Kempen Hizbut Tahrir di Jordan Terhadap Jenayah Yang Dilakukan oleh Entiti Yahudi

Sebagai sebahagian daripada kempen:
وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكاً
“Dan barangsiapa yang berpaling ingkar daripada peringatanKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit ”
[Surah Taha (20): 124]
Pada hari Jumaat yang lalu (14/3/2014), Hizbut Tahrir telah menarik perhatian umat Islam di kesemua masjid di Jordan menerusi Jumaatnya. Ucapan seruan dilakukan selepas solat Jumaat di bahagian dalam dan luar masjid dalam keadaan berdiri.

Parti tersebut telah menyatakan kepada umat Islam bahawa Palestin dan masjid mereka yang berharga iaitu Masjid al-Aqsa tidak akan hilang. Akan tetapi, disebabkan ketiadaan Negara Khilafah yang telah diruntuhkan oleh orang kafir dan para penyokongnya sebelum ini, maka mereka akan kehilangan masjid tersebut. Mereka menyeru umat Islam untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja untuk mewujudkan semula Negara Khilafah. Hal ini akan membuatkan kesemua penduduk Palestin dan barisan hadapan mereka yang diberkati iaitu Masjid Al-Aqsa dapat dimerdekakan, serta dengan berbuat demikian umat Islam di seluruh muka bumi ini akan dihormati. Parti itu juga telah menjelaskan bahawa cara untuk menjaga Masjid Al-Aqsa bukanlah dengan memberus permaidaninya atau mengecat dinding-dindingnya atau dengan membuat dan membaik pulih mimbarnya (manabir). Parti tersebut juga telah menegaskan bahawa undang-undang (syari’) yang berkesan dapat bertindak ke atas semua jenayah yang dilakukan oleh entiti Yahudi dan salah satu daripadanya ialah kes pembunuhan Hakim Raed Zuaytir yang dilakukan dengan tidak berperikemanusiaan di persimpangan Al-Karama. Kesemuanya hanya boleh dilakukan dengan memansuhkan Perjanjian Wadi Araba yang memalukan dan mengisytiharkan perang yang sebenar ke atas entiti penjenayah yang merampas kewibawaan mereka.

Parti itu turut mengedarkan helaian risalah mengenai Masjid Al-Aqsa termasuklah dengan frasa-frasa menarik yang berikut:

Aku adalah masjidNya…mengekalkan aku bukanlah suatu pemberian, tetapi merupakan suatu penghormatan dan kewajipan. Mengekalkan aku bukanlah dengan batu ataupun kayu, tetapi adalah dengan mengambil perlindungan di bawah pemerintah Islam dan panji-panji Islam di dalam Negara Islam. Sebuah negara di mana apabila ia dihancurkan aku menjadi hina, apabila ketiadaannya aku dibakar, apabila ia dilenyapkan aku dirosakkan, dan dengan membahagi-bahagikannya aku diancam akan dirobohkan serta banyak konspirasi yang dibuat terhadap aku.

Aku adalah masjidNya yang telah dirosakkan oleh kejahatan yang paling besar yang dicipta oleh Allah. Bangunan aku telah dihina dan dengan mereka semua selain daripada Allah telah mengingatinya. Jadi, bagaimana ini semua boleh terjadi sedangkan di belakang aku terdapat satu billion umat Islam, termasuklah sejuta Umar dan sejuta Salahuddin?!

Aku adalah tawanan…sejak sembilan puluh tahun aku kehilangan undang-undang Allah dan aku kehilangan panji-panji Rasulullah  صلى الله عليه وسلم yang berkata: “Bebaskan tawanan…bebaskan tawanan”.

Aku adalah masjid yang ditawan, aku adalah Masjid Al-Aqsa.
 

Pejabat Media Hizbut Tahrir di Wilayah Jordan
Jumaat, 13 Jamadil Awwal, 1435 Hijrah
14/3/2014 Masihi
No: 23/35