Ismat Hudoyberdiyev Adalah Anggota Hizbut Tahrir Yang Telah Syahid Itu
Bagi isterinya, Musharraf, ini adalah kali kedua dia kematian suami sama seperti suaminya sebelum ini yang juga telah syahid kerana memperjuangkan penegakkan semula Daulah Khilafah. Sepertimana syahid suaminya sebelum ini, ini merupakan peristiwa berulang yang menimpa dirinya akibat kezaliman pemerintahan rejim Islam Karimov.
Setelah ditangkap, dia dikurung di bangunan Jabatan Dalam Negeri di Tashkent. Menurut maklumat dalaman, dia kemudiannya diseksa hingga mati pada hari ke-11.
Siapa yang membunuh Farhad Usmanov? Kematian Usmanov telah menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat di dalam dan luar negeri Uzbekistan. Pejabat Hizbut Tahrir Britain telah memaparkan gambar-gambarnya di London dan mempersoalkan; “Siapakah yang telah membunuh farhad Usmanov?”.
Pada tahun 2002, Musharraf bernikah pula dengan Ismat Hudoyberdiyev. Dia juga telah ditangkap pada tahun yang sama. Setelah beberapa bulan menunggu, Musharraf telah meminta bantuan daripada Pertubuhan Hak Asasi Manusia kerana merasa sangsi tentang keselamatan suami keduanya yang berkemungkinan telah diseksa dan dibunuh, sebagaimana Farhad Usmanov.
Ia mengatakan kepada organisasi tersebut, bahawa dia tidak dapat menghubungi suaminya selama enam bulan sebab pihak penjara mengatakan kepadanya bahawa Hudoyberdiyev telah dimasukkan ke dalam penjara.
“Dia berkata, dia telah menyedari bahawa pegawai penjara telah menyeksa suaminya secara terancang, dan dia kemudiannya membuat laporan kepada pendakwa raya umum dan Ketua Eksekutif Hukuman Jenayah Kementerian Dalam Negeri Uzbekistan, namun dia tidak menerima sebarang maklum balas,” kata Pertubuhan Hak Asasi Manusia dalam satu siaran.
Kini, tanggungjawab mengasuh dan membesarkan sembilan orang anaknya yang masih di bawah umur terletak di bahu Musharraf yang kini termasuk ke dalam kelompok para isteri solehah yang terus berjuang untuk hidup setelah kehilangan suami untuk selama-lamanya akibat perbuatan zalim Islam Karimov. Sesungguhnya ganjaran yang menanti mereka itu adalah syurga Allah.
Demikianlah betapa beratnya ujian yang dihadapi oleh para pengembang dakwah di bumi kelahiran Imam Bukhari. Para penyebar risalah dakwah yang ikhlas telah dibunuh dengan kejam tanpa perikemanusiaan oleh rejim penguasa yang korup. Isu ini sudah semestinya menjadi agenda utama umat Islam seluruh dunia pada ketika ini. Ini adalah kerana, orang-orang mukmin itu adalah bersaudara di antara satu dengan lainnya. Kaum muslim wajib membebaskan saudara mereka dari kezaliman penguasa yang jahat.
Ujian dakwah seperti ini bukanlah sesuatu yang baru di dalam perjuangan dakwah. Setiap perjuangan dakwah akan pasti diuji oleh Allah SWT dengan pelbagai rintangan sebagaimana yang ditunjukkan menerusi perjalanan dakwah Rasulullah SAW dan para sahabat ketika mereka berada di Mekah. Pada saat itulah kemenangan dakwah semakin jelas dan hampir. InsyaAllah, hal yang sama akan terjadi pada zaman ini.
Islam tidak akan dapat dilenyapkan walaupun para pejuangnya dibunuh. Justeru, para mukhlisin (orang-orang yang ikhlas) yang memperjuangkan penegakkan Daulah Khilafah akan dapat melihat dengan nyata bahawa pertolongan Allah semakin dekat. Sehingga tibalah masanya, Khilafah Rasyidah kali kedua kembali didirikan dan memancarkan cahaya Islam ke seluruh alam. Insya Allah.