Khabar Gembira dari Asia Tengah: Pejuang Khilafah Semakin Ramai, Mereka Tidak Takut …

Khabar Gembira dari Asia Tengah:  Pejuang Khilafah Semakin Ramai, Mereka Tidak Takut Walaupun Dipenjarakan

Terungkap satu fakta baru yang sebelum ini disembunyikan. Penguasa rejim di Asia Tengah tidak serik dalam melemparkan tuduhan yang tidak berasas terhadap parti politik Islam global yang menyeru kepada penegakan Islam di bawah naungan Khilafah, iaitu Hizbut Tahrir. Pelbagai fitnah dan penganiayaan terus berlaku terhadap para aktivis gerakan ini di Asia Tengah. Tetapi semua ini tidak pernah menjadikan aktiviti dakwah tersebut terhenti.

Malah, Barat yang mendakwa dirinya sebagai pembela hak asasi manusia dan kebebasan turut  menyokong para penguasa diktator tersebut. Mantan Duta Besar Britain di Uzbekistan, Craig Murray mengatakan, “Melalui dukungan Barat terhadap rejim yang kejam, kita sedang mencipta suatu ketaatan ketika berlakunya ketidakpuasan di Asia Tengah. Barat menyokong kerana kediktatoran tersebut akan mengambil alih golongan anti Barat.”

Pemimpin pembangkang Uzbek dalam sebuah tayangan filem dokumenteri yang dibuat oleh Michael Anderson yang ditayangkan oleh stesen televisyen Al-Jazeera berbahasa Inggeris mengatakan bahawa kini ketakutan pada ekstrimisme di Uzbekistan berada pada skala yang semakin meluas, bukan di kalangan orang-orang agama sahaja. Dia mengatakan bahawa rata-rata para peniaga, guru-guru dan pekerja-pekerja sedang ditarik ke arah radikalisme. Kanyebek Mamalatiev, seorang pegawai Badan Urusan Agama Negara, ketika diwawancara oleh Anderson, menuduh Hizbut Tahrir melakukan tindakan kekerasan. Apabila ditanya punca meningkatnya ekstrimisme, ia memberi jawapan yang bersifat mengelak iaitu disebabkan rejim tidak menjalankan demokrasi.

“Tidak, kita tidak boleh mengatakan bahawa  tidak wujudnya demokrasi. Kami telah berpilihanraya  secara demokratik, secara khusus memberi penghormatan terhadap hak asasi manusia. Akan tetapi, ramai orang memahami demokrasi dengan cara mereka sendiri. Jika seseorang berfikir bahawa kebebasan beragama adalah untuk melemparkan bom, adakah kita memerlukan agama seperti ini?” katanya.

Ia mengatakan, bahawa mahkamah perlembagaan Kyrgyz telah meletakkan Hizbut Tahrir sebagai sebuah organisasi ekstrimis dan diharamkan.

“Jika organisasi itu tidak mempunyai niat yang buruk, mengapa mereka mengumpulkan senjata, bom tangan…,” tuduhnya.

Sudah semestinya tuduhan palsu tersebut terus dihebahkan melalui media-media penguasa yang korup yang takut  jika  kejahatan mereka terbongkar. Tetapi kebenaran  pasti akan menang.

Wakil Hizbut Tahrir di Kyrgyzstan, Dilyor Jumabaev ketika diwawancara oleh Andersoan menegaskan bahawa Hizbut Tahrir tidak pernah terlibat dalam perkara-perkara seperti itu.

“Setiap kali berlaku tindakan yang keras (ke atas Hizbut Tahrir), semakin ramai orang menjadi anggota Hizbut Tahrir,” kata Dilyor Jumabaev.

“Orang-orang muda boleh tertarik kepada siapa diri kita. Kami duduk bersama mereka dan mempelajari sejarah dan ajaran-ajaran Nabi Muhammad SAW,” kata Jumabaev kepada Anderson.

Dia terdiam sebentar, lalu melanjutkan perkataannya. “Dan mereka bersetuju dengan cara kami yang aman,” tambahnya disertai dengan senyuman.

Jumabaev menegaskan bahawa ramai daripada anggota-anggotanya berada di dalam penjara dan mereka sangat proaktif.

“Di penjara, terdapat ramai anggota kami dan mereka proaktif. Terdapat sejumlah anggota kami yang dibebaskan. Selepas keluar dari  penjara, mereka tidak takut dengan apa-apa pun. Tidak lama lagi insyaAllah, kita akan memiliki sebuah Negara Islam. Sebuah Khilafah!” kata aktivis Hizbut Tahrir tersebut.

Ketika Michael Anderson menanyakan kepadanya, “Adakah anda akan menggunakan senjata atau tentera dalam proses ini?”

Jumabaev, menjawab dengan yakin sambil menggelengkan kepala, “Tidak! Tidak sekali-kali! Hanya kekuatan daripada Al-Quran.”

Demikianlah, dengan pelbagai cara, rejim korup itu terus menerus melancarkan tuduhan palsu terhadap para pengembang dakwah untuk menghentikan seruan terhadap syariah dan Khilafah. Barat pun semakin menampakkan kepalsuannya melalui sokongan yang diberi terhadap para diktator tersebut. Tetapi,rancangan Allah SWT lebih hebat lagi. Akan tiba suatu saat di mana pertolongan Allah akan datang dan Khilafah Rasyidah berdiri kembali  tidak lama lagi.

Sumber : Syabab.com