Kenyataan Media Berkenaan Penindasan Pelarian Wanita dan Kanak-Kanak Rohingya di Thailand Tanpa Pembelaan Regim Islam dan Masyarakat Antarabangsa
Pelarian Wanita dan Kanak-Kanak Islam Rohingya Menghadapi Fasa Baru Penindasan di Thailand Tatkala Regim Pemimpin Umat Islam dan Masyarakat Antarabangsa Memandang Sepi
Bertentangan dengan respon bisu dan kaku dari negara-negara Barat, PBB dan pemimpin-pemimpin umat Islam terhadap keadaan umat Islam Islam yang begitu meremukkan hati, Hizbut Tahrir melancarkan kempen antarabangsa dalam bulan Jun 2013 dan menganjurkan seminar wanita yang penting pada 7hb Julai 2013 di Kuala Lumpur, Malaysia untuk meningkatkan kesedaran berkenaan dengan nasib wanita dan kanak-kanak Rohingya, dan mendesak negara-negara umat Islam untuk memberikan perlindungan yang selamat. Ia juga membangkitkan bahawa hanya sistem Khilafah sahajalah satu-satunya yang melaksanakan Islam secara kaffah, secara keseluruhan yang akan memberikan wanita dan kanak-kanak Rohingya hidup bermaruah dan dilindungi setaraf dengan warganegara Daulah yang lain. Seminar itu telah menghasilkan sebuah deklarasi yang ditandatangani oleh tokoh-tokoh wanita berpengaruh yang menjelaskan komitmen mereka untuk menyokong perjuangan umat Islam Rohingya dan bersatu sebagai umat Islam yang tidak dipisahkan oleh jarak dan sempadan negara. Deklarasi itu juga menyatakan keinginan mereka untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh bersama-sama dengan Hizbut Tahrir untuk mendirikan Khilafah yang akan menyatukan semua tanah-tanah umat Islam, dan menolak nasionalisme yang telah merendahkan taraf manusia. Ia adalah solusi mutlak yang akan melindungi kaum wanita di seluruh dunia umat Islam dari penindasan dan serangan para penyerang. Hizbut Tahrir akan meneruskan kempennya untuk meningkatkan kesedaran tentang nasib umat Islam di Myanmar dan mengerahkan sepenuh tenaga untuk menubuhkan Khilafah dengan segera, yang akan melindungi darah dan maruah umat ini dan menyediakan perlindungan yang selamat kepada semua umat Islam minoriti yang didakwa di seluruh dunia. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda:
Seksyen Wanita
Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir