Para Pemerintah Muslim Sebenarnya Menyokong Israel

“Jikalau saya seorang pemimpin Arab, saya tidak akan menandatangani perjanjian dengan Israel. Itu adalah lumrah; kita telah merampas negara mereka. Adakah benar Tuhan menjanjikannya kepada kita, tetapi bagaimana ia boleh membuatkan mereka tertarik dengannya (mengadakan perjanjian)?   Tuhan kita bukan Tuhan mereka. Mereka telah menjadi anti-semitik, Nazi, Hitler, Auschwitz, tetapi adakah itu salah mereka? Mereka hanya melihat satu perkara; kita telah datang dan merampas negara mereka. Mengapakah mereka menerimanya?     


-David Ben Gurion, Perdana Menteri Pertama Israel. [Dipetik dari Nahum Goldmann dalam Le Paraddoxe Juif (The Jewish Paradox), pp121]

Kenyataan yang dibuat oleh Ben Gurion pada tahun 1948 ini telah memperlihatkan status sebenar para pemerintah Muslim di mata Zionis. Malah Perdana Menteri pertama Israel Ben Gurion telah menganggap perbuatan menandatangani perjanjian oleh pemerintah Muslim dengan negara Israel adalah suatu pengkhianatan terhadap orang-orang yang mereka wakili. Walaubagaimanapun, pada hari ini para pemerintah Muslim bukan sahaja terlibat dalam pengkhianatan dengan menandatangani perjanjian bersama negara Israel, mereka juga bekerja untuk membaiki hubungan antara entiti haram ini dengan negara-negara kaum Muslimin  dan mereka juga membantah sebarang penentangan untuk menakluki negara Israel. Inilah sebabnya Ben Gurion menganggap para pemerintah Muslim telah berada di dalam khemah Israel apabila dia mengatakan bahawa rejim Arab adalah barisan pertahanan pertama bagi Israel. Dia juga menyatakan bahawa “Rejim kaum Muslimin adalah palsu dan mudah bagi kita untuk melemahkan mereka” [David Ben-Gurion, Mei 1948, kepada Staf Jeneral. Daripada Ben-Gurion, Sebuah Biografi, oleh Michael Ben-Zohar, Delacorte, New York, 1978].

Apa yang dimaksudkannya dengan ‘palsu’ adalah para pemerintah Muslim  ini telah secara palsunya dilantik ke atas umat Islam sejak Khilafah Uthmaniyyah telah dilenyapkan pada tahun 1924.  

Kegagalan para pemerintah Muslim untuk bertindak balas ke atas penyerangan yang dilakukan oleh kaum kafir di sepanjang masa ke atas umat Islam telah mendedahkan lagi pengkhianatan mereka ini Kemuncak pengkhinatan ini telah dapat disaksikan ketika peperangan yang berlaku antara Israel dan Hizbullah tidak lama dahulu di mana para pemerintah Muslim telah menuduh Hizbullah mengapi-apikan  peperangan tersebut. Walhal secara hakikatnya, peperangan tersebut telah diprovokasi oleh Israel di dalam perancangannya untuk  melucutkan senjata Hizbullah, di mana ia merupakan satu-satunya pasukan tentera dalam rantau itu yang menentang Israel dan melindungi rakyat dari serangan Israel. Kebanyakan sebaran media yang cenderung ke arah Barat telah menuduh Hizbullah dalam memulakan peperangan, tetapi apabila dikaji sebuah laporan PBB di dalam perkara berkaitan konflik sejak Israel mengundurkan tenteranya dari Lebanon pada tahun 2000, laporan tersebut banyak menyebut tentang pelanggaran perjanjian oleh Israel:

“Berkaitan pencerobohan udara, laporan tersebut menyatakan jet pejuang Israel telah menceroboh garisan sempadan hampir pada setiap hari, menembusi ke ruang udara Lebanon” (Januari-Julai 2001)

“Hal sama yang berkaitan, dinyatakan Setiausaha Agung, pencerobohan udara oleh Israel di Garisan Biru, di mana ia berterusan hampir setiap hari, menembusi ke ruang udara Lebanon. Penyerangan ini tidak dijustifikasi dan melibatkan kepentingan besar orang awam, terutamanya penerbangan beraltitud rendah yang memecahkan halangan bunyi di kawasan-kawasan yang didiami penduduk”. (Januari-Julai 2002)

