Menang Bergaya Dalam Kezaliman

KUALA LUMPUR 9 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Barisan Nasional (BN) menang dengan bergaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang dan bukannya menang dengan keputusan yang dibaratkan sebagai ‘sipi – sipi’ sahaja. Sehubungan itu, beliau yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi BN berharap setiap jentera parti di seluruh negara dapat bekerja sebagai satu pasukan dan satu keluarga dengan memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

Kejayaan bagi umat Islam diukur melalui komitmen kaum Muslimin dalam menjalankan amar maaruf nahi mungkar. Sekiranya kita berjaya menegakkan keadilan dan menentang kezaliman, maka itulah kejayaan sebenarnya. Apalah gunanya menang bergaya jika  kemungkaran dan kemaksiatan masih berpanjangan? Apalah gunanya menang bergaya jika rakyat masih berciciran dengan kemiskinan, kemelaratan dan kedaifan? Apalah gunanya menang bergaya sedangkan kerosakan sosial masih ditangga tertinggi? Apalah gunanya menang bergaya jika Islam masih diketepikan?

Sumber : Utusan Malaysia Online 10/08/09