Israk dan Mikraj Diracuni Sekularisme
Beliau masih terus mengekalkan pemerintahan yang berdasarkan kepada perlembagaan kufur yang diwarisi daripada penjajah. Tanpa rasa berdosa sedikitpun beliau terus tidak mengendahkan atau langsung tidak bersungguh-sungguh di dalam mengambil hukum-hakam Islam yang diwajibkan oleh Allah SWT untuk diterapkan ke atas masyarakat. Sebagai contoh, sistem ekonomi yang diguna pakai oleh Najib masih lagi berdasarkan sistem ekonomi kapitalisme yang berasaskan riba. Hukum hudud pula dikatakan tidak sesuai untuk kehidupan masyarakat majmuk. Sistem sosial masyarakat di Malaysia hari ini tetap diatur dengan idea dan konsep kebebasan. Amalan-amalan syaitan seperti judi, arak dan sebagainya dibiarkan subur di sana-sini. Jadi, adakah pemimpin seperti ini harus ditaati? Sedangkan Allah SWT telah mengingatkan kita untuk menjauhi orang seperti ini dengan firmanNya:
“dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran”. [TMQ al-Kahfi (18) : 28].
Persoalannya, apakah Najib sedar bahawa peristiwa Israk dan Mikraj itu adalah suatu mukjizat yang terjadi didalam sejarah kehidupan Nabi SAW yang antara lainnya berlaku beberapa tahun sebelum Nabi berhijrah ke Madinah untuk menegakkan sebuah Negara Islam di sana? Apakah Najib sedar bahawa peristiwa Israk dan Mikraj itu adalah suatu peristiwa yang mengukuhkan lagi hati Rasulullah SAW untuk lebih bersemangat dalam meneruskan perjuangan di kala kesedihan sedang menyelubungi Rasulullah SAW dengan kematian dua orang yang rapat dengan perjuangan dakwah baginda iaitu isterinya, Khadijah dan bapa saudaranya Abi Talib dan dalam masa yang sama tekanan dakwah yang diterima oleh Nabi semakin kuat dari orang-orang kafir Quraisy Mekah.
Persoalananya, Apakah pada hari Najib, dengan kekuasaan yang dimilikinya, beliau bersedia melaksanakan sistem pemerintahan Islam iaitu Sistem Khilafah? Apakah Najib telah menerapkan Islam di dalam pemerintahan yang dikuasainya pada hari ini sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW? Apakah Najib bersedia menukar Malaysia dari sebuah negara sekular menjadi sebuah Negara Islam? Jika jawabannya adalah tidak, maka cakap-cakap Najib itu selayaknya dijawab dengan firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya”. [TMQ as-Saf (61): 2-3].
Sumber: Utusan Malaysia 18/6/2012