Kempen Antarabangsa dan Hari Tindakan Wanita Sedunia untuk Palestin dengan Seruan kepada Tentera Muslim agar Menyelamatkan Wanita dan Kanak-Kanak Gaza serta Membebaskan Keseluruhan Tanah Al Aqsa

Ketika pengeboman ke atas Gaza berterusan oleh entiti ‘Zionis’ yang kejam, wanita dan kanak-kanak telah menanggung beban penyembelihan besar-besaran, di mana 70% daripada mereka mati syahid. Pengeboman ke atas bangunan kediaman, tempat perlindungan, sekolah, hospital dan seluruh kawasan kejiranan telah menyebabkan Gaza menjadi tanah perkuburan untuk wanita dan kanak-kanak, dengan lebih 4500 kanak-kanak dan 3000 wanita terkorban sejak 7 Oktober. Penjajah Zionis telah mengebom Hospital Bersalin Al-Mahdi, Hospital   Kanak-Kanak Al Nasr dan Al Rantisi yang menjadi tempat perlindungan bagi para wanita dan kanak-kanak yang kehilangan tempat tinggal; pesawat perangnya telah menjatuhkan fosforus putih ke atas sekolah-sekolah; dan dianggarkan seorang anak Palestin dibunuh dalam setiap 10 minit. Pengepungan kejam itu telah mengakibatkan para ibu terpaksa menjalani pembedahan caesarean tanpa bius, doktor melakukan amputasi kepada kanak-kanak yang cedera tanpa bius, manakala bayi dalam inkubator mati kerana hospital kehabisan oksigen dan bahan api. Misi mereka yang jelas adalah untuk menghapuskan dan melakukan pembersihan etnik terhadap penduduk Palestin yang bakal menjadi masa depan Tanah yang Diberkati Al Aqsa.

Sebagai tindak balas terhadap genosid dan Nakba abad ke-21 ini, Bahagian Muslimah di      Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir dengan kerjasama Muslimah Hizbut Tahrir di seluruh dunia telah melancarkan kempen antarabangsa intensif yang membawa kepada “Hari Tindakan Wanita Sedunia untuk Palestin” pada 26hb November untuk menuntut para tentera negara Islam bergerak dengan segera menyelamatkan para wanita dan kanak-kanak Gaza serta membebaskan seluruh tanah yang diberkati, Palestin, daripada penjajahan ini. Aktiviti Hari   Tindakan ini akan merentasi 5 benua dan akan mencangkupi bantahan, seminar dan aktiviti-aktiviti lain oleh para wanita di Palestin, Turkiye, Indonesia, Tunisia, Lubnan, Malaysia, Kenya, Amerika, Australia, Denmark, Belanda, Belgium dan Britain.

Wanita dan kanak-kanak Muslim Gaza telah dipinggirkan oleh setiap pemerintah di dalam dunia ini dalam masalah pembunuhan beramai-ramai ini. Pemerintah Barat telah memperlihatkan kedudukan mereka sebagai rakan kongsi dalam genosid ini, di mana mereka telah melindungi dan menyokong wakil polisi penjajahan mereka – entiti Zionis – tanpa mengambil kira tahap jenayah dan sejauh mana pelanggaran undang-undang antarabangsa mereka sendiri. Sementara itu, para pemerintah dan rejim negara Islam terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan kosong dan melakukan persidangan demi persidangan yang berakhir dengan kesia-siaan, sambil merantai para tentera mereka di berek-berek tatkala umat sedang berdarah. Mereka telah menjadikan pengkhianatan kepada Islam dan agama kita sebagai satu kerjaya, menormalisasikan hubungan dengan penjajah yang zalim dan memperkukuhkan lagi persefahaman melalui perjanjian perniagaan yang bernilai jutaan dolar.

Sebagai wakil daripada Wanita Muslim, kami merayu kepada saudara-saudara di dalam angkatan tentera Muslim untuk bangkit merealisasikan tujuan sebenar mereka sebagai     pelindung umat Islam dan agama mereka. Seterusnya menuju ke Al-Quds untuk membebaskan para lelaki, wanita dan kanak-kanak Palestin daripada penjajahan zalim ini, kerana mereka mempunyai pesawat-pesawat, kereta kebal, peluru-peluru dan angkatan tentera yang mampu menamatkan mimpi buruk ini selama-lamanya. Kami menyeru kepada pegawai-pegawai angkatan tentera Muslim untuk membuang sempadan-sempadan palsu buatan penjajah di antara tanah-tanah kita yang digunakan untuk memecah-belahkan umat Islam dan membenarkan musuh kita untuk bermaharajalela ke atas kita. Kami menyeru mereka untuk mencabut takhta pemerintah khianat yang tidak bertulang belakang dan rejim yang telah berkhidmat sebagai pengawal kepada entiti Yahudi. Dan kami juga menyeru mereka untuk   bertindak balas terhadap tangisan penuh kesedihan dariada para ibu yang kematian anak, balu dan anak-anak yatim Gaza, seterusnya bergerak melindungi dan memberikan pertolongan kepada usaha untuk menegakkan pemerintahan Islam dan sistem yang benar, iaitu Khilafah di atas manhaj Kenabian, yang kelak akan menggerakkan para tentera untuk membebaskan    setiap inci tanah umat Islam yang dijajah dan membebaskan semua umat Islam yang ditindas di seluruh dunia. Kami mengingatkan mereka dengan firman Allah SWT:

Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah   (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Mekah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami) dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh).” (An-Nisa [4] : 75)

Kempen ini boleh diikuti di https://hizb-ut-tahrir.info/en/index.php/hizbuttahrir/25393.html dan Facebook: Women’s Section CMO – HT.

