA
Sumber: myMetro 27/09/09
Amat Hina Sekali Apabila Pemimpin Umat Islam Meraikan Kedatangan Para Pemimpin Kafir Harbi
Wahai para pemimpin umat Islam! Di manakah kemuliaan kamu sebagai seorang Muslim? Apakah kamu tidak merasa bersalah dengan kesediaan diri kamu menerima kunjungan para pemimpin kafir harbi hukman wa fi’lan AS laknatullah? Bukankah kedatangan Timbalan Setiausaha Negara Amerika James B. Steinberg itu mewakili AS sebagai rejim yang memerangi umat Islam secara terang-terangan? Bukankah AS itu negara Kapitalisme yang saat ini masih menjajah negeri-negeri umat Islam? Bukankah tangan kuffar AS itu masih basah dengan titisan darah umat Islam sehingga kini?
Wahai Najib! Wahai Zahid Hamidi! Apakah hujah yang akan kamu berikan di hadapan Allah SWT kelak dengan tindakan kamu meraikan kedatangan musuh Allah dan musuh umat Islam itu? Wahai para pemimpin sekular yang ada pada hari ini! Bukankah kemuliaan itu adalah hanya milik Allah SWT, Rasulullah SAW dan orang-orang yang beriman. Apakah kamu menyedari dan mengetahui bahawa hubungan umat Islam dengan kafir harbi hukman wa fi’lan seperti AS itu adalah jihad?
Wahai Najib! Wahai Zahid Hamidi! Ketahuilah bahawa kekuatan yang akan menggerunkan AS dan sekutu-sekutunya adalah kekuatan yang dimiliki oleh Khilafah Islamiyyah. Inilah satu-satunya kekuatan yang pasti menggerunkan AS. Sejarah kemuliaan dan kekuatan umat Islam yang pernah dinaungi oleh Khilafah Islam selama 1400 tahun yang lalu sepatutnya telah cukup untuk membuktikan dan membenarkan keyakinan kita sebagai umat Islam bahawa kekuatan Islam akan kita raih jika umat Islam bersatu di bawah naungan kuasa politik umat Islam, Khilafah Islamiyyah. Maka untuk itu, adalah menjadi kewajiban kamu wahai Najib dan juga kepada golongan yang memegang kekuatan serta seluruh umat Islam amnya untuk bergerak mengikut thariqah Rasulullah SAW bagi menegakkan kembali kekuatan umat Islam, Khilafah Islamiyyah untuk kali yang keduanya. Ini merupakan suatu perkara yang dijanjikan dan yang difardukan oleh Allah SWT melalui lisan nabiNya, Muhammad SAW. Amat malang umat Islam hari ini yang tidak memiliki negara yang benar-benar menggerunkan AS yang secara terang-terangan merupakan musuh kepada Islam dan umat Islam. Amat malang sekali apabila para pemimpin sekular umat Islam pada hari ini begitu mesra dengan AS yang secara nyata merupakan musuh kepada Allah SWT dan umat Islam.
Wahai Najib! Apakah kegerunan kamu kepada AS itu mengatasi ketakutan kamu kepada murka Allah SWT sehinggakan kamu sanggup menerima kedatangan musuh Islam dan umat Islam dengan tangan terbuka. Apakah kamu tetap menggunakan dalil “1Malaysia” yang kini nampaknya menjadi sumber dalil yang kamu jaja di seluruh negara ketika ini untuk terus membenarkan setiap apa yang kamu lakukan pada hari ini?