Kempen RTK2.0 terus dipergiat
Bandar Baru Bangi – Usaha untuk memberi kesedaran kepada umat Islam mengenai Khilafah terus giat dijalankan oleh para syabab (pemuda) Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) dengan mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk melakukan Street Dakwah di beberapa lokasi yang terpilih.
Street Dakwah yang dijalankan sempena kempen Road to Khilafah 2.0 (RTK2.0) tersebut bertujuan memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai sistem pemerintahan Khilafah yang diwajibkan oleh Islam, dan perbezaannya dengan sistem demokrasi yang diamalkan sekarang.
Para syabab (pemuda) HTM mulai ‘turun padang’ sekitar jam 5.30 petang dan di beberapa lokasi, antaranya Bandar Seri Putra dan Stadium Paroi, Street Dakwah dijalankan sehingga jam 9.30 malam.
Pelbagai reaksi diterima daripada orang ramai yang rata-rata bersetuju dengan kepincangan sistem politik semasa serta masalah yang menimpa umat Islam di serata dunia. Para syabab HTM menjelaskan bahawa hanya dengan penerapan syariat Islam sepenuhnya dengan adanya Khilafah sebagai entiti politik yang memayungi umat Islam di seluruh dunia, barulah kepincangan dan masalah-masalah tersebut akan dapat diatasi secara tuntas.