Kebatilan Menenggelamkan Kebenaran Atas Dalil 1Malaysia

altGerhana bulan selepas sambut tahun baru

PUTRAJAYA – Hanya sejam selepas orang ramai menyambut ketibaan tahun baru tengah malam esok, satu gerhana bulan separa dijangka berlaku bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi.  Ia bermula dengan fasa penumbra pada pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada 3.24 pagi.  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam kenyataannya semalam menjelaskan, gerhana yang jelas dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi dari pukul 2.53 pagi. Serentak dengan itu, Jakim menggalakkan umat Islam menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan yang disertai dengan khutbah khas gerhana bulan bersempena dengan kejadian itu.  Jakim juga menjemput orang ramai menyaksikan fenomena alam semula jadi itu dan turut serta menunaikan solat sunat khusuf yang akan diadakan di Masjid Negara.  “Program anjuran bersama Masjid Negara, Jakim dan Agensi Angkasa Negara itu bertujuan meningkatkan tahap keimanan masyarakat Islam,” kata Jakim.

KUALA LUMPUR – Sempena menyambut kedatangan tahun baru, Kumpulan AmBank dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengadakan Konsert Ambang 2010 pada pukul 8 malam ini.  Konsert yang akan diadakan di Dataran Merdeka itu, bakal menjanjikan persembahan yang menarik dan merupakan kali kelima dianjurkan oleh bank berkenaan.  Sebelum acara dimulakan, pengunjung akan mendengar siaran ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang akan menyampaikan amanat tahun baru.  Pelbagai persembahan bakal disajikan kepada pengunjung antaranya persembahan artis seperti Ella, Kumpulan Hujan, Kumpulan Bunkface dan Amy Search selain persembahan tarian 1Malaysia daripada kumpulan Permata Negara.
 
Sumber: KOSMO 31/12/09

Kebatilan Menenggelamkan Kebenaran Atas Dalil 1Malaysia

Ketika Jakim merangka pengganjuran majlis sholat Khusuf (gerhana bulan) yang bertepatan dengan kedatangan tahun baru 2010 pada tengah malam esok dalam usaha untuk meningkatkan tahap  keimanan masyarakat Islam di Malaysia, sebuah program maksiat terlebih dahulu akan memukau dan menyihir orang ramai di Dataran Merdeka yang berada tidak jauh dengan Masjid Negara. “Ahli-ahli sihir” yang terpilih akan berganding bahu untuk mengalunkan bait-bait sihir mereka pada malam Konsert Ambang 2010 sempena sambutan tahun baru itu. Sudah pasti ramai yang akan terkena panahan sihir pada malam tersebut.

Inilah realiti kehidupan sebuah negara kapitalis sekular. Asas pertimbangan yang dijadikan kayu ukur dalam kehidupan Kapitalisme samada secara individu, masyarakat mahupun negara adalah pertimbangan manfaat dan bukannya redha Allah SWT. Yang pastinya Konsert  Ambang 2010 yang diadakan dalilnya adalah bersumberkan dari “Kitab 1Malaysia” sementara tuntutan untuk sholat Khusuf itu dalilnya datang dari hadith Nabi SAW. Umat Islam disunnahkan untuk melaksanakan sholat Kusuf (gerhana matahari) & Khusuf (gerhana bulan). Dari Aisyah r.a, dia berkata. Bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: ”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari kekuasaan Allah SWT. Tidak akan terjadi gerhana pada keduanya kerana mati atau hidupnya seseorang. Maka apabila kamu melihat yang demikian (gerhana pada keduanya) berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah dan sholatlah.” (Muttafaqun ’alaih). [Nail Al-Authar] Nah, siapakah yang akan tersihir dan siapakah yang berfikir pada malam itu?