Kerajaan Barat mendapat keuntungan dari Penyembelihan dan Kelaparan Kanak-kanak Yaman

Telah dikatakan sebelum ini dan berulang kali PBB terus mengatakan bahawa ia memerlukan $2.1 bilion untuk menghindarkan kebuluran di Yaman yang disebabkan oleh perang saudara selama 2 tahun. Ia mengatakan bahawa pada bulan Februari tahun ini 12 juta orang di negara yang dilanda perang ini berada di ambang kebuluran dan keadaan semakin merosot akibat keruntuhan ekonomi dan institusi negara serta kemusnahan infrastruktur bantuan akibat konflik tersebut. Penyelaras bantuan kecemasan PBB, Stephen O-Brien memberitahu pihak media bahawa, “Jika tidak ada tindakan segera, dan meskipun banyak usaha kemanusiaan yang sedang berlangsung, kelaparan pada saat ini menjadi kemungkinan nyata untuk 2017“. Dia menambahkan, “Sangat mengejutkan bilamana 7.3 juta orang tidak tahu di mana mereka akan mendapat makanan seterusnya “. Menurut PBB, hampir 3.3 juta penduduk di Yaman, termasuk 2.1 juta kanak-kanak kekurangan zat makanan dan 500,000 kanak-kanak menderita kekurangan gizi makanan. Terdapat kenaikan 63% dalam malnutrisi kanak-kanak dalam tempoh setahun dan seorang kanak-kanak di bawah usia 5 tahun mati setiap 10 minit di negara ini akibat tidak dirawat.

Gambar kanak-kanak dan bayi-bayi di Yaman yang lemah dan kurus, tulang mereka yang menonjol menembusi kulit akibat kelaparan, telah membanjiri media sejak kebelakangan ini. Namun, walaupun terdapat berjuta kanak-kanak di seluruh negara ini yang menderita nasib yang sama seperti yang dipaparkan dalam imej-imej tersebut, ia tidak cukup untuk menggoncang hati nurani pemerintah kolonial Britain dan AS atau rejim dan kumpulan hina mereka di tanah umat Islam, untuk menghentikan permainan perang politik mereka di Yaman yang didorong oleh kepentingan tamak mereka. Sesungguhnya kerajaan-kerajaan ini telah lucut sifat kemanusiaan mereka oleh kerana nilai-nilai kapitalis yang tidak berhati perut, yang tidak ragu-ragu meneruskan perang kejam yang menyasarkan kanak-kanak Yaman dan membawa kepada krisis kemanusiaan buatan manusia dalam skala yang besar – semua ini atas nama memerangi politik musuh untuk menguasai negara mereka. Bagi mereka, kematian ribuan kanak-kanak yang tidak bersalah tidak mengapa sebagai cagaran asalkan mereka dapat mengekalkan kepentingan politik dan ekonomi. Sesungguhnya, kanak-kanak Yaman telah menjadi makanan politik untuk memenuhi selera makan kerajaan kapitalis yang gilakan kuasa di tanah yang penuh dengan sumber alam ini.

Sebelum perang terjadi, Yaman yang dilanda kemiskinan sudah mengimport 90% produk makanan dari luar negara. Walau bagaimanapun, import ini terhenti kerana konflik dan embargo angkatan laut oleh pakatan yang dipimpin oleh Saudi, menyebabkan berjuta-juta umat Islam termasuk kanak-kanak mereka di ambang kebuluran. Tambahan pula, menurut PBB, 19.4 juta rakyat Yaman tidak mempunyai akses kepada air bersih atau kebersihan, menjadikan persekitarannya berpotensi untuk penyebaran penyakit berjangkit, dan selalunya anak-anak menjadi mangsa utama.

Tambahan pula, di UK, walaupun terdapat suara-suara dari kumpulan hak asasi manusia agar kerajaan British berhenti menjual senjata ke Arab Saudi yang telah terbukti secara langsung digunakan dalam serbuan di Yaman, kerajaan British enggan berbuat demikian. Sememangnya, sejak awal peperangan, kerajaan UK telah memberikan lesen untuk sejumlah £ 3.3 billion senjata diberikan ke rejim Saudi, dan mengabaikan hakikat bahawa pakatan yang dipimpin oleh Saudi telah mengebom sekolah-sekolah dan hospital semasa peperangan yang didukung Barat ini berlangsung. Mereka jelas tidak peduli langsung dengan wang yang menyebabkan darah mengalir akibat pembunuhan orang-orang yang tidak bersalah yang telah mengisi tabung negara dan akaun bank industri persenjataan.

Sementara itu, rejim Arab yang khianat, bersama-sama dengan semua pemerintahan di negeri umat Islam yang merupakan sebahagian daripada pakatan yang dipimpin oleh Saudi secara sukarela menyembelih dan membiarkan anak-anak umat Islam di Yaman kelaparan, dalam perang proksi ini di mana mereka berperang dengan bersemangat atas arahan tuan mereka samada pihak British atau US. Sesungguhnya, semua pihak dalam perang yang hina ini sama-sama bersalah atas malapetaka kemanusiaan yang telah menimpa kanak-kanak Yaman. Mereka telah menjual jiwa mereka kepada tuan barat mereka dan menumpahkan darah suci beribu-ribu orang Islam – nyawa ribuan Muslim di mana Nabi SAW menggambarkannya sebagai lebih suci daripada Kaabah dan sekitarnya.

Sebagai umat Rasullullah SAW yang mana Allah SWT gambarkan sebagai umat yang terbaik di muka bumi ini, pastinya kita patut bertanya kepada diri sendiri, bagaimanakah kita mencapai tahap yang paling rendah atas kewujudan kita di mana ramai umat Islam sedang kelaparan dan terdapat orang Islam sendiri yang menyembelih anak-anak Muslim lain untuk menggembirakan musuh-musuh Islam?

Sesungguhnya Allah SWT akan bertanya kepada kita tentang apa yang telah mata kita saksikan dan bagaimanakah kita bereaksi terhadap malapetaka ini. Bencana buatan manusia dan perang antara umat Islam ini adalah hasil langsung dari dunia yang telah dirampas selama 9 dekad dari belas kasihan dan keadilan yang datang dengan pemerintahan Islam di bawah sistem Allah, Khilafah berdasarkan metod kenabian. Negara ini akan menghapuskan penguasa-penguasa Islam yang keji ini yang telah membuatkan saudara Muslim bermusuh dan bergaduh terhadap saudara Muslim lain atas sebab bangsa-negara atau sempadan yang cetek, dan ia akan menyatukan orang beriman sebagai satu kumpulan yang kuat menentang musuh Islam, menggerakkan tenteranya untuk melindungi darah umat dan nyawa anak-anaknya. Di bawah pemerintahannya, anak-anak umat ini akan menikmati kehidupan yang penuh dengan keamanan, kemakmuran dan perlindungan, sama sepertimana anak-anak Yaman dan seluruh anak-anak di negeri umat Islam pernah nikmati di bawah pemerintahan Khilafah di masa silam.

‎﴿وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَيَسْتَخْلِفَنَّهُم فِي الْأَرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِّنَنَّ لَهُمْ دِينَهُمُ الَّذِي ارْتَضَى لَهُمْ وَلَيُبَدِّلَنَّهُم مِّن بَعْدِ خَوْفِهِمْ أَمْنًا يَعْبُدُونَنِي لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْئًا وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ﴾

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di muka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembah-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik” [TMQ an-Nur (24):55].