HTM seru raih kemerdekaan hakiki dengan Islam

31 Ogos – Umat Islam di negara ini diseru supaya meraih kemerdekaan hakiki melalui

Tatkala rakyat negara ini sedang meraikan Hari Kebangsaan ke-61, Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) tampil menganjurkan seruan di beberapa buah masjid di seluruh tanah air bagi mengingatkan umat ini tentang erti kemerdekaan hakiki berdasarkan sudut pandang Islam. Siri demonstrasi aman tersebut diadakan secara serentak selepas solat Jumaat di beberapa buah masjid.

Dalam seruan tersebut, umat Islam diingatkan bahawa kemerdekaan hakiki akan hanya dapat tercapai apabila umat ini membebaskan diri daripada belenggu perhambaan sesama manusia dalam sistem hidup ciptaan manusia yang mendominasi dunia pada hari ini. HTM juga menyeru agar umat Islam bersama-sama berjuang ke arah mengembalikan semula institusi Khilafah agar dengannya kemerdekaan yang hakiki menuju ketaatan mutlak kepada Allah SWT.