Kemunculan Khilafah akan menghancurkan kuasa kuffar

GORI, Georgia 17 Ogos – Seorang jeneral Rusia hari ini mengumumkan askar Moscow yang menduduki bandar ini sudah mula berundur dan digantikan oleh anggota tentera pengaman.
Pengunduran itu sekali gus membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan kepada penduduk yang terperangkap dalam pertempuran minggu lalu.

Komander Rusia di Gori, Jeneral Vyacheslav Borisov memberitahu AFP di satu persimpangan 30 kilometer dari Tbilisi bahawa “askar Rusia mula berundur dan anggota tentera pengaman Rusia mengambil alih kedudukan mereka.”

Menurut Borisov, Rusia telah menarik balik sekatan yang dikenakan ke atas bandar ini sejak bermula konflik lima hari yang menyaksikan tentera Rusia mengusir askar Georgia dari wilayah pemisah pro-Moscow, South Ossetia.

“Semua jalan dibuka untuk kemasukan bantuan kemanusiaan dan juga kepada penduduk Georgia,” kata Borisov.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan bila pengunduran askar Rusia, yang dituntut di bawah perjanjian damai tajaan Perancis antara Moscow dengan Tbilisi, akan selesai.

Seorang pegawai kanan Georgia bagaimanapun berkata, tentera Rusia masih enggan menyerahkan kuasa ke atas Gori kepada polis Georgia.

Beliau juga menuduh tentera Rusia gagal menunaikan komitmen untuk berundur dari seluruh negara ini.

Sumber: Utusan Malaysia 18/08/08

Ulasan:
 
AS menerusi NATO ingin melebarkan pengaruh mereka ke negara-negara bekas Sosialis di Eropah Timur dan perkara ini tidak disukai oleh Russia. Tetapi pada masa yang sama AS dan NATO tidak mahukan konflik berpanjangan dengan Russia, disebabkan mereka melihat konflik dengan Russia hanya akan membebankan usaha mereka menentang golongan Islam radikal yang mahu mendirikan Khilafah Islam di Asia Barat dan Asia Tengah. Sekiranya mereka terbabit dengan konflik secara langsung dengan Russia, Khilafah yang mereka cuba halang dari tertegak akan lebih mudah didirikan semula oleh golongan Islam. Russia juga tidak mahukan sebuah negara Khilafah didirikan di tengah-tengah Asia Tengah, tetapi pada masa yang sama mereka melihat Barat (AS dan NATO) sebagai musuh yang tidak boleh diberikan kerjasama untuk menghalang Khilafah ini daripada didirikan.

Amaran Russia terhadap AS dan NATO supaya mereka tidak mengemudikan perisai peluru berpandu mereka di Eropah Timur tak diendahkan oleh AS dan NATO. Republik Czech dan Poland telah menandatangani perjanjian dengan AS dan NATO supaya membenarkan perisai peluru berpandu AS ditempatkan di kedua-dua buah negara. Seterusnya Russia baru-baru ini pernah mengugut akan menempatkan semula peluru berpandu mereka di Cuba untuk mengulangi krisis peluru berpandu di Cuba pada tahun 1960an.

Kesan serangan Russia terhadap Georgia

Melalui peperangan singkat Russia dengan Georgia, ini membolehkan AS dan NATO supaya memujuk lebih banyak negara-negara bekas Kesatuan Sosialis seperti Belarus dan Ukraine menerima penempatan peluru berpandu AS di negara masing-masing. Dengan mewujudkan ketakutan terhadap Russia terhadap serangan di Georgia, AS dan NATO akan memujuk supaya lebih banyak negara Eropah Timur menerima perisai peluru berpandu AS ditempatkan di negara masing-masing. Russia (melalui Kesatuan Soviet Sosialis) pernah menceroboh Hungary dan Czechoslovakia pada tahun 1950an. Dan Russia pernah menduduki Jerman selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua menjadikan Jerman Timur sebuah negara sosialis. Jadi tidak ada sebab kenapa Russia tidak boleh kembali kepada sikap agresif mereka dahulu semasa dalam Kesatuan Sosialis.

Situasi di Asia Barat

Situasi di Asia Barat akan juga mengalami sedikit perubahan. Usaha-usaha Israel mahu menyerang tapak nuklear Iran akan sedikit terganggu disebabkan oleh sikap agresif Russia terhadap Georgia. Ini disebabkan Russia menentang sebarang tindakan ketenteraan terhadap Iran sebab Russia mempunyai perjanjian dengan negara-negara yang bersempadan dengan Laut Kaspia berkenaan dengan sember minyak di laut Kaspia tersebut. Segala serangan terhadap Iran akan juga memudaratkan situasi di Laut Kaspia, disebabkan oleh “nuclear fallout” (kesan sisa nuklear) yang boleh berlaku sekiranya tapak nuklear Iran diserang, sepertimana yang pernah berlaku di Ukraine pada 1986 semasa kebocoran sisa nuklear yang mana kesannya telah menjangkau jauh sehingga ke Eropah Barat.

Sekiranya Russia benar-benar mahu mengancam kedudukan AS di Asia Barat, ia boleh menjadikan Iran sebagai proksi utama mereka di Asia Barat sebagaimana AS menjadikan Israel sebagai proksi mereka di Asia Barat. Sikap agresif Russia di Asia Barat bukan melalui perang secara langsung, tetapi Russia boleh membekalkan senjata nuklear kepada Iran untuk mengimbangi kekuatan Israel, maka oleh itu terjadilah perang dingin di antara kedua-dua proksi Russia dan AS tersebut.

Tertegaknya Daulah Khilafah

Pada masa Daulah Islam yang pertama kali didirikan oleh Rasulullah (SAW), di saat itu pun terdapat dua kuasa besar iaitu empayar Rom di sebelah Barat dan empayar Parsi di sebelah Timur. Daulah Islam ketika itu tertegak dalam keadaan dunia terdapat dua ‘super power’. Selepas tertegaknya Negara Islam, Rasulullah SAW membuat perjanjian dengan kaum Quraisy Makkah melalui perdamaian Hudaibiyyah yang mana sebelum itu telah terdapat tiga peperangan menentang kaum Quraisy. Proses gencatan senjata yang dilakukan oleh Rasulullah telah menyebabkan umat Islam dapat menumpukan usaha mengembang dakwah ke sebelah utara Hijaz ke kawasan berhampiran dengan empayar Rom. Tidak lama selepas itu, maka terjadilah peperangan di antara Daulah dengan empayar Rom iaitu perang Mu’tah, Yarmuk dan Tabuk.

Selepas perang menentang Rom tamat dan Islam mencapai kemenangan, kemudian terjadilah fathu Makkah dan diikuti seluruh tanah Hijaz. Selepas itu kaum Muslimin kemudian menumpu usaha untuk menumpaskan empayar Parsi di sebelah timur.

Kini, tidak mustahil bahawa sejarah yang sama akan berulang. Apabila tertegaknya Daulah Khilafah nanti, kedua-dua kuasa kuffar, baik di Barat mahupun di Timur akan pasti dapat dikalahkan oleh Sang Khalifah. Tentunya tidak bijak bagi Khalifah berperang dengan semua kuasa besar musuh secara serentak. Daulah mestilah bijak mengaturkan strategi seperti mana yang telah diatur oleh Rasulullah. Maka dengan ini, Insya Allah kemenangan akan berada di pihak Islam, tentunya dengan Khalifah sebagai pemimpin dunia.

Wallahu a’lam.