Terserlah Siapa Sebenarnya Tentera Mesir

Tidak ada perkataan yang lebih tepat untuk menggambarkan tentera-tentera Mesir pada saat ini melainkan ucapan ‘laknatullah’ terhadap mereka kerana telah membunuh umat Islam yang juga rakyat sendiri yang berhimpun di Dataran Rabaa al-Adawiya dan Dataran al-Nahda di Kaherah semalam.

Apakah para tentera ini sudah lupa kepada firman Allah SWT,

“Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahannam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutuknya serta menyediakan azab yang besar baginya” [TMQ  an-Nisaa’ (4): 93].

Melihat kepada pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh pihak tentera itu jelas menunjukkan kepada kita bahawa siapakah sebenarnya Jeneral Abdul Fattah al-Sisi yang merupakan salah satu aktor utama dalam kes ini. Umum mengetahui bahawa tentera Mesir adalah tentera yang didukung sepenuhnya oleh Amerika Syarikat. Tindakan ganas dan kejam yang dilakukan oleh tentera Mesir ketika ini sudah semestinya mendapat restu daripada tuan mereka yang juga pelindung kepada tanah haram Israel. Bagi mengaburi semua ini, tuannya berpura-pura mengutuk di samping melakukan perkara-perkara yang akan dilihat sebagai tindakan yang baik dan wajar oleh dunia luar. Justeru, sudah sampai masanya umat Islam di Mesir khususnya mereka yang berhimpun di dataran-dataran tersebut untuk menyedari bahawa kebiadapan tentera Mesir pada waktu ini akan hanya dapat dihentikan melalui tentera-tentera yang berjuang di belakang seorang Khalifah.

  عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « إِنَّمَا الإِمَامُ جُنَّةٌ يُقَاتَلُ مِنْ وَرَائِهِ وَيُتَّقَى بِهِ فَإِنْ أَمَرَ بِتَقْوَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَعَدَلَ كَانَ لَهُ بِذَلِكَ أَجْرٌ وَإِنْ يَأْمُرْ بِغَيْرِهِ كَانَ عَلَيْهِ مِنْهُ » رواه مسلم

“Daripada Abu Hurairah ra, ia berkata, Nabi saw bersabda: ‘Sesungguhnya Imam/Khalifah itu adalah perisai. Di belakangnya umat berperang dan dengannya  umat berlindung. Apabila ia memerintah untuk takwa kepada Allah azza wa jalla serta bertindak adil, maka ia akan memperoleh pahala. Namun apabila ia memerintah dengan selain daripadanya, maka ia akan mendapat akibatnya.[HR Muslim]

قَوْله صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( الْإِمَام جُنَّة ) أَيْ : كَالسِّتْرِ ؛ لِأَنَّهُ يَمْنَع الْعَدُوّ مِنْ أَذَى الْمُسْلِمِينَ ، وَيَمْنَع النَّاس بَعْضهمْ مِنْ بَعْض ، وَيَحْمِي بَيْضَة الْإِسْلَام ، وَيَتَّقِيه النَّاس وَيَخَافُونَ سَطْوَته ، وَمَعْنَى يُقَاتَل مِنْ وَرَائِهِ أَيْ : يُقَاتَل مَعَهُ الْكُفَّار وَالْبُغَاة وَالْخَوَارِج وَسَائِر أَهْل الْفَسَاد وَالظُّلْم مُطْلَقًا …..شرح النووي

Sabda Nabi saw bahawa Imam/Khalifah itu adalah perisai, ia bermaksud seperti sesuatu yang digunakan untuk berlindung. Ia dikatakan sedemikian kerana seorang Imam/Khalifah itu berfungsi untuk mencegah (serangan ) musuh yang mengganggu kaum Muslimin. Dan ia menghalang kezaliman sebahagian orang terhadap yang lain, menjaga kemuliaan Islam, dan masyarakat berlindung kepadanya serta takut terhadap kekuasaannya. Dan adapun makna di belakangnya umat berperang, ia  bermaksud bahawa rakyat akan berperang bersama-sama Imam untuk memerangi kafir harbi, memerangi ahli bughat (pemberontak), para khawarij dan terhadap semua kaum yang membuat kerosakan dan kezaliman secara umum. [Syarah Imam an-Nawawi].

Sila baca SN: SEKILAS POLITIK KETENTERAAN DI MESIR pada pautan : mykhilafah.com