“Setiausaha Agung telah menyuarakan keprihatinan yang mendalam di mana “Israel tidak berganjak di dalam provokasinya dan tiada justifikasi di dalam pencerobohan udara terhadap wilayah Lebanon yang berdaulat. Tindak balas Hizbullah dengan menembak peluru anti-jet pejuang di sepanjang Garis Biru “adalah suatu pelanggaran yang meletakkan kehidupan manusia di dalam bahaya”, tambah beliau.” (Januari-Julai 2004). – Laporan Setiausaha Agung kepada Majlis Keselamatan pada 2001/2002/2004.-

Daripada laporan Setiausaha Agung pada tahun 2004, Israel-lah yang telah membuat provokasi dan Hizbullah cuma bertindak balas ke atas pencerobohan Israel. 

Berkaitan dengan ‘penculikan’ tentera Israel, laporan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (JPMA) pada tahun 2006 telah menjelaskan:

“Pada akhir tahun 2005, kira-kira 11,200 orang Palestin telah ditahan oleh Israel di unit penyiasatan, pusat tahanan sementara, kem tahanan tentera, penjara dan balai polis”

“12,192 tahanan diziarahi, termasuk 7504 dipantau secara individu (melibatkan 131 wanita, 565 kanak-kanak dan remaja).

Dokumen tersebut menyatakan JPMA telah mengeluarkan dokumen kepada 17,882 tahanan, jadi jumlah sebenar tahanan yang ditangkap secara tidak sah adalah lebih tinggi. Jumlah yang diberikan ini adalah tahanan di mana JPMA mempunyai maklumat berkaitan mereka. Terdapat banyak lagi jumlah kaum Muslimin yang telah hilang dan jumlahnya tidak dinyatakan di dalam laporan.  Kebanyakan tahanan telah diculik di jalan-jalan sama ada di Palestin ataupun di Lebanon. Perlu diingat bahawa 565 daripadanya adalah kanak-kanak dan remaja. Jadi apabila Israel mendakwa bahawa ia telah diprovokasi untuk berperang dengan Lebanon disebabkan oleh penculikan 3 orang tenteranya oleh Hizbullah, ia sebenarnya tidak membawa apa-apa makna dan ia hanyalah suatu penyelewengan kebenaran. Amat jelas untuk melihat bahawa sebenarnya Israellah yang melakukan provokasi.

Fakta yang ditunjukkan di atas telah diketahui umum di rantau tersebut terutamanya para pemerintah Muslim, tetapi mereka masih menuduh Hizbullah yang mengapi-apikan peperangan, di mana ini membolehkan mereka menjadikan perkara itu sebagai alasan untuk tidak bertindak. Malah mereka juga telah menyeru kepada perpecahan di kalangan umat Islam dengan menyatakan bahawa isu ini adalah berkaitan dengan mazhab, yang memisahkan antara Syiah dan Sunni, dengan menguar-uarkan bahawa Hizbullah adalah Syiah dan disokong oleh Iran. Sebab utama mereka tidak mahu bertindak adalah kerana mereka sebenarnya tidak menjaga kepentingan umat, tetapi mereka menjaga kepentingan penjajah mereka iaitu Amerika dan Britain.

Menurut  Abdullah Mohamed, seorang Profesor Hubungan Antarabangsa di Universiti Kuwait:

“Menuduh Hizbullah adalah satu mesej yang ingin disampaikan oleh negeri-negeri ini kepada AS, dengan mengatakan bahawa merekalah asas kepada kestabilan dan akan terus berkhidmat untuk kepentingan AS di rantau ini.”

Kenyataan Presiden Mubarak menggambarkan pendirian pemerintah Muslim di kawasan tersebut:

“Mereka yang menyeru supaya Mesir terlibat di dalam peperangan untuk mempertahankan Lebanon atau Hizbullah tidak sedar bahawa masa untuk cabaran secara luaran sudah tamat,”

“Mereka yang meminta supaya berperang akan mengakibatkan kita semua hilang segala-galanya di dalam sekelip mata.”

“Tentera Mesir hanya untuk mempertahankan Mesir sahaja dan ini tidak akan berubah,”
Press Trust of India – Kaherah, 26 Julai, 2006.

Pada suatu masa para pemerintah ini menyeru kepada kesatuan Arab dan mereka juga mendakwa menganut  kesatuan Muslim melalui OIC. Tetapi apabila dicabar supaya bertindak melalui kesatuan ini, mereka menganut kepentingan diri.  Kenyataan Mubarak mengingatkan kita kepada kata-kata Musharraf apabila Afghanistan diceroboh oleh AS pada 2002, dia mengatakan “Pakistan adalah lebih utama”.

Kita jangan sekali-kali diperbodohkan dengan berfikir bahawa mereka akan mempertahankan negara-bangsa. Seperti yang kita maklum di Iraq, Saddam Hussein tidak melepaskan tentera untuk mempertahankan bangsanya terhadap percerobohan pasukan tentera AS, tetapi rakyat dan tentera secara individu  yang mengangkat senjata untuk mempertahankan Baghdad pada tahun 2003. Malah kenyataan yang dibuat oleh Raja Abdullah Jordan, Raja Abdullah Arab Saudi dan Hosni Mubarak yang mengkritik Hizbullah, secara tersiratnya telah memberi justifikasi kepada Israel untuk menyerang dan ia mengambilnya sebagai isyarat lampu hijau untuk menakluk Lebanon.

Para pemerintah Muslim telah memberi seribu satu alasan untuk tidak mahu bertindak. Salah satu sebabnya  adalah kerana ketenteraan Israel, di mana tindakan berkonfrontasi dengan Israel akan membahayakan ekonomi negara mereka.

Mari kita kaji apakah pilihan yang ada bagi para pemerintah ini:-

Ketenteraan – Konfrontasi secara langsung

Memencilkan ekonomi dan kebudayaan Israel

Ketenteraan

Jumlah yang pernah diterbitkan menunjukkan bahawa tentera kaum Muslimin jika digabung adalah mengatasi jumlah pasukan tentera Israel dengan nisbah 68 tentera Muslim terhadap 1 tentera Israel. Negeri kaum Muslimin membelanjakan hampir 17 kali ganda perbelanjaannya dalam ketenteraan berbanding Israel. Jadi adalah jelas, sekiranya pasukan tentera kaum Muslimin bersatu, ia menjadi kuasa tentera yang dominan di rantau ini. Malah dengan teknologi termaju ketenteraan yang dimiliki, Israel masih tidak mampu untuk mengatasi jumlah pasukan tentera yang sangat besar ini.




 

Populasi

 

Tenaga manusia tentera     

  

Tenaga manusia tentera simpanan          

 

Perbelanajaan ketenteraan USD$

 Israel

7,112,359

3,353,936

 2,836,722

 11.8187

 

 

 

 

 

 Egypt

81,713,520

41,654,185

35,558,995 

13.7836 

 Iran

65,875,224 

39,815,026

34,344,352 

 19.0725

 Jordan

 6,198,677

 3,371,706

2,886,132

 2.4467

 Syria

 19,747,586

10,218,242

 10,218,242

 5.33183

 Saudi

 28,146,656

 14,928,539

 8,461,049

 54.6

 Turkey

 71,892,808

 39,645,893

 33,444,999

 45.2567

 Yemen

 23,013,376

9,932,593

 3,585,947

 3.71184

 Libya

  6,173,579

3,293,184

2,821,855

2.91408

 Lebanon

3,971,941

2,229,474

1,883,155

1.25364

 Kuwait

2,596,799

1,601,065

1,393,356

7.42

 Oman

3,311,640

1,429,296

1,207,291

6.94146

 Morocco

34,343,220

18,233,410

15,382,861

6.25

 Algeria

33,769,668

19,327,735

16,357,759

7.3359

 Tunisia

10,383,577

5,905,068

5,005,257

1.06498

 Sudan

40,218,456

18,961,029

11,264,895

2.4294

 

 

 

 

 

Muslim – Timur Tengah      

431,356,727      

230,582,445

 182,058,952

 179.81263

Jika dilihat pada sempadan Israel, jelas bahawa adalah suatu yang mustahil bagi Israel untuk mempertahankan dirinya jika diserang serentak melalui darat oleh Mesir, Jordan dan Syria. Mungkin ada yang tertanya, pernahkah negeri-negeri ini terlibat dengan peperangan menentang Israel sebelum ini? Jawabnya ya mereka pernah, tetapi peperangan tersebut secara realitinya adalah sekadar  ‘suasana perang’, dengan objektif ingin mendapatkan perdamaian dengan Israel.

