Palestin perlu pembebasan, bukan pengiktirafan
Setelah sekian lama berhempas pulas untuk diiktiraf menjadi anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), akhirnya pengundian semalam (10/05/2024) menyaksikan yang Palestin diiktiraf layak untuk menjadi anggota, dan diberi beberapa hak tambahan di dalam badan dunia itu.
Pada bulan lepas, Amerika telah menggunakan kuasa vetonya untuk tidak mengiktiraf Palestin sebagai negara anggota. Melalui keputusan semalam iaitu dengan 143 undi bersetuju, 9 menentang dan 25 berkecuali, Perhimpunan Agung PBB telah mengesyorkan kepada Majlis Keselamatan agar mempertimbangkan semula hal tersebut (pengiktirafan Palestin sebagai anggota) secara positif.
Walaupun Palestin belum lagi diterima sebagai anggota, kerana ia memerlukan kelulusan Majlis Keselamatan terlebih dahulu, namun keputusan “layak sebagai anggota” sudah cukup menggembirakan banyak pihak, yang sejak lama ingin melihat kedudukan Palestin setaraf dengan negara-negara anggota yang lain dalam PBB yang kini berjumlah 193 buah.
Persoalannya, apakah keperluan dan kebaikannya jika Palestin menjadi anggota PBB? Adakah PBB akan membantu membebaskan Palestin dari cengkaman Yahudi? Adakah PBB akan menghentikan segala kekejaman Yahudi ke atas warga Palestin? Adakah negara-negara anggota lain akan membantu menyelesaikan krisis Palestin secara tuntas hingga Tanah Yang Diberkati itu kembali ke tangan umat Islam?
Mana mungkin PBB akan membebaskan Palestin daripada tangan Yahudi, kerana PBB-lah yang telah melahirkan entiti Yahudi dan menjaga entiti haram tersebut selama ini! Mana mungkin PBB akan menghentikan kekejaman Yahudi kerana sejak puluhan tahun telah terbukti yang PBB hanya menjadi penonton kepada kekejaman tersebut tanpa berbuat apa-apa! Mana mungkin negara-negara anggota lain akan membantu Palestin apabila selama ini pun mereka tidak pernah membantu!
Apatah lagi jika dipandang daripada kaca mata Islam. Adakah dengan menjadi anggota PBB akan menjadikan Palestin istimewa di sisi Islam? Adakah dengan menjadi anggota PBB akan menjadikan Palestin lebih mulia dan lebih tinggi darjatnya di sisi Allah berbanding jika tidak menjadi anggota?
Sesungguhnya Allah (swt) telah lama memberkati tanah Palestin, sejak ribuan tahun lamanya. Dia (swt) telah mengutus ramai daripada kalangan Rasul-Nya ke bumi tersebut. Dia (swt) telah memperjalankan kekasih-Nya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa (di Palestin) sebelum diangkat ke Sidratul Muntaha. Padahal boleh sahaja bagi Allah (swt) untuk terus mengangkat kekasih-Nya itu ke langit tanpa “singgah” di Palestin.
Begitulah keberkatan yang Allah (swt) berikan ke atas Palestin. Pendek kata kemuliaan dan keberkatan tanah Palestin telah dianugerah dan dijamin sendiri oleh Allah (swt).
Justeru, Palestin tidak memerlukan pengiktirafan manusia, apatah lagi pengiktirafan oleh badan kufur PBB, yang telah sejak lama terbukti mendatangkan banyak keburukan kepada Islam dan umatnya. Bahkan kewujudan PBB, yang asalnya merupakan gabungan negara-negara Kristian Eropah itu, adalah bertujuan untuk menghapuskan Daulah Khilafah, dan sekali gus menghancurkan umat Islam, yang menjadi kekuatan dunia pada waktu itu.
Daulah Khilafah di saat-saat kelemahannya sehingga digelar “the sick man of Europe” (orang sakit Eropah) telah melakukan kesilapan apabila bergabung dengan perkumpulan negara-negara Eropah tersebut, sehingga akhirnya membawa kepada keruntuhannya pada tahun 1924.
Jadi, Palestin tidak seharusnya mengulangi kesilapan yang sama dengan memasuki badan kufur antarabangsa seperti PBB, yang hanyalah sebuah perangkap ke atas umat Islam untuk terus tunduk kepada orang-orang kafir. Dalam Perkara 4 Piagam PBB menyatakan dengan jelas bahawa mana-mana negara yang ingin menjadi anggota PBB wajib terikat dengan segala peraturan yang telah ditetapkan oleh PBB, yang sudah pasti segala peraturannya adalah menyalahi syarak.
Syarat batil inilah yang telah menjadi antara penyebab kehancuran Khilafah dahulu, kerana Khilafah hanya dibenarkan diterima masuk ke dalam perkumpulan negara-negara Kristian Eropah pada waktu itu jika bersetuju meninggalkan Islam dalam segala urusannya di peringkat antarabangsa.
Sesungguhnya apa yang diperlukan oleh Palestin sekarang bukanlah pengiktirafan sebagai anggota PBB, tetapi Palestin memerlukan pembebasan! Apa guna menjadi negara anggota PBB sedangkan Palestin terus terkepung dan terjajah, Gaza pula terus bermandi darah, dan Masjidil Aqsa terus didominasi oleh kaum Yahudi la’natullah.
Apa yang diperlukan oleh Palestin sekarang ialah kehadiran tentera kaum Muslimin untuk berperang melawan Yahudi, seterusnya membebaskan keseluruhan tanahnya dari sungai hinggalah ke lautnya, dan menjadikan Palestin sebagai kubur terbesar orang-orang Yahudi!
Apa yang diperlukan oleh Palestin sekarang bukanlah bergabung menjadi anggota di dalam badan kufur antarabangsa PBB, tetapi bergabung di dalam Daulah Khilafah bersama dengan negara-negara umat Islam lainnya, dengan berada di bawah satu pimpinan (Khalifah), satu pemerintahan dan satu bendera.
Setiap Muslim di seluruh wilayah Islam wajib berusaha untuk merealisasikan hal ini yakni berusaha untuk mendirikan Daulah Khilafah, dan apabila Khilafah telah berdiri di salah satu wilayah, maka Muslim di wilayah lainnya wajib berusaha untuk menggabungkan diri sehingga terbentuklah sebuah Daulah Khilafah yang besar dan kuat sebagaimana dahulunya.
Semoga Palestin, dan kita semua tidak masuk ke dalam perangkap musuh. Oleh itu, ayuh kita sama-sama berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendirikan semula Daulah Khilafah, yang dengannya jihad akan dilancarkan untuk membebaskan Palestin sehingga Tanah Yang Diberkati itu kembali ke tangan kaum Muslimin dengan penuh kemuliaan, manakala kaum Yahudi akan kembali kepada kerendahan dan kehinaan.
Wallahu a’lam.