Konvoi bermotosikal sempena Maulid ar-Rasul

BANGI 10 Okt – Sempena Maulid ar-Rasul 1444 H, sekumpulan pemuda Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) melakukan aktiviti konvoi bermotosikal sambil mengibarkan al-Liwa’ dan ar-Rayah.

Peserta berkonvoi sejauh 25 kilometer bermula dari perkarangan Masjid al-Hasanah dan berakhir di Taman Tasik Cempaka.

Pelbagai respons positif daripada warga Bangi di sepanjang konvoi yang berlangsung lebih sejam itu.

Selain menzahirkan panji dan bendera Islam, program berkenaan diadakan dalam rangka mengingatkan umat Islam kepada perjuangan Rasulullah (saw) dalam menegakkan kalimah tauhid yang seharusnya diteladani oleh umatnya.

Bermula dengan mengajak manusia untuk mengEsakan Allah, seterusnya menyeru manusia kepada menerapkan hukum Allah secara kaffah dalam bingkai sebuah negara (Daulah Islam), inilah perjuangan baginda (saw) yang wajib diikuti oleh umatnya pada hari ini sebagai manifestasi kecintaan terhadap baginda.