Ini dinyatakan oleh Mohammed  Heikal di dalam buku tulisannya “Jalan Menuju Ramadhan”, di mana beliau memetik kata-kata salah seorang Jeneral Sadat, Mohammed Fouwzi yang memberi analogi seorang samurai mengeluarkan dua pedang, satu pedang panjang dan satu pedang pendek untuk persediaan peperangan. Fouwzi mengatakan perang ini (1967 – perang 6 hari) adalah kes perang pedang pendek, menunjukkan perang yang terhad untuk motif tertentu. Pengkhinatan yang dahsyat terhadap umat oleh Mesir pada ketika ini bersaing dengan Turki dalam membantu Israel  di dalam latihan ketenteraannya. Sepertimana agensi berita Turki melaporkan;

“Perjanjian ketenteraan berbilion dolar, kerjasama perisikan, perancangan pergerakan tentera dan rahsia operasi telah dibuat antara Turki dan Israel. Jet-jet pejuang Israel terbang merentasi Konya. Projek bersama perlindungan peluru berpandu sedang menjadi agenda kedua-dua Negara; ia sedang dipertimbangkan supaya peluru berpandu ditempatkan di sempadan Iran dan Syria. Dalam kawasan 20 ribu kilometer persegi di lembah Konya, terdapat perancangan ketenteraan bagi ratusan jet pejuang untuk melakukan serangan bom nuklear. Banyak lagi contoh seperti ini boleh didapati. Pendek kata, Turki adalah sahabat baik dan sekutu bagi Israel.”   (http://www.zaman.com/?bl=columnists&alt=&trh=20060824&hn=35945)

Sekatan Ekonomi

Diketahui dengan jelas bahawa Israel melalui tanah, laut dan ruang udaranya adalah dikelilingi oleh negeri-negeri kaum Muslimin. Maka Isarel bergantung kepada negeri-negeri kaum Muslimin untuk terus kekal dan juga untuk memasuki dunia luar. Apakah kesan sekiranya sekatan laut, darat dan udara dikenakan? 

Sekatan Laut

Sebanyak 98% daripada kegiatan import dan eksport Israel adalah melalui laut. (www.jewishvirtuallibrary.org). Israel melalui pasukan tentera lautnya telah mengenakan sekatan laut ke atas Lebanon, adalah sesuatu yang mudah sebenarnya bagi Mesir, Syria dan Turki untuk mengenakan pula sekatan laut ke atas Israel yang menjangkau sehingga ke Laut Mediteranean. Israel mengimport 90% daripada keperluan petroleumnya, di mana kebanyakannya diangkut melalui kapal-kapal tangki minyak. Sekatan ini akan memberi kesan yang sangat besar ke atas sumber tenaga utama mereka. Kebanyakan pelabuhan minyaknya terletak di Ashkelon dan Eilat. Pada waktu ini, pelabuhan di Ashkelon menerima minyaknya dari kapal-kapal tangki Rusia melalui Bosphorus, kawasan yang dikuasai Turki.

Pada tahun 1989, Mesir membekalkan 45% daripada keperluan Israel tetapi lama-kelamaan ia telah diganti oleh minyak dari Rusia, iaitu kira-kira 26-30% daripada keperluannya. Kapal-kapal tangki minyak yang sampai ke Eilat perlu melalui Teluk Aqaba di mana sumber bekalan air di kawasan itu dikuasai oleh Arab Saudi dan Mesir. Ini merupakan bekalan air utama dan sekatan dengan mudahnya dapat dikenakan. Pelabuhan di Eilat adalah sangat strategik di mana ia akan menjadi kunci jalan masuk kepada pusat pengagihan minyak bagi Asia Tengah ke pasaran dunia luar. Syarikat minyak BP merancang untuk mengepam minyak melalui salur minyak dan gas di Baku-Tbilisi-Ceyhan merentasi Turki melalui saluran Tipline Israel ke Eilat. Kesemua laluan ini semestinya memerlukan persetujuan daripada negeri-negeri kaum Muslimin. Dengan atas nama keperluan tenaga, Mesir telah menandatangani perjanjian dengan Israel pada bulan Julai 2005 untuk membekalkan Israel antara “1.7 hingga 3 billion kaki padu gas asli setiap tahun selama 15 tahun”. (www.arabicnews.com)

