Keadaan di kem Yarmouk semakin meruncing – semoga Allah segerakan kembalinya khilafah yang akan melakukan pembelaan

Tatkala US dan kuasa-kuasa besar lain sedang cuba mencapai kompromi dengan rejim Basyar al-Assad di meja rundingan, keadaan pelarian Palestin di kem pelarian Yarmouk di Syria dilaporkan semakin meruncing. Menurut laman sesawang Middle East Monitor, yang memetik laporan jurucakap agensi PBB mengenai Pelarian Palestin (UNRWA) – Chris Gunness, menyatakan bahawa situasi di kem pelarian Yarmouk berada dalam keadaan yang sangat membimbangkan. Para pelarian yang terperangkap semenjak krisis di Syria meletus, terpaksa berhadapan dengan kekurangan bekalan makanan yang semakin berlarutan.

Menurut Gunness, terdapat laporan bahawa berlakunya kematian dalam kalangan ibu yang melahirkan anak lantaran kekurangan bekalan perubatan. Di samping itu terdapat juga laporan bahawa anak-anak pelarian yang terpaksa memakan makanan haiwan peliharaan untuk mengelak daripada kebuluran. Krisis kemanusiaan ini semakin menjadi-jadi seiringan dengan konflik di Syria yang semakin berpanjangan. Semenjak tercetusnya konflik di Syria, sebanyak puluhan ribu pelarian Palestin di Syria telah terperangkap di kem tersebut demi mengelakkan pertempuran yang berlanjutan antara tentera rejim yang setia kepada Basyar dan juga para pejuang mujahidin.

Dilaporkan seramai 20,000 orang pelarian telah terkepung di dalam kem tersebut lantaran sekatan yang dikenakan oleh tentera rejim Basyar semenjak Disember 2012. Sehingga ke hari ini, sekurang-kurangnya sebanyak 49 orang telah terkorban disebabkan kekurangan zat makanan. Di samping sekatan bantuan, pelarian di kem tersebut juga berhadapan dengan serangan darat dan juga pengeboman oleh pesawat tentera rejim.

Sehubungan dengan itu, beberapa siri bantahan dan demonstrasi aman telah berlangsung di Gaza dan Tebing Barat bagi mendesak agar kepungan di kem Yarmouk dihentikan. Kutipan derma dan bekalan bantuan kemanusiaan juga telah dianjurkan berhampiran dengan pejabat UNWRA di bandar Betlehem. Namun sehingga kini, bantuan masih belum dapat disalurkan lantaran sekatan yang masih berterusan.

Ternyata, bantuan kemanusiaan dan sokongan daripada badan-badan kebajikan semata-mata tidak mampu untuk menamatkan kemelut yang melanda. Umat Islam di sana sesungguhnya memerlukan lebih dari itu, iaitu sebuah ketumbukan tentera yang ikhlas yang akan menyelamatkan mereka dari segala penderitaan. Para penguasa kaum Muslimin telah mengkhianati mereka kerana berdiam diri tanpa menghantar tentera. Bukan sekadar itu, bahkan mereka tergamak membiarkan nasib umat Islam di sana dijadikan bahan pertaruhan di meja rundingan yang bakal berlangsung di Geneva. Bahkan mereka membiarkan rejim Basyar terus melakukan pembunuhan demi pembunuhan. Mereka tunduk kepada desakan US dan Rusia yang sedang berlumba-lumba mencari ejen boneka pengganti Basyar yang semakin di ambang kejatuhan.

Sesungguhnya kesengsaraan ini tidak akan berakhir tanpa adanya usaha-usaha ketenteraan untuk menyelamatkan mereka. Kerana itulah, kita wajib berusaha mendirikan Daulah Khilafah yang akan mengerahkan pasukan tentera ke sana bagi menyelesaikan segala masalah ini secara tuntas. Sesungguhnya Hizbut Tahrir berjuang bagi penegakan Daulah Khilafah ini yang Insya Allah tidak lama akan mencapai kejayaan dengan izin Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda,

“… akan kembali Khilafah atas manhaj kenabian…” [HR Ahmad]

Sumber: