Kahwin Sejenis : Bukti Bahana Demokrasi Semakin Ketara

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/8/15/mstar_berita/20110815092800&sec=mstar_berita
Isnin Ogos 15, 2011
Kahwin Sejenis Menunjukkan Fahaman Liberal Semakin Menular: Jamil Khir
KUALA LUMPUR: Cadangan paderi gay rakyat Malaysia, Pastor Ou Yang Wen Feng, untuk mengahwini ‘kekasih’ sejenisnya di negara ini, menunjukkan bahawa fahaman liberal yang didokong segelintir pihak semakin menular di Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata walaupun tindakan itu kononnya dibuat atas dasar kebebasan hak asasi, ia satu kebebasan melampau dan boleh menjurus kepada gejala sosial lebih teruk pada masa akan datang.

Dalam peraturan undang-undang sivil kita, berkahwin sama sejenis memang tidak dibenarkan. Sebab dalam undang-undang negara kita, lelaki mesti berkahwin dengan perempuan. Tidak boleh lelaki dengan lelaki, perempuan dan perempuan.

“Saya melihat (perkara) ini menunjukkan semakin menularnya fahaman liberal. Ia semakin berkembang di Malaysia dan fahaman liberal ini amat dibimbangi,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah surau baru Al-Hijrah di Lembah Pantai, dekat sini, Ahad.

Jamil Khir berkata Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengambil ketetapan bahawa pandangan sedemikian adalah bertentangan dan dilarang dalam konteks agama Islam.

Mengulas isu Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh, Jamil Khir berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Agama Islam Pulau Pinang bagi mencari jalan penyelesaian.
BERNAMA


BAHANA DEMOKRASI SEMAKIN KETARA, SEDARLAH MUSLIMIN SEKALIAN!!!
Demokrasi bukan sekadar pilihan raya seperti yang fahami ramai umat Islam.  Ia sebuah cara pandang dan atur hidup (hadharah) yang ditunjangi empat idea utama kebebasan iaitu kebebasan bersuara, kebebasan beragama, kebebasan individu dan kebebasan bertingkah laku. Akarnya sekularisme. Hadharah ini menyebabkan manusia hidup lebih teruk dan sesat jika dibandingkan dengan binatang. Mengapa? Sebab manusia menggunakan keterbatasan akalnya untuk mencipta undang-undang dan cara hidup yang bebas seperti yang dinginkan. Dari demokrasi terpancar dan lahirlah berbagai idea yang kufur seperli pluralisme, individualisme, feminisme, liberalisme dan sebagainya. Lihat kes yang dilaporkan di atas, perkahwinan sejenis ‘dihalalkan’ atas nama kebebasan hak asasi yang tidak bersempadan. Walaupun individu yang mencadangkan adalah bukan muslim, tidak mustahil perkara yang sama menjangkiti individu muslim.  Na’uzubillahiminzalik.

Wahai pemimpin dan kaum muslimin sekalian!!  Bukti apa lagi yang kalian perlukan untuk menyedari kebusukan dan kejijikan sistem kufur demokrasi ini. Buangkan ia jauh-jauh ke dasar lautan. Kembalilah kepada sistem kehidupan Islam yang sebenar. Hanya Islam agama yang diredhai Allah SWT. Jangan sesekali mencemar ketinggian dan kemuliaan Islam dengan perjuangan demokrasi.

Allah menggambarkan azab yang menimpa kaum nabi Luth yang mengamalkan gaya hidup homoseksual sesama lelaki seperti ayat di bawah:
 “Maka tatkala datang azab Kami, Kami jadikan negeri kaum Luth itu yang di atas ke bawah (Kami balikkan), dan Kami hujani mereka dengan batu dari tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, yang diberi tanda oleh Tuhanmu, dan siksaan itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim
[TQM Hud (11) : 82-83]

Allah menjadikan manusia terdiri dari lelaki dan wanita agar dapat berpasang-pasangan sebagai suami isteri untuk mendapatkan keturunan yang sah dan untuk memperoleh ketenangan dan kasih sayang, sebagaimana tersebut dalam ayat di bawah:

Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezki dari yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang bathil dan mengingkari nikmat Allah ?
[TQM An-Nahl([16) : 72]
 
Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”.
[TQM Ar-Rum (30) : 21]

Sumber:  Mstar online