Muslim Rohingya tidak mengharap demokrasi, tetapi Khilafah
Pemilihan Presiden Myanmar ditetapkan pada 17 Mac depan, lebih awal berbanding tarikh akhir pada 1 April yang menunjukkan parti pimpinan ikon demokrasi, Aung San Suu Kyi iaitu Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD) dan pihak tentera memerlukan tempoh yang lebih lama untuk berunding berbanding perancangan asal.
Pemimpin kanan NLD, Mahn Win Khaing Tan berkata, pihaknya mahu mengadakan pemilihan itu pada Februari namun Parlimen menetapkan proses pengundian perlu dilakukan dua minggu sebelum kerajaan baharu memulakan pentadbiran pada 1 April.
Parti NLD mencatat sejarah memenangi pilihan raya umum pada 8 November 2014 apabila meraih kira-kira 80 kerusi Parlimen Myanmar sekali gus menyaksikan harapan peralihan Myanmar menuju negara demokrasi berbanding sebelum ini di bawah pemerintahan tentera.
Namun, rundingan NLD dan tentera masih menemui jalan buntu terutamanya dalam isu pembentukan kerajaan baharu dan peralihan kuasa termasuk isu membenarkan Suu Kyi bertanding kerusi Presiden walaupun beliau tidak layak kerana berkahwin dengan rakyat asing.
Apa pun, perubahan pemerintahan di Myanmar, jika berlaku, tidak akan membawa sebarang erti dan harapan kepada kaum Muslim khususnya di Arakan (Muslim Rohingya) yang tertindas dan sering menjadi mangsa pelampau Buddha di negara kafir itu. Suu Kyi sendiri sering mengelak dan memberi jawapan ‘selamat’ apabila ditanya tentang nasib Muslim Rohingya, yang menunjukkan ketidakseriusan ikon demokrasi itu memperjuangkan hak minoriti Muslim di Myanmar.
Penderitaan umat Islam Rohingya di Myanmar telah bermula sejak abad ke-18 lagi apabila kaum kuffar berjaya menghancurkan wilayah Arakan yang sebelum itu aman di bawah pemerintahan Islam selama lebih tiga abad. Setelah penganut Budha menguasai negara tersebut, nasib umat Islam bertambah buruk dan mengalami penderitaan, termasuk pembunuhan beramai-ramai dengan cara yang amat kejam, yang tidak pernah disaksikan oleh sejarah.
Muslim Rohingya dinafikan kerakyatan oleh junta tentera selain hilang segala hak untuk mendapat akses perkhidmatan kesihatan, pendidikan malah keperluan asas. Mereka dilayan lebih buruk daripada binatang di tanah air mereka sendiri hanya kerana agama mereka adalah Islam.
Sehingga kini, ribuan Muslim Rohingya bergadai nyawa melarikan diri dari kekejaman pelampau Buddha, termasuklah ke Malaysia dan Indonesia, walaupun hakikatnya mereka juga tidak mendapat layanan yang baik di negara baru yang mengaku sebagai negara Islam.
Sesungguhnya hati dan perasaan kita sudah tidak terkata apabila melihat penderitaan umat Islam di Myanmar, namun hingga kini kita masih belum mempunyai pemimpin yang akan menghentikan segala penderitaan kaum Muslimin dengan tuntas.
Sesungguhnya tidak ada jalan lain untuk mengakhiri penderitaan saudara-saudara Muslim Rohingya ini, kecuali dengan tegaknya Khilafah yang bukan sahaja akan memberikan perlindungan kepada mereka yang tertindas ini, tetapi akan turut mengajar segala kebiadaban puak kuffar ke atas kaum Muslimin dan sesungguhnya Khilafah tidak akan tegak dengan sendirinya kecuali kita wajib berusaha untuk merealisasikannya.