Dengan mengenakan sekatan ia dengan mudahnya membatalkan segala perjanjian yang telah dibuat, sekaligus akan mendedahkan betapa khianatnya para pemerintah ini dalam membantu Israel:

“Kapal-kapal Israel dan kargo yang menuju atau yang datang dari Israel, akan menikmati hak untuk perjalanan bebas melalui Terusan Suez dan mendekati Teluk Suez dan Laut Mediteranean atas dasar Konvensyen Konstantinopel 1888”

“Pihak yang terbabit menimbang supaya Selat Tiran dan Teluk Aqaba untuk menjadi laluan air antarabangsa yang dibuka kepada semua bangsa tanpa sekatan dan tanpa penangguhan kebebasan untuk pelayaran dan penerbangan”.

“Telah dipersetujui bahawa hubungan ini adalah termasuk penjualan komersial biasa minyak bagi Mesir ke Israel, dan Israel akan sepenuhnya terlibat untuk membuat bidaan bagi minyak yang datang dari Mesir” (Perjanjian Damai Antara Negara Israel dan Republik Arab Mesir – 26/03/1979).

Sekatan laut juga berupaya untuk mengawal perkapalan yang membawa keperluan air dari Turki ke Israel. Israel dan Turki telah menandatangani perjanjian “air untuk senjata” pada bulan Januari 2004 di mana Turki akan “menghantar 50 juta meter padu air setiap tahun selama 20 tahun dari sungai Manavgat di Anatolia” ke Israel menggunakan kapal-kapal tangki. (Guardian UK).

Sekatan Darat

Berikut adalah perjanjian dagang yang dibuat bertujuan supaya barang-barang yang didagangkan dapat merentasi sempadan antara Israel, Mesir dan Jordan:

Perjanjian Perniagaan dan Perdagangan (08/05/1980) – “Memastikan pergerakan bebas barang-barang antara dua negara, setiap pihak akan melayan pihak yang lain, undang-undang, peraturan-peraturan, dan prosedur-prosedur biasa yang digunakan dalam negara berkaitan pengimportan dan pengeksportan barang-barang dan komoditi”. “Kedua-dua negara akan saling memberi izin dan saling memberi layanan sebagai bangsa yang memihak antara satu sama lain”.

Kesan daripada perjanjian ini telah menyebabkan peningkatan eksport daripada Israel ke Mesir dan Jordan seperti yang dilaporkan di bawah:

“Eksport Israel ke Mesir dan Jordan dari bulan Januari-Mei 2006 telah meningkat. Terima kasih kepada perjanjian Zon Layak Industri yang dimeterai antara Israel dengan kedua-dua negara jirannya…eksport ke Mesir telah meningkat sebanyak 93% ke USD$48.7 juta. (www.port2port.com)

Sekatan darat berupaya memberi kesan ke atas perdagangan, pos, dan komunikasi antara Israel dengan komuniti antarabangsa.

Sekatan Udara

Perjanjian Pengangkutan Udara – 08/05/1980 – “Untuk terbang tanpa mendarat merentasi wilayah pihak yang terikat dengan perjanjian.”

“Untuk berhenti/singgah dalam wilayah untuk tujuan bukan trafik….Perjanjian bertujuan untuk menghantar dan mengambil penumpang antarabangsa, kargo dan pos menuju kepada atau datang dari wilayah pihak yang terikat dengan perjanjian.”

Penerbangan antarabangsa yang menuju ke Israel dan yang datang dari Israel telah mempergunakan koridor udara melalui negeri-negeri umat Islam. Dengan mengenakan sekatan akan mengakibatkan kesan yang sangat besar ke atas pelancongan dan saluran komunikasi utama yang mana ia akan mempengaruhi operasi negara Israel.