Link kepada treler kempen: https://youtu.be/E4bkN60x8MI.

Hashtag kempen: #ArmiesToAqsa

Dr. Nazreen Nawaz

Pengarah Bahagian Muslimah

Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir

No. Isu: 1445 AH / 016
Khamis, 02 Jumadil awwal I 1445 AH
16/11/2023


Press Release

International Campaign and Women’s Global Day of Action for Palestine to Call the Muslim Armies to Save the Women and Children of Gaza and Liberate the Entire Land of Al Aqsa

As the brutal and barbaric bombardment of Gaza continues by the murderous ‘Zionist’ entity, it is women and children who have borne the brunt of this mass slaughter, comprising 70% of those martyred. Carpet bombing of residential buildings, places of refuge, schools, hospitals and entire neighbourhoods has caused Gaza to become a graveyard for women and children, with over 4500 children and 3000 women killed since October 7th. The criminal occupation has bombed the Al-Mahdi Maternity Hospital, and Al Nasr and Al Rantisi Children’s Hospitals which were sheltering displaced women and children; its warplanes have dropped white phosphorus onto schools; and one Palestinian child is being killed every 10 minutes. The brutal siege has resulted in women undergoing caesareans with no anaesthesia, doctors amputating injured children with no anaesthesia, and babies in incubators dying due to hospitals running out of oxygen and fuel. The clear aim is to annihilate and ethnically cleanse future populations of Palestinians from the Blessed Land of Al Aqsa.

In response to this 21st century genocide and Nakba, the Women’s Section in the Central Media Office of Hizb ut Tahrir in coordination with the women of Hizb ut Tahrir globally have launched an intensive international campaign leading up to a “Women’s Global Day of Action for Palestine” on 26th November to demand that the armies of the Muslim lands move urgently to save the women and children of Gaza and liberate the entire Blessed Land of Palestine from this cancerous occupation. The Day of Action will span over 5 continents and will include protests, seminars and other activities by women in Palestine, Turkey, Indonesia, Tunisia, Lebanon, Malaysia, Kenya, America, Australia, Denmark, The Netherlands, Belgium and Britain.

The Muslim women and children of Gaza have been abandoned to this mass slaughter by every government of the world. Western governments have proven their stance as partners to this genocide, willing to protect and support the outpost of their colonial policies – the Zionist entity – no matter the scale of its crimes and extent of violation of their own international laws. Meanwhile, the rulers and regimes of the Muslim lands continue to issue empty statements and convene futile summits while chaining their armies to their barracks while their Ummah bleeds. They have made a career out of betrayal of the Muslims and our Deen, having normalised relations with this brutal occupation and strengthened its hand through multibillion dollar trade deals.

As the women of this noble Muslim Ummah, we appeal to our brothers in the Muslim armies to rise to their true purpose as defenders of the Muslims and their Deen and march to Al Quds to liberate the men, women and children of Palestine from this evil occupation, for they alone have the planes, tanks, munition, and soldiers to put an end to this living nightmare for good. We call the officers of the Muslim armies to discard these artificial colonial-imposed borders between our lands used to divide us Muslims and allow our enemies to subjugate us. We call them to uproot the thrones of these spineless treacherous rulers and regimes who have served as the true guards of this Jewish entity. And we call them to respond to the cries of distress of the grieved mothers, the widows and orphaned children of Gaza and move to their defence and to give their Nusrah (material support) for the establishment of the true Islamic leadership and system, the Khilafah (Caliphate) based upon the method of the Prophethood which will mobilise them to liberate every inch of occupied Muslim land and all oppressed Muslims across the world. We remind them of the words of Allah (swt):

﴿وَمَا لَكُمْ لاَ تُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاء وَالْوِلْدَانِ الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَـذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ وَلِيًّا وَاجْعَل لَّنَا مِن لَّدُنكَ نَصِيرًا

“And what reason have you not to fight in the way of Allah and for the oppressed among men and women and children who say: Our Lord! Take us forth from the town whereof the people are oppressors and grant us from You a protector and grant us from You a helper [An-Nisa: 75].

The campaign can be followed at: https://hizb-ut-tahrir.info/en/index.php/hizbuttahrir/25393.html  and Facebook: Women’s Section CMO – HT. Link to Campaign trailer: https://youtu.be/E4bkN60x8MI. Campaign Hashtag: #ArmiesToAqsa

Dr. Nazreen Nawaz

Director of the Women’s Section in The Central Media Office of Hizb ut Tahrir

16/11/2023 CE
Thursday, 02nd Jumada I 1445 AH
Issue No: 1445 AH / 016