Memandu Sambil Melakukan Seks

 
OSLO – Seorang lelaki Norway berdepan hukuman denda tinggi dan diharamkan memandu oleh sebuah mahkamah setelah dia ditangkap oleh pihak berkuasa kerana mengadakan hubungan seks dalam kereta yang dipandu laju di sebuah lebuh raya, kata polis semalam.

Lelaki berumur 28 tahun dan pasangannya yang berumur 22 tahun itu ditangkap anggota polis trafik kelmarin di lebuh raya E18 kira-kira 40 kilometer ke barat Oslo. Kereta Mazda 323 yang dinaiki pasangan itu mencatatkan kelajuan 133 kilometer sejam (km/j) dalam zon had laju 100 km/j.

“Kereta itu bergerak ke kiri dan ke kanan kerana wanita itu duduk di atas riba ketika lelaki itu sedang memandu,” kata seorang pegawai polis, Tor Stein Hagen di daerah Soendre Buskerund. – AFP

Sumber : Kosmo, 14/04/09

Kapitalisme Menjadikan Manusia Seperti Binatang

Inilah sebahagian dari kerosakan yang dihasilkan oleh sistem Kapitalisme. Kehidupan manusia telah jatuh ketahap kehidupan yang lebih teruk dari binatang. Ini semuanya berpunca dari manusia yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya. Benarlah firman Allah SWT:

”Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai”. [TMQ Al A’raaf  (7) : 179].

FirmanNya lagi :

”Atau adakah Engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (Apa yang Engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi”. [TMQ Al Furqaan (25) : 44].

Firman Allah SWT:

”Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan”. [TMQ Al Israa’ (17) : 70].

Hakikatnya, Allah mencipta manusia dengan sebaik-baik ciptaan. Namun tanpa hidayah Allah, manusia terjerumus kelembah kehinaan. Hanya Islamlah satu-satunya sistem kehidupan yang  mampu mengangkat martabat manusia menjadi semulia-mulia makhluk.

 

Get real time updates directly on you device, subscribe now.