Ipoh sekali lagi bergegar dgn seruan penegakan Khilafah

IPOH 26hb April 2013, Ipoh sekali lagi bergegar dgn seruan penegakan Khilafah sempena musim Pilihanraya Umum ke 13 (PRU 13) di Masjid Muhibbudin Shah. Seruan dimulai oleh Saudara Musoddiq dengan penegasan mengenai ketinggian Islam yang merangkumi semua aspek dalam sistem kehidupan, baik aspek pemerintahan, ekonomi, perundangan, pergaulan dan lain-lain. Dan Islam tidak memerlukan sistem-sistem kehidupan yang lain untuk sempurna kerana kesempurnaanya telah dijamin oleh Allah SWT.
 
 الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلامَ دِينًا

“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah kucukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu agama bagimu.”
[TMQ al-Maidah (5):3]
 
 
Seruan dilaungkan untuk menyedarkan umat tentang kerosakan sistem demokrasi dan menyeru hadirin supaya mengambil thariqah dakwah Rasulullah SAW dalam mengembalikan daulah Islam iaitu daulah Khilafah.

Seruan disambung oleh saudara Nasir dgn mengingat janji-janji yang telah ditaburkan oleh parti-parti yang bertanding untuk PRU 13 kali ini tiada bezanya dengan apa yang telah dilaksanakan oleh beberapa buah negara di Eropah pada ketika ini yang ternyata  menambah lagi kerosakan nilai-nilai yang sedia ada. Beliau juga menyedarkan umat bahawa untuk selamat di dunia dan di akhirat, hanya Islam sahaja satu-satunya solusi kepada masalah umat. Akhir sekali saudara Nasir menyeru para jamaah supaya bersama dengan Hizbut Tahrir untuk memperjuangkan kehidupan Islam dengan tertegaknya kembali daulah Khilafah.

Sambutan umat begitu menggalakkan di mana ramai yang menyertai seruan sehingga selesai. Semoga usaha kecil ini menjadi hujah ketika di hadapan Allah SWT kelak.

Untuk menyaksikan aktiviti anda boleh layari rakaman seruan tersebut di pautan berikut:
 

[youtube:http://www.youtube.com/watch?v=ZpFCLnonpGQ]