Munaqashah Uqubat Dapat Sambutan
BANDAR BARU BANGI 24 Okt – Khilafah Centre sekali lagi dipenuhi umat Islam yang ingin mendengar penjelasan dari Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) mengenai sistem uqubat (hukuman) di dalam Islam. “Sistem Uqubat Islam Menjamin Keamanan Negara”, itulah tema yang diangkat oleh HTM di dalam Munaqashah (Diskusi) kali ini yang menampilkan dua orang ahli panel iaitu Presiden HTM sendiri, Ustaz Abdul Hakim Othman dan juga Setiausaha Agung HTM, Ustaz Ahmad Mustafa.Di akhir Munaqashah, kedua-dua ahli panel dihujani dengan pelbagai soalan dari para hadhirin dan alhamdulillah kesemua soalan yang diajukan ternyata menggambarkan kesungguhan hadhirin yang inginkan sistem Islam dilaksanakan, malah ada di antara penanya yang mengharapkan agar Khilafah segera berdiri di Malaysia pada hari ini juga. Selesai soal jawab, majlis kemudiannya ditutup dengan bacaan doa oleh Ustaz Ali. Munaqashah merupakan aktiviti bulanan HTM yang diadakan di Khilafah Centre bagi mendidik umat Islam ke arah penerapan Islam di bawah Daulah Khilafah.




Munaqashah “Uqubat” Di Khilafah Centre, Seksyen 7, Bangi