Kempen Gaza oleh Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia

Gaza Terus Merintih….Dimanakah Pemimpin Umat?!” Bertitik tolak dari persoalan ini dan melihat akan kekejaman serta kebiadapan Israel laknatullah dengan semahu hatinya membunuh dan berusaha sekeras-kerasnya untuk menghapuskan saudara-saudara Islam kita di bumi suci Palestin serta kebingungan pemimpin-pemimpin boneka Kaum Muslimin di seluruh dunia dalam memberikan penyelesaian ke atas isu Gaza telah sekali lagi mencetus  momentum perjuangan Muslimah HTM untuk sama-sama turun padang dan bersemuka dengan umat bagi menyedarkan umat Islam yang mencintai saudara-saudaranya di Palestin ini tentang penyelesaian sebenar tragedi kekejaman di Gaza serta betapa hinanya pengkhianatan pemimpin-pemimpin mereka dalam menangani isu ini.  

Bermula dengan demonstrasi bersama syabab-syabab HTM dalam penyerahan Memorandum Seruan menggerakkan tentera-tentera kaum Muslimin di Kementerian Pertahanan, perjuangan Muslimah HTM diteruskan dengan pengedaran nasyrah Seruan Hizbut Tahrir di Perhimpunan Aman Palestin yang di anjurkan oleh Aman Malaysia, pada hari Sabtu 10hb Januari 2009 bertempat di Stadium Melawati Shah Alam, Selangor. Perhimpunan yang dihadiri oleh lebih kurang 5000 orang rakyat Malaysia itu memberikan sambutan yang amat menggalakkan dengan helaian-helaian seruan yang diedarkan laris bak ‘goreng pisang panas’.  Terdapat juga para peserta perhimpunan yang berminat untuk kembali semula kepada kami dan meminta untuk sama-sama membantu dalam mengedarkan nasyrah tersebut setelah mereka membacanya.

Pada minggu berikutnya(16/01/2009), Muslimah HTM  sekali lagi berkerjasama dengan pihak rijal dalam menjayakan Forum “Gaza Berdarah….Dimanakah Kita” yang telah diadakan di Masjid Al Ubudiyah, Seksyen 20, Shah Alam, Selangor.  Pada kali ini, Tim Pameran Muslimah telah berjaya menarik perhatian hadirin yang menyertai Forum tersebut dengan mempamerkan serta menceritakan tentang kekejaman di Gaza serta Sejarah Umat Islam dari Zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam dan bagaimana kegemilangan dan penghormatan yang dicapai oleh Umat Islam di seluruh dunia semasa Zaman Kekhilafahan sehinggalah kepada kehinaan dan penindasan yang menimpa Umat ini semenjak kejatuhan Daulah Khilafah pada 3hb Mac 1924 dek kelicikan Mustapha Kamal Attartuk laknatullah dan ejen-ejen Kuffar pemimpin boneka Muslim.

Kami memanjatkan doa kepada Allah Subhanahu wa Taala semoga usaha kami ini diberkati dalam mengajak umat untuk menyedari pengkhianatan pemimpin-pemimpin boneka Muslim terhadap Allah, Rasul dan Umat Muhammad Sallallahu Alaihi wa Sallam. Begitu juga menyeru umat akan kewajipan mereka untuk sama-sama berjuang menegakkan kembali Daulah Khilafah di bumi Allah ini bagi mengembalikan kehormatan dan melindungi maruah kaum Muslimin di bawah satu kepimpinan iaitu seorang Khalifah yang pastinya akan menggerakkan tentera-tentera kaum Muslimin untuk membela Umat Islam yang sedang merintih dan keletihan di Palestin, Afghanistan, Pakistan, Iraq dan dimana sahaja mereka berada. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam: “ Bahawasanya Imam(pemimpin) itu bagaikan perisai, dari belakangnya umat berperang dan dengannya umat berlindung” [HR Muslim].

Demonstrasi di Kementerian Pertahanan Malaysia

 

Edaran Nasyrah di Perhimpunan AMAN Palestin, Stadium Melawati, Shah Alam

Forum Gaza di Masjid Al Ubudiyah, Seksyen 20, Shah Alam

Siri Pameran Sejarah Khilafah dan Isu Palestin