Kuda Tunggangan Baru

 
 
altBADEN-BADEN, Jerman 4 April – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam meminta Eropah menghulurkan lebih banyak bantuan kepada AS dalam perang di Afghanistan dan beliau menggunakan popularitinya untuk mendapatkan kompromi dari sekutu dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).  Disambut bagai seorang wira dalam lawatan pertama ke Eropah sebagai Presiden, Obama memberi amaran kepada pemimpin dan pelajar dalam pertemuan di bandar Strasbourg, Perancis bahawa Eropah berdepan dengan ancaman lebih besar oleh Al-Qaeda berbanding AS berdasarkan faktor geografi. 
“Eropah tidak patut membiarkan AS menanggung beban ini bersendirian.  “Ini adalah masalah bersama yang memerlukan usaha bersama,” ujar beliau sebelum menghadiri majlis makan malam bersama ketua-ketua dari 28 negara anggota NATO pada sidang kemuncak yang meraikan ulang tahun ke-60 pakatan ketenteraan itu di Strasbourg dan dekat dengan Baden-Baden, Jerman.    Walaupun popular di kalangan penduduk Eropah, kehadiran Obama tidak berjaya ‘menenangkan’ penunjuk perasaan anti-NATO sehingga memaksa polis menggunakan meriam air dan gas pemedih mata di pinggir Strasbourg bagi mengelakkan mereka berarak ke pusat bandar. Kira-kira 300 orang telah ditahan kelmarin.  

Pertikaian antara Turki dengan negara Eropah lain mengenai siapa yang akan menerajui NATO selepas ini juga memuramkan suasana dengan Ankara menolak cadangan supaya Perdana Menteri Denmark, Anders Fogh Rasmussen dilantik sebagai Setiausaha Agung yang baru.   Turki tidak berpuas hati dengan cara Rasmussen mengendali kontroversi karikatur Nabi Muhammad S.A.W yang mencetuskan kemarahan dunia Islam pada 2006. – Reuters
 
Sumber : Utusan Malaysia, 05/04/09

Obama Sedang Mencari Kuda Tunggangan Baru.

Apakah Amerika tidak belajar dari sejarah? AS memanglah sebuah negara yang sombong dan bongkak dengan kekuatan ketenteraan yang dimilikinya. Ketahuilah bahawa kekuatan material semata-mata tidak akan dapat menandingi kekuatan ruhiyyah yang lahir dari aqidah Islam dan kekuatan ini hanya dimiliki oleh umat Islam. Lihatlah sejarah perang Soviet-Afghanistan yang lalu. Perang yang berlaku selama 10 tahun ini (1979-1989) sering disamakan dengan perang Amerika-Vietnam.

Perang ini memiliki dampak yang sangat besar dan merupakan salah satu faktor runtuhnya Kesatuan Soviet pada tahun 1991. Perang ini telah mengorbankan tidak kurang 15,000 tenteranya. Akhirnya mereka dimalukan oleh para mujahidin yang berjuang dengan dorongan semangat jihad mengalahkan musuh-musuh Allah SWT. Kini nampaknya Amerika sedang meniti laluan yang sama dan akan menerima nasib yang serupa seperti bekas negara komunis tersebut insyaAllah. Lihat sahaja ketidakyakinan pegawai-pegawai tentera mereka sendiri dengan operasi ketenteraan yang dilakukan oleh Amerika di Afghanistan. Antaranya ialah kata-kata oleh Michael Mullen Ketua Staf Gabungan Angkatan Bersenjata AS.

“Kita tidak dapat memastikan jalan kita menuju kemenangan dan tidak ada angkatan bersenjata di mana pun –tidak kira berapa — yang dapat memenangi perang ini secara bersendirian. Perang ini memerlukan kerja berkelompok dan kerjasama”.  Ketika memfokuskan diri untuk melakukan apa yang mereka sebut sebagai “perang melawan pengganas” di Afghanistan, pegawai pentadbiran Obama mengatakan tentangan di Afghanistan jauh lebih berat berbanding Irak. ” Tidak seperti masalah lain yang kita hadapi”, ujar Richard Holbrooke, Duta AS untuk Afghanistan dan Pakistan di Munich, “..menurut pandangan saya keadaan akan menjadi lebih buruk dibanding Irak.”

Penilaian yang sama dikeluarkan oleh pemimpin tentara AS Jenderal David Petraeus, yang memimpin tentara AS di Afghanistan dan Irak. “Tidak ada yang mudah di Afghanistan”, kata beliau dalam persidangan Keamanan Antarabangsa. “Ini akan menjadi peperangan yang sangat sulit dan panjang”.  Apakah AS sedang menggali kuburnya sendiri?