HTM serah memo di empat kedutaan seru gerakkan tentera

KUALA LUMPUR 17 Nov – Pembantaian berterusan oleh entiti haram Yahudi La’natullah ke atas penduduk Gaza belum menampakkan tanda-tanda reda, malah sebaliknya semakin memburuk. Beberapa buah hospital terus dibom oleh kaum terlaknat itu dan angka kematian sudah melebihi 12,000 yang mana sebahagian besarnya ialah kanak-kanak.

Setelah menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Malaysia dan juga Angkatan Tentera Malaysia sebelum ini, agar melancarkan jihad ke bumi Palestin dan ternyata sebagaimana jangkaan, bahawa tidak akan ada apa-apa pergerakan yang berlaku, maka Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) meneruskan usaha muhasabah kepada beberapa kedutaan untuk melakukan hal yang sama.

Memorandum pertama dihantar oleh HTM ke Kedutaan Mesir, dan hanya diterima oleh kerani di kaunter sahaja walaupun terdapat pegawai kedutaan di situ. Malah pegawai tersebut berang apabila ada jurugambar dari RTM yang cuba mengambil gambar penyerahan memorandum berkenaan, sehingga beliau keluar dari kaunter dan meninggikan suara kepada beberapa anggota polis yang ada di situ agar menghalang jurugambar RTM tersebut daripada mengambil gambar.

Begitulah sikap yang ditunjukkan oleh seorang pegawai kedutaan yang mencerminkan hakikat pendirian kerajaan Mesir yang langsung tidak mempedulikan nasib umat Islam di Gaza.

Dari kedutaan Mesir, delegasi HTM yang diketuai oleh Jurucakapnya, Ustaz Abdul Hakim Othman bergerak menuju Kedutaan Jordan yang terletak tidak jauh dari situ. Setelah dihubungi melalui intercom di pondok pengawal, ternyata pihak kedutaan menyatakan yang mereka tidak akan menghantar wakil untuk menerima memorandum tersebut. Delegasi HTM akhirnya meletakkan memorandum berkenaan di pondok pengawal.

Dari situ, delegasi bergerak ke Kedutaan Turki di Jalan Tun Razak dan sekali lagi alasan yang sama diberikan oleh kedutaan bahawa tidak akan ada wakil yang akan menerima memorandum berkenaan. Ustaz Abdul Hakim akhirnya hanya menyerahkan memorandum berkenaan kepada kerani yang ada di kaunter.

Destinasi terakhir delegasi HTM ialah Suruhanjaya Tinggi Pakistan yang terletak di Jalan Ampang. Pada awalnya delegasi HTM dibenarkan masuk dan diminta menunggu sebentar di ruang tamu kerana akan ada wakil kedutaan yang dikatakan akan turun menerima memorandum tersebut. Namun akhirnya mereka memberi alasan tidak dapat turun kerana sedang bermesyuarat. Sekali lagi memorandum berkenaan hanya diserahkan di kaunter sahaja.

HTM dengan tegas menyatakan di dalam memorandum berkenaan mengenai kewajipan pemerintah Mesir, Jordan, Turki, Pakistan dan kesemua pemerintah kaum Muslimin lainnya untuk menghantar tentera untuk berjihad di bumi Palestin, kerana hanya itu sahajalah satu-satunya jalan penyelesaian terhadap pembantaian yang dilakukan oleh Yahudi La’natullah ke atas saudara-saudara kita di Palestin.

Saat ini HIzbut Tahrir di seluruh dunia sedang menyerukan penguasa dan para tentera agak segera berjihad di bumi Palestin bagi menyelamatkan umat Islam di sana, mengalahkan Yahudi dan sekali gus membebaskan keseluruhan Tanah Palestin Yang Diberkati.

Dalam masa yang sama Hizbut Tahrir berusaha menegakkan Daulah al-Khilafah ar-Rasyidah ala Minhaj Nubuwwah, yang insya Allah apabila berdiri sedikit masa lagi, akan mengajar kebiadaban Yahudi dan meletakkan mereka dalam bakul sampah sejarah yang paling busuk untuk dikenang oleh generasi akan datang sebagai bangsa terlaknat yang pernah ada di muka bumi.