Pengakuan mantan tentera Amerika, Michael Prysner: “Teroris sebenarnya adalah saya sendiri, terorisme yang sebenarnya adalah pendudukan ini”

pengakuan-mantan-tentera-amerikaORIENTAL REVIEW menerbitkan kembali fragmen dari salah satu ucapan anti-perang yang paling hebat yang disampaikan oleh mantan Koperal Angkatan Darat AS di Iraq, Michael Prysner pada tahun 2008 di Winter Soldier, Maryland. Hal ini masih relevan hingga sekarang.

“Saya berusaha bersungguh-sungguh untuk berbangga dengan khidmat saya, tetapi yang saya dapat rasakan hanyalah rasa malu. Rasisme tidak dapat menutup realiti pendudukan (penjajahan). Mereka adalah orang, mereka adalah manusia. Saya dihantui oleh perasaan bersalah, setiap kali saya melihat seorang lelaki tua, seperti halnya seseorang yang tidak mampu berjalan, yang kami angkat dengan tandu dan mengatakan kepada polis Iraq untuk membawanya pergi. Saya merasa bersalah setiap kali melihat seorang ibu bersama anak-anaknya, seperti halnya seseorang yang melaung histeria dan menjerit kepada kami bahawa kami lebih buruk daripada Saddam, kerana kami memaksanya untuk keluar dari rumahnya. Saya merasa bersalah setiap kali melihat seorang gadis muda, seperti seseorang yang saya pegang lengannya, lalu menyeretnya ke jalan.

Kami diberitahu sedang memerangi teroris…namun teroris yang sebenarnya adalah saya sendiri dan terorisme yang sebenarnya adalah pendudukan ini. Rasisme dalam militer telah lama menjadi alat penting untuk membenarkan kerosakan dan pendudukan negara lain dan telah lama digunakan untuk membenarkan pembunuhan, penaklukan dan penyeksaan terhadap orang lain. Rasisme adalah senjata penting yang digunakan oleh pemerintah ini; ini adalah senjata yang lebih penting daripada rifel, kereta kebal, pengebom ataupun kapal perang; Rasisme jauh lebih menghancurkan daripada artileri atau bom yang menembusikubu atau peluru berpandu tomahawk.

Semua senjata itu diciptakan dan dimiliki oleh pemerintah ini, ia tidak berbahaya tanpa adanya orang-orang yang bersedia menggunakannya. Mereka yang mengerahkan kami ke medan perang, tidak perlu menarik picu atau memusingkan mortar; mereka tidak perlu berperang di medan, mereka hanya perlu menjual perang. Mereka memerlukan publik yang bersedia menghantar tentera mereka dengan cara yang berbahaya. Mereka memerlukan tentera yang bersedia membunuh dan dibunuh, tanpa perlu bertanya.

Mereka boleh menghabiskan jutaan dollar untuk sebiji bom, tetapi bom itu hanya menjadi senjata apabila penjawat militer bersedia mengikuti arahan untuk menggunakannya. Mereka dapat mengerahkan setiap perajurit ke mana sahaja di dunia ini, tetapi perang hanya tercetus jika tentera sedia berperang…dan kelompok yang memegang kekuasaan, para bilionair yang mendapat keuntungan dari penderitaan manusia, hanya peduli untuk memperluas kekayaan mereka sahaja, dengan mengawal ekonomi dunia.

Fahamilah bahawa kekuasaan mereka hanya terletak pada kemampuan mereka untuk meyakinkan bahawa perang, penindasan dan eksploitasi ini adalah demi kepentingan kita. Mereka memahami bahawa kekayaan mereka bergantung pada kemampuan mereka untuk meyakinkan kelas pekerja untuk mati, untuk mengawal pasar negara lain dan meyakinkan kita untuk membunuh dan mati, yang didasarkan pada kemampuan mereka untuk membuatkan kita menganggap bahawa diri kita adalah paling atas.

Para tentera, pelaut, marin, juruterbang, tidak mendapat keuntungan apa-apa pun dari pendudukan ini. Sebahagian besar orang yang tinggal di AS tidak mendapat keuntungan dari pendudukan ini. Bahkan, bukan hanya tidak memperoleh keuntungan, tetapi kita juga menjadi lebih menderita kerana hal ini. Kita kehilangan anggota badan, bertahan hidup dengan menderita trauma dan memberikan nyawa kita. Keluarga kita terpaksa menyaksikan keranda-keranda kematian yang terbungkus bendera Amerika yang diturunkan ke dalam tanah.

Jutaan orang di negara ini yang hidup tanpa rawatan kesihatan, pekerjaan atau akses untuk mendapatkan pendidikan, telah menyaksikan bahawa pemerintah ini telah menghambur-hamburkan lebih dari EMPAT RATUS LIMA PULUH JUTA DOLAR SEHARI UNTUK PENDUDUKAN INI [IRAK].

Orang-orang miskin dan para pekerja di negara, dikerah untuk membunuh orang-orang miskin dan para pekerja di negara lain, untuk membuat orang-orang kaya menjadi lebih kaya; dan tanpa rasisme, tentera akan sedar bahawa mereka sebenarnya memiliki lebih banyak persamaan dengan penduduk Iraq, berbanding dengan para bilionair yang menghantar kita ke medan perang.

Saya melemparkan banyak keluarga ke jalan-jalan Iraq dan hanya untuk pulang dan menemukan banyak keluarga yang dilemparkan ke jalan-jalan di negara ini dan itu adalah hal yang sangat tragis dan krisis rampasan yang tidak perlu terjadi.

Kita harus bangkit dan menyedari bahawa musuh kita yang sebenarnya bukanlah di negara yang jauh, musuh kita bukanlah orang-orang yang namanya tidak kita kenal dan budayanya tidak kita ketahui. Musuh kita adalah orang-orang yang sangat kita kenal dan orang-orang yang dapat kita pastikan. Musuh kita adalah sebuah sistem yang membiayai perang ketika hal itu menguntungkannya. Musuh kita adalah para CEO yang memecat kita dari pekerjaan ketika hal itu menguntungkan; musuh kita adalah syarikat-syarikat insurans yang menafikan rawatan kesihatan kita, bila hal itu menguntungkan; musuh kita adalah bank-bank yang menyita rumah-rumah kita ketika hal itu menguntungkan.

Musuh kita bukanlah orang-orang yang tinggal lima ribu batu jauhnya dari sini, mereka ada di sini di tempat kita sendiri. Bila kita dapat mengatur dan meyakinkan saudara-saudari kita, kita dapat menghentikan perang ini, kita dapat menghentikan pemerintah ini dan kita dapat mencipta dunia yang lebih baik”.

[sumber : http://orientalreview.org/2012/12/16/michael-prysner-the-real-terrorist-was-me/]