Negeri-negeri kaum Muslimin telah menyokong seruan supaya umat memboikot barangan Israel secara individu namun tidak ada apa yang dibuat di peringkat negara. Boikot yang dikenakan oleh umat Islam sangat memberi kesan kepada barangan Israel dan Amerika. Pada tahun 2002, boikot yang dikenakan umat Islam di Arab Saudi sahaja ke atas produk Amerika telah mengakibatkan kejatuhan sebanyak USD$2 juta dalam eksportnya. Walaubagaimanapun jumlah ini tidak begitu ketara jika dibandingkan dengan jumlah pelaburan negara-negara Teluk ini terhadap AS. Akhbar Rusia Pravda telah melaporkan jumlah aset bagi enam negara Teluk adalah kira-kira USD$1.4 trillion, di mana 78% daripadanya berada dalam negara-negara G8. Jumlah ini dianggarkan dua kali ganda dan lebih jika diambilkira pelaburan yang tidak langsung dan kerjasama yang melibatkan negara-negara Teluk dan negera-negara Barat. Tuntutan mahkamah sebanyak USD$1 trilion terhadap Arab Saudi oleh ahli waris akibat serangan Amerika telah mendedahkan pelaburan Saudi di AS adalah kira-kira USD$750 bilion (Ogos 2002 – BBC).

Sekatan Kebudayaan

Dalam bidang pendidikan, media dan kebudayaan, perjanjian telah ditandatangani antara Israel dan negara-negara umat Islam yang berjiran dengannya. Matlamatnya adalah bertujuan supaya kebudayaan Islam dapat dilenyapkan dan bagi menjadikan Israel dapat diterima oleh masyarakat kaum Muslimin. Berikut adalah tiga contoh perjanjian yang dibuat:

Protokol Pendidikan Untuk Mendirikan Pusat Akademik Israel di Kaherah (25/02/1982) – “Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk mendirikan pusat akademik Israel di Kaherah…pusat ini akan didirikan oleh Persatuan Oriental Israel…”, “menyediakan layanan dan bantuan kepada warga Israel dalam biasasiswa dan para ilmuan pelawat”. Menganjurkan seminar-seminar bagi para ilmuan pelawat dan bagi para penyelidik serta menyediakan peluang bagi mereka untuk bertemu dan bekerjasama dengan para ilmuan dan para penyelidik Mesir.”

Media – Protokol Kerjasama Antara Pihak Berkuasa Penyiaran Israel dengan Radio dan TV Kesatuan Republik Arab Mesir – 16/02/1982 – “Kedua-dua pihak akan saling bertukar program radio dan televisyen dan  filem-filem televisyen, yang menggambarkan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan kehidupan saintifik dalam negara masing-masing”.

Kebudayaan – Perjanjian Kebudayaan Antara Negara Israel – 08/05/1980 – “kedua-dua pihak akan menggalakkan dan mempromosikan remaja serta sukan remaja dan institusi sukan dalam setiap negara”. “Kedua-dua pihak akan menggalakkkan kerjasama dalam kebudayaan, kesenian, dan bidang sains…”…”Pertukaran kebudayaan, pendidikan dan terbitan saintifik”.

Ia tidak berakhir di sini. Kita semua tahu bahawa antara tujuan PLO diwujudkan adalah untuk mengalihkan tanggungjawab daripada mempertahankan kaum Muslimin di Palestin dan melindungi Masjid al-Aqsa beralih kepada organisasi bersifat nasionalistik seperti PLO. Sebenarnya ini adalah tanggungjawab para pemerintah Muslim yang mempunyai kekuatan untuk melakukannya, tetapi sebaliknya mereka cuba untuk mengalihkan pandangan umum supaya tidak berharap kepada mereka.  Samalah juga halnya pendirian yang diambil apabila isu memboikot Israel ditimbulkan untuk menggalakkan umat dalam memboikot barangan Israel dan juga barangan Amerika kerana sokongan Amerika ke atas Israel, sedangkan mereka sendiri menipu umat dengan mengimport produk-produk Israel dengan menggunakan label syarikat-syarikat Muslim. Telah dilaporkan pada tahun 2002, sejumlah USD150 juta barangan Israel telah diimport ke dalam Arab Saudi sahaja melalui 72 syarikat di Jordan, 70 syarikat di Cyprus, 23 syarikat di Mesir dan 11 syarikat di Turki. Rejim-rejim ini menggunakan negara ketiga sebagai topeng untuk menutup punca sumber barangan tersebut. (Deutsche Presse-Agentur).

