Membenarkan Delegasi Negara Haram “Israel” Menjejakkan Kaki Di Bumi Malaysia Adalah Satu Pengkhianatan Terhadap Palestin

Terdapat kempen BDS di peringkat global yang kuat memboikot Israel di setiap peringkat atas tindakan jenayah dan pelanggaran  undang-undang oleh negara Yahudi itu. Malaysia sepatutnya mencerminkan komitmennya yang tegas dan tetap utuh dengan penolakannya untuk membenarkan mana-mana rakyat Israel menjejakkan kaki di bumi Malaysia.

Lebih teruk lagi apabila diketahui bahawa Roet juga bertemu dengan pegawai-pegawai kerajaan Malaysia. Mengalu-alukan mereka adalah pengkhianatan terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Berita Penuh: harakahdaily.net


Komentar:

Membenarkan delegasi dari negara haram ‘Israel’ memasuki Malaysia bagi menyertai persidangan Program Penempatan Manusia PBB yang telah diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini adalah satu bentuk pengkhianatan terhadap umat Islam dan tanah suci Palestin. ‘Israel’ adalah musuh umat Islam yang sedang menjajah tanah suci Palestin. Haram hukumnya mempunyai sebarang hubungan diplomatik ataupun menjalinkan sebarang bentuk kerjasama dengan negara haram ‘Israel’. Asasnya mereka adalah penjajah yang mesti dihalau keluar dari tanah suci Palestin dengan jihad. Itulah sikap tegas yang perlu ada dalam diri setiap umat Islam terhadap negara haram ‘Israel’.

Sikap hipokrasi dan pengkhianatan demi penghianatan para pemimpin umat Islam terhadap penjajahan rejim zionis yahudi ke atas tanah suci Palestin telah pun berlaku sejak mula tanah suci Palestin dijajah oleh rejim zionis yahudi lagi. Hakikatnya, tanah suci Palestin tidak akan dapat dijajah dan dirampas serta umat Islam Palestin diusir keluar oleh rejim zionis yahudi tanpa adanya pengkhianatan dari para pemimpin umat Islam sendiri.

Para pemimpin umat Islam sering menipu umat Islam dengan laungan kata-kata keras mengutuk dan menentang penjajahan rejim zionis yahudi ke atas tanah suci Palestin, namum dalam diam-diam mereka mempunyai hubungan yang baik serta menjalinkan hubungan dagang dengan rejim tersebut. Adakah negara haram ‘Israel’ yang ada pada hari ini akan berjaya berdiri utuh dan dapat terus menerus membunuh dan menghancurkan kediaman umat Islam Palestin tanpa adanya pengkhianatan dari para pemimpin umat Islam? Tidak, rejim zionis hanya dapat melakukan itu semua kerana adanya pengkhianatan daripada para pemimpin umat Islam sendiri.

Sedarlah wahai umat Islam! Bukalah pintu hati kalian untuk melihat kebenaran. Kebenarannya adalah kita tidak boleh lagi mengharapkan para pemimpin umat Islam yang ada pada hari ini untuk membela dan seterusnya membebaskan tanah suci Palestin daripada penjajahan rejim zionis yahudi. Jangan terpedaya dengan kata-kata retorik daripada mereka kononnya akan mempertahankan dan membela tanah suci Palestin! Sesungguhnya mereka boleh melakukannya dengan menggerakkan tentera umat Islam untuk berjihad di bumi Palestin jika mereka benar-benar ingin membela tanah suci Pelestin. Sedarlah wahai NGO dan gerakan-gerakan Islam, bantuan kemanusian yang diberikan tidak akan dapat menghentikan penderitaan yang dihadapi oleh umat Islam Palestin. Usaha kemanusiaan tanpa disertai dengan usaha membebaskan tanah suci Palestin dari penjajahan rejim zionis yahudi hanya akan memanjangkan lagi penderitaan yang ditanggung oleh umat Islam Palestin. Sedarlah wahai para ulama, kalian adalah orang yang dipercayai oleh umat Islam, ajarkanlah dan serukanlah kepada umat Islam bahawa penyelesaian yang dituntut oleh ajaran Islam terhadap bumi Palestin ialah membebaskannya daripada penjajahan rejim zionis dengan jihad.

Mus’ab
Pimpinan Pusat Hizbut Tahrir Malaysia