HTB Mengerahkan Umat Islam Britain Mendedahkan Konspirasi Rejim Arab Mengepung Gaza

Hizbut Tahrir Britain (HTB) telah  mengerahkan media massa dan kaum Muslimin di Britain untuk mendedahkan konspirasi para penguasa rejim Arab, terutamanya rejim Mesir dalam menghapuskan ‘penjara besar’ yang telah menyengsarakan rakyat Gaza. Demontrasi ini juga menyeru supaya digantikan rejim korup ini dengan Khilafah Islamiyah, yang akan membebaskan seluruh negeri-negeri kaum Muslimin.

Seperti yang dilaporkan dalam penerbitan mereka, kejahatan dan pembunuhan terbaru Israel membuktikan bahawa mereka langsung tidak mengambil peduli tentang kehidupan manusia dan mereka wajib dihukum kerana melakukan pembunuhan dan rampasan. Seruan kepada proses damai hanya akan menambahkan lagi kekuatan  Israel. Penyelesaian melalui mewujudkan dua buah negara (Palestin dan Israel) tidak lain hanya akan melembagakan penjara dan terus menindas kaum Muslimin di Gaza.

Menurut mereka, hanya dengan pengerahan tentera sahaja yang dapat melawan pencerobohan Israel. Negara-negara Arab di sekeliling Palestin mempunyai kekuatan yang cukup besar dengan jumlah lebih daripada 2 juta tentera, yang menghabiskan lebih daripada 100 juta dolar AS dalam setiap bajet tahunan negara mereka, mampu untuk membebaskan tanah suci tersebut serta dapat menamatkan penindasan ke atas rakyat Palestin.

Menurut penerbitan gerakan itu lagi, rejim merbahaya di dunia Islam itu telah menjadi pelindung yang jelas bagi Israel dengan menghalang tentera melakukan tugas mereka iaitu jihad.

Kecaman dan seruan untuk melakukan mesyuarat tergempar tiada lain hanyalah perbuatan yang tidak bernilai kerana ia adalah usaha untuk mempertahankan hubungan diplomatik, perdagangan dan kerjasama ketenteraan mereka dengan Israel.

Dengan tegas HTB menyatakan, rejim ini harus diganti dengan Khilafah, yang akan mengerahkan tentera, membebaskan negeri-negeri umat Islam dan memerintah negeri dengan keadilan, kestabilan dan harmoni.

Hanya di bawah pemerintahan Islam, seluruh wilayah akan menikmati kedamaian dan kestabilan dalam jangka waktu yang singkat.

“Kami mengajak seluruh umat Islam bergabung dengan seruan untuk menghapuskan rejim yang korup tersebut dan digantikan dengan Khilafah Islamiyah, agar umat dapat bertindak dengan sepatutnya dalam membebaskan seluruh Palestin,” ujar Hizbut Tahrir Britain.

Demontrasi besar ini diadakan pada hari Ahad (6/6/10), dengan perarakan bermula dari Paddington Green menuju ke Edgware Road di hadapan Kedutaan Besar Mesir di London, Britain.

Sumber : www.syabab.com