Konflik di Yaman: Hentikan pertumpahan darah sesama Muslimin!

SANAA: Lebih 100 dipercayai terbunuh dalam serangan udara oleh tentera pakatan diketuai Arab Saudi ke atas pusat tahanan di Yaman, kata Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) hari ini. Tentera pakatan berkata, ia mensasarkan kemudahan milik dikendalikan pemberontak Houthi yang menempatkan dron dan peluru berpandu tetapi Houthi berkata serangan meruntuhkan bangunan yang digunakan sebagai penjara. ICRC bergegas ke lokasi di bandar raya Dhamar dengan pasukan perubatan dan ratusan beg mayat. Jurucakap ICRC, Franz Rauchenstein, berkata lokasi yang dibedil pernah dilawati oleh ICRC sebelum ini. Katanya, ia bangunan kolej yang kosong dan digunakan sebagai kemudahan penahanan untuk sementara. [Sumber: bharian.com.my]

Umat Islam di Yaman terus menjadi mangsa kerakusan dan kejahatan rejim Arab Saudi yang nampaknya terus mengila menumpahkan darah sesama muslim. Ikatan ukhuwah sesama muslim yang sepatutnya menjadikan muslim di Yaman bersaudara dengan umat Islam lain termasuklah dengan umat Islam di Arab Saudi kini telah lenyap sama sekali. Apakah para pemimpin Arab Saudi masih terus  buta, tuli dan bisu terhadap peringatan Allah (swt) ini!

وَمَنْ يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُتَعَمِّدًا فَجَزَاؤُهُ جَهَنَّمُ خَالِدًا فِيهَا وَغَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَلَعَنَهُ وَأَعَدَّ لَهُ عَذَابًا عَظِيمًا

“Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar” [TMQ an-Nisa’ (4):93].

Ketahuilah bahawa di sisi Allah (swt), hilangnya nyawa seorang muslim lebih lebih besar perkaranya daripada hilangnya dunia dan seisinya.

Dari al-Barra’ bin Azib (ra), Nabi (saw) bersabda,

لَزَوَالُ الدُّنْيَا أَهْوَنُ عَلَى اللَّهِ مِنْ قَتْلِ مُؤْمِنٍ بِغَيْرِ حَقٍّ

“Hilangnya dunia, lebih ringan bagi Allah dibanding terbunuhnya seorang mukmin tanpa hak” [HR Nasai 3987, Turmudzi 1455].

Umar Hussein
Anggota Lajnah Fa’aliyat HTM