Kesombongan dan Keangkuhan Perancis Setelah Berabad Sebelumnya Berada di Bawah Rahmat Islam
Sekali lagi junjungan besar kita, Nabi Muhammad (saw) telah dihina oleh akhbar satira terbitan Perancis, Charlie Hebdo. Sejak tahun 2011 lagi, akhbar ini telah menyiarkan karikatur yang menghina Rasulullah (saw). Rentetan dari pembunuhan Samuel Paty akibat kedegilannya menunjukkan karikatur menghina junjungan besar Rasulullah (saw) kepada para pelajarnya, karikatur sepertinya telah dipancarkan ke bangunan kerajaan di Montpellier dan Toulouse selama beberapa jam. Dalam pada itu, Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengatakan bahawa dia tidak akan menghalang penerbitan karikatur tersebut atas nama ‘kebebasan bersuara’ dan menggambarkan Islam sebagai agama “dalam krisis” serta mengisytiharkan perang terhadap “pemisah Islam”, yang menurutnya sedang mengambil alih populasi Muslim di Perancis.
Kata-kata dan tindakan Macron ini telah menimbulkan kemarahan kaum Muslimin seluruh dunia. Jelas nampaknya Perancis tidak belajar dari sejarah. Perancis hakikatnya sudah cukup kenal dengan ketaatan dan kasih sayang umat Islam terhadap Rasulullah (saw). Umat Islam tidak akan sesekali berdiam diri tatkala Rasul mereka dihina. Macron harus diingatkan bahawa pada suatu ketika, apabila sebuah pementasan yang menghina Rasulullah akan diadakan di Paris, Sultan Abdul Hamid memberi amaran keras kepada Perancis.
Sultan Abdul Hamid, terkejut apabila diberitahu oleh duta Khilafah Uthmaniyyah bahawa Perancis akan mengadakan pementasan teater bertajuk “Muhammad dan kefanatikan”, hasil karya Voltaire. Akhbar Perancis menyiarkan berita mengenai pementasan tersebut lengkap dengan gambaran pakaian, hiasan dan lakonan yang jelas menghina Rasulullah (saw), Zaid bin Harithah serta isterinya, Zainab. Sang Khalifah dengan segera memerintahkan duta Perancis untuk mengadapnya dan memberi amaran keras agar Perancis menghentikan rancangan untuk mengadakan pementasan itu.
Pada awalnya Perancis menolak namun akhirnya mengalah dan membatalkan pementasan tersebut. Meskipun Khilafah Uthmaniyyah pada ketika itu dianggap lemah dan digelar ‘the sick man of Europe’, Sultan Abdul Hamid tidak merasa gentar walau sedikit pun dalam mempertahankan kemuliaan Rasulullah (saw). Sudah tentu ini sewajarnya menjadi satu pengajaran bagi para pemimpin kaum Muslimin hari ini yang terus gagal mempertahankan Islam!
Hakikatnya, kebencian kaum kuffar terhadap Islam dan kaum Muslimin tidak pernah surut sejak dari zaman Rasulullah (saw) lagi. Allah (swt) telah pun memberikan gambaran yang jelas akan kebencian kaum kuffar terhadap Islam. Allah (swt) berfirman:
قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ
“Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih besar lagi” [Ali-Imran (3):118].
Kebencian kaum kuffar ini tidak akan pernah padam dan sejarah membuktikan betapa busuknya hati-hati mereka dalam memusuhi kaum Muslimin. Sirah Rasulullah memperlihatkan kejahatan kaum kuffar Makkah terhadap Rasulullah (saw) dan para sahabat. Kemudian muncul pula kuffar Eropah yang menyerang kaum Muslimin di tanah Syam dalam perang Salib dan setelah itu, kaum kolonial Barat pula merampas kekayaan dan tanah umat Islam dan melakukan pembunuhan besar-besaran terhadap umat Muhammad (saw). Perancis, sebagai contoh, ketika menjajah Algeria, telah membunuh jutaan umat Islam dan menyimpan ratusan tengkorak kaum Muslimin yang terbunuh di sebuah muzium di Paris. Dan hari ini, Imperialis Barat terus berusaha untuk ‘membereskan’ kaum Muslimin dengan usaha hegemoni mereka atas umat Islam dalam segenap aspek kehidupan. Kebencian dan permusuhan mereka terhadap kaum Muslimin terus-menerus berlaku.