Khatimah

Mungkin ada yang berfikir bahawa ini adalah pendapat yang terlalu mudah berkenaan situasi ini dan adalah tidak mudah untuk mengerahkan tentera dan adalah sukar untuk mendapatkan persetujuan dalam meluluskan bagi mengenakan sekatan ke atas sesuatu negara. Jika begitu halnya, mengapakah para pemerintah Muslim sanggup mengumpulkan pasukan tenteranya dan menyertai sekutu Anglo-Amerika dalam usaha mengusir Saddam keluar dari Kuwait? Sudah pasti pada pandangan PBB dan masyarakat antarabangsa, penaklukan Saddam Hussein ke atas Kuwait tidak ada bezanya dengan penaklukan Israel ke atas Lebanon. Adakah boleh bagi PBB untuk mengenakan sekatan, larangan ruang udara dan sekatan laut selama 10 tahun tanpa persetujuan kerjasama daripada para pemerintah Muslim?  Sepertimana Israel, Iraq juga dikelilingi oleh negeri-negeri umat Islam. Para pemerintah Muslimlah sebenarnya yang mengenakan sekatan-sekatan ini. Bolehkah kita mengingati kembali siapakah pemerintah yang menentang atau melanggar persetujuan sekatan ini? 

Persoalan yang sepatutnya bermain di minda kita sekarang adalah bagaimana kita ingin membebaskan diri daripada para pemerintah ini. Terdapat beberapa pilihan pendapat telah dicadangkan kepada kita, contohnya pengundian supaya mereka keluar. Kita telah pun menyaksikan apa yang dipanggil sebagai pilihanraya demokrasi dalam dunia Islam sejak berakhirnya Perang Dunia ke-2 dan kita masih belum melihat sebarang perubahan. Mereka sebenarnya menghalang perubahan dan mengekalkan status quo. Terdapat banyak sekali cubaan untuk melakukan perubahan melalui perjuangan bersenjata, tetapi ini hanya mengakibatkan ketidakstabilan dan kehancuran dan membawa kita kembali semula ke tempat asal di mana kita mulai.

Permasalahan sekarang adalah kaum Muslimin telah terperangkap kerana mereka mengambil polisi-polisi dari rejim-rejim yang telah rosak dan para penyokong mereka dari Barat telah menyesatkan mereka. Sebaliknya polisi kita di dalam semua perkara adalah berlandaskan daripada contoh yang telah ditunjukkan oleh Nabi kesayangan kita, Muhammad Sallallahu ‘alaihi wassalam.

Hanya Khilafah sebagai sistem pemerintahan Islam yang dapat menyatukan tanah-tanah kaum Muslimin dan membuang sempadan-sempadan palsu yang dicipta penjajah yang mana selama ini telah meletakkan kaum Muslimin sentiasa berada di dalam negeri yang lemah dan terkebelakang. Hanya Khilafah yang akan mendirikan pemerintahan yang bebas dari cengkaman Barat dan adalah menjadi kewajibannya untuk melindungi nyawa serta kehormatan kaum Muslimin dan warganegara di bawahnya. Cadangan-cadangan penyelesaian yang diberikan sebelum ini sebenarnya adalah bertujuan untuk memastikan supaya perubahan yang komprehensif ini tidak dapat dicapai.

Hizbut Tahrir adalah sebuah parti politik global yang sedang berusaha di kebanyakan negara kaum Muslimin untuk memimpini umat di dalam  mendirikan semula Khilafah. Hizbut Tahrir bekerja secara politik untuk menyatukan umat dalam semua tahap masyarakat dalam usaha mendirikan negara dan membuat perubahan yang menyeluruh. Berusahalah untuk mengetahui bagaimanakah caranya dan anda dapat bekerja bersama-sama Hizbut Tahrir untuk mendirikan semula Khilafah dan membebaskan tanah-tanah kaum Muslimin dari cengkaman para pemerintah Muslim yang khianat dan juga tuan-tuan penjajah mereka. 

Daripada al-A’araj, Abu Hurairah menyatakan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasssalam mengatakan: “

“Sesungguhnya Imam (Khalifah) itu adalah perisai, di mana dari belakangnya umat berperang dan dengannya umat berlindung.”  [HR Muslim]

Wallahua’lam.