HTM serah memo desak Mesir dan Jordan hantar tentera ke Palestin
KUALA LUMPUR 14 Jun – Lebih kurang 100 orang ahli dan penyokong Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) berhimpun secara aman di Kedutaan Mesir dan Jordan di Jalan Ampang Hilir hari ini bagi mendesak kedua-dua negara yang berjiran dengan Palestin itu untuk menghantar tentera melawan Yahudi la’natullah, serta membebaskan Tanah Yang Diberkati itu segera.
“Tidak ada jalan lain lagi untuk menyelamatkan umat Islam di Gaza yang sedang dibantai dengan kejam oleh Yahudi la’natullah saat ini kecuali dengan bergeraknya tentera untuk jihad fi sabilillah”.
“Kita tidak nafikan yang umat Islam di Gaza memerlukan makanan, minuman, ubat-ubatan, pakaian dan sebagainya, namun itu semua tidak akan dapat menyelamatkan mereka, dan sama sekali tidak akan membebaskan Tanah Palestin Yang Diberkati. Apa yang mereka perlukan sekarang ialah pasukan tentera untuk datang melindungi mereka, seterusnya memerangi Yahudi habis-habisan”.
Demikian tegas Jurucakap HTM, Ustaz Abdul Hakim Othman semasa berucap di hadapan kedutaan Mesir dan Jordan, setelah selesai menyerahkan memorandum bagi mendesak kedua-dua negara terbabit membuka sempadan dan mengerahkan tentera masing-masing ke Palestin.
Memorandum HTM diterima oleh wakil kedutaan Mesir walaupun mereka kelihatan sengaja melambat-lambatkannya. Namun kedutaan Jordan enggan menerimanya. Bagaimana pun, Abdul Hakim yang mengetuai delegasi HTM dalam serahan ini tetap meletakkan memorandum tersebut di bahagian bawah pintu pagar kedutaan.
Dr. Muhammad Abu al-Ain yang merupakan salah seorang delegasi HTM telah membacakan mesej penting yang terkandung di dalam memorandum iaitu muhasabah dan desakan HTM terhadap kerajaan Mesir dan Jordan, serta pasukan tentera di kedua-dua negara tersebut, agar melancarkan jihad ke Palestin dengan kadar yang segera.
Keadaan di Gaza, khususnya di Rafah sekarang ini sangat genting di mana umat Islam di sana sudah tidak ada lagi tempat untuk melarikan diri atau berlindung. Mereka kini benar-benar terkepung dalam kawasan yang sangat kecil dan hanya menunggu saat kematian.
“Mesir dan Jordan merupakan dua negara yang paling dekat dengan Palestin, dan mereka sejak dulu hingga kini tidak pernah membuka sempadan mereka, apatah lagi untuk menyelamatkan warga Palestin. Padahal umat Islam di Palestin adalah saudara-saudara mereka, dan mereka mempunyai kekuatan tentera untuk melawan Yahudi dan menyelamatkan warga Palestin. Atas dasar inilah kita berhimpun di Kedutaan Mesir dan Jordan pada hari ini bagi mendesak kerajaan Mesir dan Jordan menunaikan kewajipannya terhadap saudara sesama Islam”.
“Sikap berdiam diri Mesir dan Jordan sejak sekian lama, jelas merupakan sebuah pengkhianatan bukan sahaja kepada warga Palestin dan Tanah Palestin Yang Diberkati, malah lebih dari itu, mereka sebenarnya telah mengkhianati Allah, Rasul-Nya dan seluruh kaum Mukminin”, tegas Abdul Hakim dalam ucapannya.
Jurucakap HTM itu seterusnya menekankan betapa umat Islam sekarang perlu kepada Negara Khilafah, sebuah negara yang sedang diusahakan oleh Hizbut Tahrir di seluruh dunia, yang insya Allah akan berdiri dalam masa terdekat sesuai dengan janji Rasulullah (saw) bahawa Khilafah ar-Rasyidah ala Minhaj Nubuwwah akan kembali tegak untuk kali yang kedua.
“Apabila tegaknya Khilafah sedikit masa lagi dengan izin Allah, sang Khalifah pasti akan menghantar tentera untuk menyelamatkan umat Islam, menghapuskan entiti haram Yahudi, sekali gus akan membebaskan keseluruhan Tanah Palestin Yang Diberkati” seru Abdul Hakim dengan penuh semangat di akhir ucapan beliau yang disambut dengan Takbir oleh para peserta.
Perhimpunan bersurai kira-kira jam 12.15 tengah hari dengan wakil HTM mengucapkan terima kasih kepada semua peserta dan pasukan polis yang telah menjalankan kewajipan masing-masing bagi memastikan kelancaran perhimpunan.