Ini berbeza dengan tindakan kaum Muslimin ke atas golongan kuffar. Rasulullah (saw) benar-benar menerapkan Al-Quran dalam interaksi baginda dengan golongan kuffar. Allah (swt) berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ لِلَّهِ شُهَدَاءَ بِالْقِسْطِ ۖ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ عَلَىٰ أَلَّا تَعْدِلُوا ۚ اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۚ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
“Wahai orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa juga) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” [TMQ al-Maidah (5): 8].
Keadilan yang dimaksudkan termanifestasi pada Sunnah junjungan besar kita dan kaum Muslimin yang berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah, generasi demi generasi selepas Rasulullah (saw) yang secara konsisten menegakkan keadilan dalam tindak tanduk mereka.
Sejarah umat Islam sejak dahulu lagi memperlihatkan keadilan kaum Muslimin terhadap kaum kuffar dalam banyak keadaan. Memang ada ketikanya Rasulullah (saw) amat tegas dengan kaum kuffar dan tidak pernah bertolak ansur dalam menjalankan perintah Allah (swt). Namun begitu, dalam menjunjung perintah-Nya juga, Rasulullah mempamerkan akhlak yang tinggi dan mulia dalam interaksi baginda dengan kaum kuffar. Ketika pembukaan kota Makkah sebagai contoh, Rasulullah (saw) sentiasa mengingatkan kaum Muslimin untuk tetap menghormati kaum kafir Quraisy, tidak mengganggu harta benda mereka, serta tidak berbuat sewenang-wenangnya atas mereka. Baginda berpesan agar mereka tidak dizalimi berdasarkan perintah Allah (swt):
وَإِنْ أَحَدٌ مِّنَ ٱلْمُشْرِكِينَ ٱسْتَجَارَكَ فَأَجِرْهُ حَتَّىٰ يَسْمَعَ كَلَٰمَ ٱللَّهِ ثُمَّ أَبْلِغْهُ مَأْمَنَهُۥ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَعْلَمُونَ
“Dan jika seorang di antara orang-orang musyrikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah dia supaya dia sempat mendengar firman Allah, kemudian hantarkanlah ia ke tempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka merupakan kaum yang tidak mengetahui” [At-Taubah (9): 6].
Sikap adil dan akhlak mulia dalam berinteraksi dengan kaum kuffar juga dimanifestasikan oleh generasi kaum Muslimin selepas Rasulullah. Salahuddin al-Ayubi sebagai contoh, ketika mengetahui bahawa Raja Richard jatuh sakit ketika pengepungan tentera Islam di Acre pada tahun 1192, Salahuddin tidak hanya mengirim doktor peribadinya untuk merawat Richard, beliau juga mengirim ais dan buah-buahan untuk membantunya melawan demam. Begitu juga ketika kuda Richard terbunuh semasa pertempuran, dan Raja Inggeris itu mendapati dirinya terpaksa berjalan kaki untuk menghadapi seluruh tentera Islam, orang-orang Islam membiarkannya berjalan tanpa menyerang. Begitulah ketinggian akhlak dan keadilan pemimpin umat Islam dalam interaksi mereka dengan kaum kuffar, meskipun dalam suasana perang!!
Sikap sebegini juga dipamerkan oleh Khalifah Uthmaniyyah, Sulaiman al-Qanuni dalam membantu Perancis sekitar 500 tahun dahulu. Meskipun tindakan Khilafah Uthmaniyyah ini juga bersifat strategis, ia tidak lepas dari manifestasi akhlak dan keadilan yang dimiliki oleh sang Khalifah ketika itu. Pernah pada suatu ketika, Louise dari Savoy, ibu kepada raja Perancis, Francis I, menulis surat kepada Khalifah Sulaiman meminta pertolongannya untuk menyelamatkan anaknya dari penjara kerajaan empayar Austria-Habsburg. Ini menyebabkan Khilafah memasuki perang Mohacs pada tahun 1526. Hungary kalah teruk dan Raja Charles V, Raja Habsburg, terpaksa ke meja rundingan dan membebaskan Francis I.
