MUSLIMAH HIZBUT TAHRIR MALAYSIA DIJEMPUT KE GATHERING WOMAN CARE FOR PALESTINIAN

Kuala Lumpur, 24 November 2012 – Dalam usaha membela nasib umat Islam di Palestin yang sekali lagi dibantai dengan zalimnya oleh tentera rejim entiti Yahudi Zionis laknatullah, satu perhimpunan (gathering) yang bertemakan Woman Care For Palestinian telah diadakan di perkarangan KLCC.

Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia (MHTM) juga dijemput hadir ke gathering yang mengumpulkan ketua-ketua dan wakil-wakil daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGOs) termasuklah remaja-remaja daripada Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS).  Ketua MHTM, Ustazah Aisyah dan 2 orang AJK Pusat MHTM iaitu Ustazah Sumayyah dan Ustazah Syamsiyah telah hadir bagi memenuhi jemputan ini.

Tujuan gathering ini diadakan adalah bagi mengumpul dan menyatukan organisasi-organisasi wanita yang bergerak dalam Malaysia bagi mencari titik pertemuan terhadap permasalahan besar umat Islam iaitu pembantaian saudara seaqidah di Palestin.  Dalam sesi yang singkat ini, semua ketua dan wakil organisasi masing-masing diberi peluang untuk menyatakan pendapat mereka tentang tragedi yang melanda umat Islam di Palestin dan menyampaikan penyelesaian yang boleh diambil oleh setiap individu muslim khususnya muslimah.

Semua peserta yang hadir sepakat bahawa semua individu muslim termasuklah wanita wajib bersatu padu dalam penyelesaian masalah umat Islam di Palestin ini. MHTM juga telah menyatakan pendapatnya bahawa masalah Palestin bukanlah masalah Negara Palestin dan bukan juga masalah bangsa Palestin semata-mata tapi ia adalah masalah umat Islam kerana umat Islam adalah bersaudara antara satu sama lain sebagaimana firman Allah,

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara.“  [TMQ al-Hujurat (49):10].

Penderitaan yang membelenggu rakyat Palestin saat ini adalah bukan masalah peperangan, kemusnahan bangunan dan kecederaan fizikal semata-mata.  Punca kepada semua masalah ini adalah apabila tanah Palestin diceroboh oleh kaum Yahudi laknatullah.  Jadi, apa yang dapat menyelamatkan nyawa dan maruah umat Islam Palestin adalah apabila mereka dibebaskan daripada cengkaman Yahudi tersebut.  Cara ini telah ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W apabila baginda membebaskan Kota Mekah, di mana umat Islam tidak aman hidup di dalamnya.  Sesungguhnya satu-satunya cara untuk membebaskan Palestin adalah dengan penyatuan semua pemimpin umat Islam di bawah naungan satu sistem pemerintahan iaitu Daulah Khilafah.  Dengannya, seluruh kekuatan umat Islam akan bergabung bagi melancarkan jihad ke atas musuh Islam itu. Inilah yang telah dilakukan oleh Khalifah Umar al-Khattab dan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi ketika membebaskan tanah Palestin.  Jadi, tugas setiap Muslim saat ini adalah menggesa pemimpin-pemimpin mereka untuk kembali kepada ajaran Islam dan bersatu atas dasar perjuangan Islam.

Walaupun hujan renyai-renyai membasahi para peserta, namun tiada seorang pun yang berganjak kerana hujan air bukanlah penghalang bagi mereka, kerana kehadiran mereka telah membuktikan bahawa umat Islam bersatu dan sepakat dalam isu Palestin.  Apa yang dinantikan dan diharapkan adalah agar para pemimpin umat Islam bertindak untuk mengerakkan tentera-tentera Islam bagi menghukum pemangsa iaitu entiti haram Yahudi Zionis yang bersifat bejat dan secara berterusan memangsai umat Islam.  Hakikatnya Yahudi Zionis hanya akan faham istilah jihad dan bukan yang lainnya.  Mereka selamanya tidak akan faham istilah perjanjian damai, gencatan senjata dan lain-lainnya. Pihak MHTM juga menegaskan bahawa selagi umat Islam masih hanya menyelesaikan keadaan si “mangsa” tetapi tidak menyelesaikan isu si “pemangsa” maka selagi itulah nasib umat Islam Gaza ini akan terus berulang untuk kesekian kalinya.  Para peserta kemudian bersurai dengan semangat ukhwah Islamiyah dan bersetuju untuk bertemu kembali dalam menjalankan usaha yang murni ini.