Munaqashah Poligami Perbetul Persepsi

munaaqashah-poligami-01BANDAR BARU BANGI 23 Jan – Tirai Munaqashah 2011 anjuran Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) dan Khilafah Centre dibuka dengan mengangkat isu ‘Poligami: Masalah Atau Penyelesaian”. Sekali lagi dewan seminar di Khilafah Centre dipenuhi oleh Muslimin dan Muslimat yang prihatin dengan isu-isu yang menyentuh umat Islam.

Munaqashah kali ini menampilkan dua orang ahli panel secara gandingan di antara wakil Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia (MHTM) iaitu Ustazah Ummi bersama dengan Ustaz Abdul Hakim Othman selaku Presiden HTM.

Program berlangsung dengan baik dan cukup menarik kerana para hadhirin dan hadhirat turut dilibatkan untuk memberi komen masing-masing dengan isu yang dibentangkan. Selain persoalan yang ditujukan kepada kedua-dua ahli panel, persoalan juga turut dilontarkan kepada mereka yang hadir bagi menghangatkan suasana.

Ustaz Hakim menjelaskan secara rinci hukum dan nas-nas tentang poligami yang banyak disalah fahami oleh umat Islam. Manakala Ustazah Ummi pula menerangkan bagaimana hukum poligami yang telah diserang dan diburuk-burukkan oleh Barat sehingga berjaya mempengaruhi segelintir umat Islam khususnya puak liberal seperti Sisters In Islam (SIS). Wakil Muslimah HTM ini melanjutkan bahawa kes-kes poligami yang sering dikaitkan dengan segala macam keburukan dan masalah hanyalah digembar-gemburkan oleh pihak-pihak yang anti Islam yang telah diracun dengan fahaman ‘persamaan gender’ Barat. Walhal masalah rumahtangga sebenarnya lebih banyak wujud di dalam perkahwinan monogami berbanding poligami.

Kedua-dua ahli panel kemudian menerangkan tentang kedudukan perkahwinan di dalam Islam dan juga kedudukan poligami Rasulullah SAW. Umat Islam, khususnya kaum Hawa hendaklah akur dengan hukum poligami yang mubah dan tidak bertindak mengikut perasaan sehingga ‘menentang’ hukum Allah. Manakala kaum Adam pula diingatkan agar berlaku adil terhadap isteri-isteri yang mereka miliki agar tidak dibangkitkan di akhirat dengan keadaan azab akibat pelanggaran mereka terhadap hukum berpoligami.

Abdul Hakim dan Ummi seterusnya menyimpulkan bahawa poligami sebagai satu hukum Allah ternyata telah memberi penyelesaian, bukannya memberi masalah kepada manusia. Ini kerana hukum Allah itu dturunkan untuk menyelesaikan masalah, bukannya menjadi penyebab kepada masalah. Masalah yang berlaku di dalam perkahwinan poligami dan juga monogami bukanlah disebabkan oleh ‘hukum’ itu sendiri, tetapi oleh suami/isteri (manusia) yang tidak mematuhi hukum tersebut.

Ustaz Hakim mengingatkan kaum Muslimin bahawa kewajiban untuk menjadikan Rasulullah SAW sebagai ‘contoh’ adalah berlaku di dalam kesemua perkara bukan hanya poligami. Kita hendaklah menjadikan Rasulullah SAW sebagai suri teladan di dalam bab ibadat, politik, ekonomi, dakwah, jihad, pemerintahan dan sebagainya, bukan hanya di dalam bab poligami, ujar Presiden HTM itu.

Majlis yang bermula lebih kurang jam 9.15 itu berakhir sekitar jam 1.00 petang. HTM dan Khilafah Centre dengan ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah terlibat dan hadir di dalam Munaqashah kali ini. Semoga Allah mencatatnya sebagai sebuah amal soleh untuk bekal kita di akhirat nanti.
 

munaqaashah-poligami-01

munaqaashah-poligami-02

munaaqashah-poligami-03

munaaqashah-poligami-04

munaaqashah-poligami-05

Seminar: ‘Poligami: Masalah Atau Penyelesaian”,
Khilafah Centre, Seksyen 7, Bangi