Laman sesawang Memori al-Azhar muat nama Taqiyuddin al-Nabhani sebagai salah seorang pemimpin umat

al-azharwebLaman sesawang Memori al-Azhar secara rasmi memuatkan nama pengasas Hizbut Tahrir, al-‘allamah Syeikh Taqiyuddin al-Nabhaniy rahimahullah, bersama dengan beberapa ulama terkemuka lainnya. Antara biografi yang dimuatkan termasuk juga seorang ulama besar pada masa akhir keKhilafahan Uthmaniyyah yang tak lain tak bukan ialah datuk beliau sendiri yakni Syeikh Yusuf al-Nabhaniy rahimahullah. Foto beliau dapat dilihat di bahagian atas foto Syeikh Taqiyuddin al-Nabhaniy.

Terjemahan:

Memori al-Azhar – Syeikh Taqiyuddin al-Nabhani lahir pada tahun 1332H / 1914M, di desa Ijzim, Palestin. Beliau dinisbahkan kepada kabilah Bani Nabhan, termasuk orang Arab gurun yang menetap di desa itu. Beliau dibesarkan di sebuah keluarga yang berakar kuat di kedalaman sejarah. Beliau menghafal al-Qur’an al-Karim pada usia muda, kemudian beliau pergi ke Kaherah, hingga beliau menghabiskan pengajiannya di al-Azhar al-Sharif.

Setelah itu, beliau kembali ke Palestin dan mengajar di Jabatan Pendidikan, kemudian bekerja di bidang pengadilan sehingga mengundurkan diri pada tahun 1369H / 1950M, ketika beliau mencalonkan diri untuk menjadi anggota Parlimen.

Pada tahun 1370H / 1951M, beliau memberi kuliah untuk para pelajar sekolah tinggi di Kulliyah Ilmiyah Islamiyah, di Amman, Jordan. Khidmat beliau ini terus berlangsung hingga awal tahun 1372H / 1953M di mana beliau mencurahkan tenaga dan masanya untuk mendirikan Hizbut Tahrir, yang kemudian bergiat menyebarkan pemikirannya di banyak negara. Dakwah beliau ini mendapat banyak tekanan dan ancaman dari para penguasa setempat, sehingga beliau terpaksa merahsiakan identitinya hingga kematiannya di Beirut, Lebanon, pada awal Muharam 1398H / 11 Disember 1978M, setelah beliau mewariskan sejumlah karya (literatur) keagamaan, sosial dan politik, di samping banyak penerbitan lainnya dalam bidang pemikiran, politik dan ekonomi.

http://alazharmemory.eg/sheikhs/characterdetails.aspx?id=812