Najib turut merayakan Thaipusam?

najib1Sekali lagi Najib selaku seorang pemimpin Muslim gagal untuk memahami maksud toleransi dalam beragama sepertimana yang diajarkan dalam Islam. Di manakah perginya para penasihat dan cerdik pandai agama dalam membimbing Najib ke jalan yang benar? Perbuatan yang bertentangan dengan aqidah ini bukan sahaja dilakukan oleh Najib, malah ia turut melibatkan para pemimpin Muslim dalam Pakatan Rakyat.

Bukankah Islam telah lama menerangkan kepada kita tentang apakah sikap yang perlu diambil dalam berhadapan dengan agama lain? Firman Allah SWT:

“Katakanlah, ‘Wahai orang-orang kafir! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah apa yang aku sembah. Bagi kamu qgama kamu, dan bagiku agamaku”.  [TMQ al-Kafirun (109): 1-6].

Apakah Najib takut untuk menyatakan kebenaran bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang benar dalam muka bumi ini dan Islam melarang umatnya untuk meraikan sambutan perayaan agama-agama lain demi menjaga hati kaum kafir berbanding menjaga hukum Allah?  Selaku seorang pemimpin Muslim yang mempunyai kuasa yang paling tinggi dalam negara, Najib sewajarnya mendakwahkan dan menyeru para penganut agama kufur yang lain untuk masuk ke dalam Islam. Malangnya, Najib langsung tidak pernah melakukan hal sedemikian, begitu juga dengan para pemimpin sebelumnya. Walhal, inilah yang ditunjukkkan oleh Rasulullah SAW di sepanjang baginda memegang tampuk pemerintahan negara. Setiap utusan negara yang datang menghadapnya akan disampaikan Islam kepadanya dan diajak untuk memeluk Islam. Baginda turut mengirimkan surat kepada pembesar-pembesar kafir yang berada di sekeliling Madinah dan juga para pemimpin kafir di luar Daulah Islam agar mereka memeluk Islam dan bergabung dengan tanah kaum Muslimin.

Sebagai informasi ringkas, Thaipusam merupakan perayaan yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu di seluruh dunia bagi menghormati dewa Hindu, Dewa Murugan atau juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam. Thaipusam merupakan hari untuk menunaikan nazar dan menebus dosa atau memohon ampun di atas dosa-dosa yang telah dilakukan selama ini. Tidak semua penganut Hindu akan menunaikan nazar. Nazar ialah memohon sesuatu hajat kepada Dewa Murugan dan jika permohonan dikabulkan, maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran. Jelaslah di sini Thaipusam bukanlah perayaan adat tradisi, sebaliknya ia melibatkan aqidah dan kepercayaan. Isu yang timbul di sini bukanlah sama ada perayaan itu bersifat tradisi atau pun tidak, tetapi  ia melibatkan perintah dan larangan Allah SWT selaku Pencipta manusia, alam semesta dan kehidupan. Tindakan Najib secara tidak langsung telah mengabsahkan ajaran pluralisme sebagaimana placard yang dipaparkan pada perayaan Thaipusam di Batu Caves baru-baru ini dengan kata-kata “I’m a Muslim, I love Hindus”.

Sumber:www.utusan.com.my