Kerajaan Halal Judi: Bantahan Hizbut Tahrir Seluruh Negara
KUALA LUMPUR 14 Mei – Buat pertama kalinya Masjid Wilayah yang terletak di Jalan Duta telah digegarkan dengan seruan daripada Hizbut Tahrir Malaysia (HTM). Seruan selepas solat Jumaat itu telah dilakukan oleh Ust Umar Hussein, Timbalan Presiden Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) kepada para jemaah yang sebahagian besarnya adalah kakitangan kerajaan. HTM telah menyeru kepada kaum Muslimin agar meluruskan kemungkaran yang telah dilakukan oleh kerajaan dengan menghalalkan judi sempena pertandingan bola sepak piala dunia yang akan berlangsung tidak lama lagi. Umar dalam ucapannya mengingatkan umat Islam bahawa apa yang kerajaan lakukan itu hanyalah mengundang azab Allah ke atas kita semua, justeru kaum Muslimin tidak boleh berdiam diri dari hal ini.Timbalan Presiden HTM itu menjelaskan bahawa satu-satunya penyelesaian untuk konflik di Palestin hanyalah dengan pemimpin umat Islam menghantar bala tentera mereka ke sana dan seterusnya menghancurkan penguasaan Yahudi di sana melalui jihad fi sabilillah. Umar dengan lantang menyeru kepada pemimpin-pemimpin dan ketua-ketua pasukan tentera kaum Muslimin agar segera bertindak untuk menyelamatkan Palestin daripada kezaliman tentera zionis kerana itu adalah kewajiban mereka yang paling utama saat ini.
Di akhir seruan, Ust Umar menyeru agar kaum Muslimin bergerak seiring dan berganding bahu bersama-sama dengan Hizbut Tahrir Malaysia untuk menolak kerajaan sekular yang ada pada hari ini dan menegakkan Khilafah dan menyelamatkan Palestin daripada Yahudi serta menyelamatkan Malaysia daripada najis judi.
HTM membuat seruan serentak selepas solat Jumaat di beberapa buah masjid di seluruh negeara untuk menyatakan bantahan terhadap keputusan kerajaan menghalalkan judi.


Masjid Wilayah, KL


Masjid Negara, KL


Masjid SS16 Shah Alam – 2


Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi
.jpg)

Masjid Negeri, Ipoh


Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh, Pulau Pinang

.bmp)
Masjid Rahmaniah, Kuala Perlis


Masjid Jami’ Sultan Ismail, Ledang, Tangkak, Johor
.bmp)

Masjid Bandar Baru Uda, JB