Negara Demokrasi Atau Kuku Besi Sama Sahaja Tidak Islami

Malaysia bukan negara kuku besi – Tun Mahathir

KUALA LUMPUR 10 Mei – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menolak dakwaan pemimpin pembangkang bahawa Malaysia adalah sebuah negara kuku besi kerana pembangkang tidak mampu membentuk sebuah kerajaan. “Pembangkang kata kita adalah sebuah negara kuku besi kerana mempunyai parti sama memerintah negara sejak kemerdekaan tetapi kita melihat pembangkang mempunyai peluang untuk menang di semua peringkat pilihan raya.  “Mereka juga mampu membentuk kerajaan (di beberapa negeri). Ini mebuktikan Malaysia adalah sebuah negara demokrasi kerana pembangkang sebenarnya boleh menang,” katanya semasa menyampaikan cermah bertajuk Peneraju Tadbir Urus – Imbasan Pengalaman Malaysia di sini hari ini.  Ceramah ulang tahun ke-50 itu anjuran Institut Setiausaha dan Pentadbiran Berkanun Malaysia. 

Dr. Mahathir juga menekakan pentingnya Barisan Nasional (BN) menguasai semula dua pertiga majoriti di Parlimen supaya memiliki kuasa seimbang agar dapat mentadbir negara tanpa banyak halangan daripada pembangkang. “Memiliki majoriti dua pertiga juga penting kerana ia mengimbangi kuasa menentang oleh pembangkang dan kuasa kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai parti pemerintah,” katanya.  Dr. Mahathir berkata, seorang pemimpin cemerlang bukan sahaja mempunyai idea bernas tetapi juga tahu bagaimana melaksanakan idea tersebut.  “Misalnya, pelabuhan kita, kita bina kemudahan yang amat baik di Pelabuhan Klang dan berbelanja berbilion ringgit untuk membinanya. Jadi kajian dilakukan dan mendapati sejumlah satu juta unit kontena atau bersamaan dua puluh kaki (TEU) dikendalikan di semua pelabuhan di Malaysia.  “Kami bertanya bagaimana Singapura mengendali 12 juta TEU…ini sudah pasti tidak betul, kami membelanja banyak wang untuk membina pelabuhan dan namum ia tidak berfungsi.  “Jadi kami beritahu menteri berkenaan supaya turun padang dan melihat pelabuhan sama ada ia berfungsi secara betul atau tidak…jika ada masalah biar kita selesaikan.  “Jika ia tidak cekap biarkan kita menjadikan pelabuhan kita cekap dan efisen dan hari ini kita mengendalikan kira-kira 15 juta TEU di semua pelabuhan di negara ini,” katanya. – Bernama



Sumber: Utusan Malaysia 11/05/10

Tidak kiralah samada negara Kuku Besi atau Negara Demokrasi…Malaysia tetap negara sekular dan statusnya tetap Darul Kufur

Dulu Mahathir pernah mengatakan Malaysia adalah negara Islam. Kini Mahathir beria-ia benar pula mempertahankan bahawa Malaysia bukan negara kuku besi dan sebaliknya mengatakan bahawa Malaysia adalah negara demokrasi. Alasannya adalah bahawa pihak pembangkang pun mempunyai peluang dan boleh membentuk kerajaan di beberapa negeri melalui pilihanraya. Beliau nampaknya begitu bercelaru dalam menentukan status dan posisi Malaysia. Hakikatnya, biar apapun label yang diberikan oleh Mahathir kepada Malaysia namun yang pastinya Malaysia tetaplah sebagai sebuah negara sekular demokrasi yang memberikan hak kepada manusia untuk membuat undang-undang. Walaupun jika benar Malaysia bukan negara kuku besi seperti yang didakwa oleh beliau namum persoalannya kini ialah apakah hebatnya Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi jika sistem negara ini mengundang murka Allah SWT?

Wahai Mahathir! Wahai kaum Muslimin! Ahli-ahli parlimen yang dipilih setiap lima tahun itu sesungguhnya terpalit dengan kemungkaran yang paling besar kerana kewujudan parlimen itu sendiri adalah  sebagai sebuah institusi yang berperanan untuk membuat dan mengubal undang-undang, mengambil alih peranan Allah sebagai musyarri’. Hakikatnya, meskipun pahit untuk ditelan ramai dari kaum Muslimin, inilah kebatilan dan kesesatan yang paling besar di dalam sistem demokrasi. Dari realiti inilah Malaysia dan seluruh negeri umat Islam yang wujud hari ini dikategorikan sebagai Darul Kufur pada pandangan syara’. Lihat SN132- MALAYSIA- NEGARA ISLAM ATAU SEKULAR?