Kerajaan Pakistan gagal mengaitkan Hizbut Tahrir dengan keganasan

Kenyataan Akhbar 

Sekali lagi Kerajaan Pakistan gagal mengaitkan Hizbut Tahrir dengan keganasan; Mahkamah membebaskan 28 ahli Hizbut Tahrir dengan jaminan.

Sekali lagi, Kerajaan Pakistan telah gagal untuk membuktikan tuduhan dan usaha mereka dalam mengaitkan Hizbut Tahrir(HT) dengan pengganas.  Peguamcara HT telah mencabar peguam pendakwaraya Kerajaan Pakistan untuk menunjukkan pembuktian terdapatnya hasutan dan galakkan ke arah keganasan mahupun sektarianisme dalam penulisan dan risalah HT yang dirampas semasa serbuan dilakukan.  Dengan demikian, peguam pendakwa telah memohon agar mahkamah berhenti bersidang selama sejam namun mereka tetap gagal untuk kembali menunjukkan sebarang bukti yang kukuh. 


Maka dengan itu, Hakim Mahkamah Anti Keganasan telah memutuskan untuk membebaskan kesemua 28 orang ahli dan penyokong HT dengan jaminan dan menegaskan agar kes-kes tanpa pembuktian kukuh seperti ini tidak lagi dibentangkan di mahkamah itu di masa hadapan.


Ketakutan rejim diktator Musharaff terhadap populariti HT telah dizahirkan pada tahun 2003 apabila kerajaan demokrasi PPP mengharamkan HT sebagai satu usaha bagi memastikan pengukuhan kerajaan PPP itu.  Walhal, sebelum itu, Mahkamah Anti Keganasan Karachi telah pun memutuskan bahawa pengharaman ke atas HT adalah “tidak sah” memandangkan tiada sebarang sebab dinyatakan ketika pengharaman HT dilaksanakan.

Tambahan pula, writ yang dikemukakan oleh HT dalam mencabar pengharaman itu kini masih tertangguh di Mahkamah Tinggi Lahore, Rawalpindi sejak tiga setengah tahun yang lalu.  Namun begitu, HT sudah sedia maklum bahawa alasan sebenar pengharaman ke atas HT adalah untuk melindungi dan mempertahankan tampuk pemerintahan diktator dan demokrasi imperialis Pakistan.

Sukacita ingin kami umumkan untuk kesekian kalinya, bahawasanya sebarang pengharaman mahupun ancaman ke atas Hizbut Tahrir, tidak akan sekali-kali menggugat ataupun menghentikan kami dari meneruskan perjuangan politik tanpa kekerasan dalam rangka mengembalikan Daulah Khilafah di muka bumi ini.


Oleh kerana itulah Hizbut Tahrir telah muncul sebagai sebuah parti politik Islam terbesar di dunia, yang bergerak dengan penuh iltizam dan kecekalan di lebih 40 buah negara.  Kami juga ingin membawakan khabar gembira kepada Umat Islam bahawa HT telah memasuki fasa terakhir perjuangannya dan InsyaAllah dengan keizinanNya, Hizbut Tahrir akan membawa berita gembira kepada Umat Islam tentang tertegaknya Khilafah yang dinanti-nantikan sebagai pembela umat Islam ini, tidak lama lagi.  InsyaAllah


 
نَصْرٌ مِّن اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