Lanun : Malaysia Sedia Bantu AS
pengalaman dan kepakaran berharga yang boleh dikongsi bersama dalam menyelesaikan masalah pelanunan selain mewujudkan kerjasama dengan negara-negara jiran. ‘‘Perkongsian itu penting kerana kita melihat ancaman lanun boleh memberi kesan buruk kepada pertumbuhan ekonomi global,’’ katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan selama setengah jam dengan Duta AS ke Malaysia , James R. Keith di sini hari ini. Sehubungan itu, Anifah berkata, beliau berharap usaha itu akan disusuli dengan perbincangan secara mendalam oleh agensi atau jabatan berkaitan dari kedua-dua negara. ‘‘Saya menganggap pertemuan hari ini akan membuka pintu yang luas kepada agensi dan jabatan berkaitan untuk mengadakan perbincangan lanjut mengenainya,’’ katanya.
”mereka berkata lagi: ” Demi sesungguhnya! jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang yang hina lagi lemah (pihak Islam)”. padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)”. [TMQ Al Munaafiquun (63) :8]