Kejadian ini menjadi asas yang kuat dalam hubungan antara Perancis dan Khilafah Uthmaniyyah yang bertahan selama lebih dua abad. Hakikatnya, bagi sebuah kerajaan Kristian untuk membuat perikatan dengan Khilafah Islam adalah satu langkah yang kontroversi. Namun, hubungan tersebut telah membantu Francis I untuk memanjangkan umur kerajaannya.
Lebih dari satu dekad kemudian, Uthmaniyyah kembali menyelamatkan Francis I pada tahun 1543. Sulaiman mengirim tentera lautnya di bawah Panglima Barbaros Khairuddin Pasha. Barbaros Khairuddin Pasha amat dihormati di kalangan kawan dan lawan sehingga Raja Habsburg, Charles V menawarkan jawatan Ketua Laksamana tentera empayar Austria-Habsburg kepadanya namun ditolak mentah-mentah.
Setelah kematian Pasha pada tahun 1546, dan Francis I setahun kemudian, kerajaan Perancis kembali goyah dengan ancaman dari kerajaan Habsburg. Khalifah Sulaiman bagaimanapun terus membantu pengganti Francis I, Henry II dan raja-raja lain yang mengambil alih pemerintahan kerajaan Perancis pada dekad-dekad berikutnya. Raja Perancis, Henry II sangat menghargai sokongan Uthmaniyyah dan memuji Khalifah Sulaiman dan menganggapnya sebagai ‘teman terhormat, pemimpin umat Islam yang agung dan seorang pemimpin yang tidak dapat dikalahkan’. Perikatan luar biasa ini kekal selama lebih dari dua setengah abad, sehinggalah Napoleon memulakan kempennya di Mesir Uthmaniyyah pada tahun 1798-1801.
Hakikatnya, hubungan antara Perancis dan Khilafah Uthmaniyyah ini adalah simbol kebaikan Khilafah kepada raja-raja Perancis yang sangat bermasalah pada waktu itu. Hubungan rapat ini juga membolehkan Uthmaniyyah campur tangan dalam hal ehwal Eropah dan ini tidak dapat dicapai kecuali dengan komitmen terhadap perjanjian dan sifat adil Khalifah dalam interaksinya terhadap kaum kuffar.
Walau bagaimanapun, suasana hari ini adalah amat berbeza. Sikap biadap Macron dalam menangani isu yang sangat sensitif bagi umat Islam menunjukkan kesombongan dan keangkuhan presiden Perancis ini.
Hubungan antara Perancis dan Islam ini bukanlah suatu kejadian terpencil dalam sejarah Perancis, bahkan ia merupakan fakta sejarah yang diketahui ramai. Kini, Perancis, di bawah pimpinan Presiden Macron yang sombong dan angkuh, telah membakar kemarahan umat Islam sedunia dengan penghinaan ke atas junjungan besar kita Muhammad (saw).
Sesungguhnya Khilafah akan pasti tegak kembali dengan izin Allah (swt). Khilafah yang bakal tegak dalam sedikit masa lagi ini sudah pasti tidak akan melupakan kesombongan dan keangkuhan Perancis dan Macron. Akan tiba masanya nanti ketika Khalifah umat Islam akan mengatakan kepada Perancis – kalian pernah kami bantu dan kami telah berlaku adil terhadap kalian, namun kalian sombong dan angkuh. Sekarang ini satu-satunya bantuan yang akan kami berikan kepada kalian adalah dengan melancarkan jihad untuk menyelamatkan kalian dari murka Allah (swt) atau kalian menyerah diri dan bernaung di bawah perlindungan Daulah Khilafah ala Minhaj Nubuwwah!
Wallahu a’lam.