Kuffar AS mula kerjasama dgn kuffar India

NEW DELHI 14 Julai – Parti komunis India hari ini menuduh kerajaan campuran lebih mengutamakan kepentingan Amerika Syarikat (AS) daripada rakyat sendiri apabila meneruskan rancangan untuk mengadakan pakatan nuklear dengan Washington .
Dakwaan itu disuarakan ketika kerajaan Perdana Menteri, Manmohan Singh cuba melobi sokongan sebelum pengundian usul percaya diadakan di Parlimen minggu depan.

Pengundian itu terpaksa diadakan selepas parti-parti berhaluan kiri keluar daripada pakatan kerajaan kerana membantah perjanjian tersebut.

“Negara sedang dilanda krisis dan harga barang melambung mencecah langit.

“Bagaimanapun, kerajaan Manmohan Singh tidak mempedulikan masalah rakyat,” kata pemimpin komunis Marxis, Prakash Karat.

Beliau menuduh kerajaan mahu membuka pintu kepada syarikat multinasional AS seperti Wal-Mart untuk beroperasi di negara ini.

Pengundian di Parlimen pada 22 Julai ini akan menentukan nasib kerajaan Manmohan dan perjanjian dua hala yang akan membolehkan India membeli teknologi nuklear kegunaan awam buat kali pertama dalam tempoh puluhan tahun.

Manmohan berkata, perjanjian itu penting untuk jaminan bekalan tenaga India dan pertumbuhan ekonomi.

Perjanjian itu menghendaki India membuka reaktor tenaga nuklearnya kepada pemeriksa Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Kem berhaluan kiri khuatir tindakan membuka program tenaga nuklear India kepada pemeriksaan PBB, seperti dituntut oleh pihak AS, akan menjejaskan program senjata nuklear negara ini.

Parti berhaluan kiri dan puak nasionalis Hindu juga menegaskan, perjanjian itu membawa India terlalu rapat dengan AS sedangkan negara ini mengikut tradisinya berpendirian berkecuali.

– AFP

Sumber: Utusan Malaysia 15/07/08

Ulasan:
 
Di kalangan 8 negara-negara yang menguji senjata nuklear, 4 darinya terletak di benua Asia iaitu China, India, Pakistan dan terbaru Korea Utara.
 
China dan India pernah berperang pada 1960-an disebabkan oleh krisis sempadan sementara. India pernah beberapa kali berperang dengan Pakistan dalam wilayah Kashmir. Disebabkan oleh peperangan tersebut, terjadilah perlumbaan senjata yang menyebabkan China pertama kalinya meledakkan senjata nuklearnya pada tahun 1964 dan diikuti oleh India pada tahun 1974. Krisis berpanjangan dengan India menyebabkan Pakistan tidak mahu ketinggalan dalam perlumbaan membangun senjata nuklear dan meledakkan senjata nuklearnya yang pertama pada tahun 1990-an. Akibat ugutan dan ancaman Amerika Syarikat yang berpanjangan setelah berakhirnya Perang Korea, Korea Utara pula meledakkan senjata nuklearnya beberapa tahun yang lepas.
 
Yang menarik di sini adalah Amerika Syarikat “menawarkan kerjasama” dengan India dalam pembangunan tenaga nuklear di mana Presiden George Bush sendiri melawat India beberapa tahun lepas untuk tujuan ini. Kenapakah AS tidak berbuat hal yang sama (“bekerjasama”) dengan China dan Pakistan ataupun dengan negara-negara lain di benua Asia?
 
Terdapat beberapa kemungkinan kenapa AS mahu menjalin kerjasama erat dengan India:-
 
(1) India merupakan musuh tradisi bagi Pakistan dalam hal ini. Walaupun AS memberikan bantuan berbillion dollar kepada tentera Pakistan untuk memerangi puak-puak militan yang ada kaitan dengan Taliban dan Al-Qaeda di sempadan Afghanistan-Pakistan, tetapi AS tidak berapa yakin bahawa Pakistan adalah sekutunya yang berpanjangan. Ini disebabkan oleh Pakistan yang majoritinya terdiri daripada umat Islam mempunayi perasaan anti-Amerika disebabkan oleh pencerobohan AS ke atas Afghanistan dan Iraq. Perkara yang sama pernah terjadi di Iran semasa penguasaan Shah yang pro-Amerika tetapi setelah digulingkan melalui suatu revolusi pada tahun 1979, Iran telah menjadi satu negara yang sering menentang dasar-dasar luar Amerika di rantau Teluk. Jadi perkara yang sama juga boleh terjadi kepada Pakistan, yang di masa hadapan berkemungkinan akan mempunyai kerajaan yang menentang dasar-dasar luar Amerika. Dengan menjalin pakatan rapat dengan India, boleh mengimbangi kekuatan Pakistan sekiranya pemerintahan Pakistan jatuh ke tangan puak radikal Islam.
 
(2) India merupakan saingan kepada China. India dan China adalah dua gergasi di Asia yang sedang meningkat dalam ekonomi dan perindustrian. China adalah anggota Shanghai Cooperation yang turut dianggotai oleh beberapa negara Asia Tengah seperti Uzbekistan, Kazakhstan, Turkemenistan, Krygyzstan, Tajikstan dan juga Rusia. Rusia telah berulang kali menyatakan bantahannya terhadap penempatan peluru berpandu AS di Eropah Timur. Rusia dan China juga telah menyatakan bantahan mereka terhadap tekanan AS terhadap Iran mengenai program nuklear Iran. Oleh itu China adalah suatu saingan terhadap AS di rantau Asia Pasifik dan Asia Tengah. Maka untuk mengimbangi kekuasaan China, AS memerlukan India sebagai sekutunya. Perkara yang sama dapat dilihat setelah berakhirnya Perang Dunia Kedua. Kenapakah Jepun yang merupakan musuh AS semasa Perang Dunia Kedua diberikan bantuan selepas Jepun kalah dalam perang tersebut? Ini adalah untuk mengimbangi kekuasaan China selepas Perang Dunia Kedua yang menjadi negara berideologi Komunis, maka AS terpaksa mengambil sekutunya di rantau Asia Pasifik iaitu Jepun dan Taiwan. Berkembangnya ekonomi Jepun selepas Perang Dunia Kedua telah menyebabkan China bergantung kepada import barangan dari Jepun, dan ini telah memperlahankan kemaraan China sebagai kuasa besar di rantau Asia Pasifik. Hanya setelah pembangunan industri, barulah China beransur-ansur tidak lagi bergantung kepada barangan import dari luar. AS tahu Jepun tidak boleh dijadikan sekutunya untuk mengimbangi kemaraan China sebagai kuasa besar di Asia Pasifik di abad ke 21 ini, disebabkan Jepun hanyalah sebuah negara yang kecil saiznya dan penduduknya jika dibandingkan dengan India. Juga Jepun mempunyai perjanjian dengan AS, yakni Jepun tidak boleh mempunyai perbelanjaan yang besar dalam ketenteraannya dan tidak dibenarkan membangun senjata nuklear.
 
AS sebagai sebuah negara Kapitalis tidak mempunyai lawan dan kawan yang berpanjangan. Politik Machievili AS hanya mementingkan manfaat dengan menghalalkan segala cara demi mencapai matlamat. Sudah menjadi dasar sebuah negara Kapitalis untuk meraih manfaat yang berpanjangan. Inilah dasar politik kufur!