Pembantaian Kaum Muslimin di India: Hizbut Tahrir Malaysia Mengadakan Protes di Suruhanjaya Tinggi India, Menyeru Tentera Muslimin Untuk Bergerak dan Umat Islam Untuk Berganding Bahu Bersama Hizbut Tahrir Untuk Menegakkan Khilafah
Hizbut Tahrir / Malaysia telah mengadakan demonstrasi aman di hadapan Suruhanjaya Tinggi India di Kuala Lumpur pada 06/03/2020 bagi membantah pembantaian yang berlaku ke atas kaum Muslimin di India, khususnya di New Delhi. Pelampau Hindu, dengan restu dan kerjasama Perdana Menteri India, Narendra Modi mula melakukan pembunuhan ke atas umat Islam, membakar masjid-masjid, memusnahkan rumah-rumah kediaman dan harta benda, selepas umat Islam melakukan bantahan terhadap Akta Pindaan Kewarganegaraan 2019. Di sebalik dakwaan dan rasa bangga sebagai negara demokrasi terbesar di dunia, India bagaimana pun tanpa rasa malu, telah meluluskan satu Akta yang cukup diskriminatif, di samping mendedahkan niatnya yang cukup jelas, untuk menjadikan India sebagai sebuah negara Hindu tanpa adanya orang-orang Islam. Modi begitu berani untuk melakukan jenayah sebesar itu kerana tuannya, Trump telah memberi lampu hijau untuk membunuh umat Islam atas nama ‘radikal Islam’.
Himpunan bermula sejurus selepas solat Jumaat di Masjid Jamiul Ihsan yang terletak lebih kurang 250 meter daripada Suruhanjaya Tinggi India. Peserta kemudiannya berarak dari masjid dengan laungan semangat dan Takbir di sepanjang jalan. Sebaik tiba, Ustaz Abdul Hakim Othman selaku Jurucakap Hizbut Tahrir / Malaysia yang mengetuai demonstrasi tersebut, gagal menyerahkan memorandum berkenaan dan hanya diminta meletakkannya di peti surat di luar bangunan. Dalam ucapannya yang lantang, Abdul Hakim menjelaskan kepada peserta yang keengganan pihak Suruhanjaya atau wakil mereka menerima memorandum, menunjukkan kebaculan dan membuktikan kesalahan jenayah yang dilakukan oleh rejim ekstremis Hindu India.
Dalam ucapannya, Abdul Hakim turut menyeru Angkatan Tentera Malaysia dan tentera kaum Muslimin secara umumnya, tentera Pakistan dan Bangladesh secara khususnya, untuk melancarkan jihad fi sabilillah untuk menyelamatkan umat Islam di India serta membebaskan mereka daripada kekejaman rejim ekstremis Hindu. Sebelum mengakhiri ucapannya, Jurucakap Hizbut Tahrir / Malaysia itu menyeru seluruh umat Islam untuk berganding bahu bersama Hizbut Tahrir dalam usaha menegakkan kembali Khilafah sebagai satu-satunya jalan penyelesaian bagi menyelamatkan umat Islam di seluruh dunia, di samping menjadi pemersatu umat di bawah satu payung pemerintahan yang diwajibkan oleh Islam. “Hizbut Tahrir berjuang siang dan malam di seluruh dunia untuk mengembalikan kehidupan Islam dan mendirikan semula Khilafah, yang berdirinya (Khilafah) untuk kali yang kedua telah pun dijanjikan oleh Rasulullah (saw)” ujar Abdul Hakim di akhir ucapannya yang penuh semangat.
Demonstrasi berakhir dengan aman walaupun kemarahan para peserta jelas kelihatan di sepanjang himpunan tersebut. Hizbut Tahrir / Malaysia dengan ini menyeru seluruh kaum Muslimin khususnya di India untuk menolak bukan sahaja Modi, tetapi juga sistem demokrasi yang memberi jalan kepada penyembelih Gujrat itu (Modi) untuk memerintah dan menguasai kaum Muslimin, melalui tangan Amerika. Hizbut Tahrir ingin mengingatkan umat Islam di India bahawa sebaik sahaja runtuhnya Khilafah pada 28 Rajab 1342 H di Turki, ulama dan kaum Muslimin di India merupakan golongan pertama yang menyeru kepada penegakan semula Khilafah. Mereka sedar bahawa Khilafah-lah satu-satunya negara dan sistem untuk umat Islam, dan Khilafah-lah satu-satunya penjaga dan perisai untuk seluruh umat Islam. Hizbut Tahrir dengan ini mendoakan agar Allah (swt) memberikan kekuatan dan kesabaran kepada kaum Muslimin yang sedang dibantai di India dan kami berdoa agar Allah (swt) menghancurkan kesemua rejim yang menindas, dan menggantikannya dengan Negara Khilafah ar-Rasyidah ala minhaj nubuwwah.
Abdul Hakim Othman
Jurucakap Hizbut Tahrir Malaysia
Ahad, 13 Rajab 1441 H
08/03/2020 M
Ruj: HTM 1441 / 07
Press Release
Muslims’ Massacre in India: Hizb ut Tahrir Malaysia Holds Protest at Indian High Commission, Calling upon the Muslim Armies to Move and the Ummah to Join Hands with Hizb ut Tahrir to Establish the Caliphate
Hizb ut Tahrir / Malaysia held a peaceful demonstration in front of the High Commission of India, Kuala Lumpur on 06/03/2020, protesting the massacre of the Muslims in India, especially in New Delhi. The Hindu extremists, under the permission and co-operation of Prime Minister Narendra Modi started to kill the Muslims, burning mosques, destroying houses and other properties after the Muslims protested the Citizenship Amendment Act 2019. Despite its claim and pride of being the biggest democracy in the world, India has, without shame, passed the most discriminative Act and disclosed its intention to make India a Hindu State without any Muslim. Modi dares to commit such a heinous crime when his master, Trump, granted him the greenlight to kill Muslims under the pretext of fighting ‘Islamic radicalism’.
The gathering began right after Friday prayers at Masjid Jamiul Ihsan located 250 meters away from the High Commission. Protesters marched from the mosque with vigorous chanting and Takbeer along the way. Upon arriving, Ustaz Abdul Hakim Othman as the spokesman of Hizb ut Tahrir / Malaysia who led the demonstration was denied access to hand over the memorandum and was just asked to place it in the letter box outside the building. In his emphatic speech later, Abdul Hakim pointed out to the crowd that the non-acceptance of the memorandum by the High Commissioner or his representative indicates nothing but cowardice and proof of guilt of the crimes committed by the Hindu extremist regime of India.
In his speech, Abdul Hakim also called upon the Malaysian Armed Forces and all Muslim armies in general, Pakistan and Bangladesh in particular, to declare Jihad Fi Sabilillah in order to save the Muslims in India and to free them from the oppressive Hindu extremist regime. Finally, before concluding his speech, the Spokesperson of Hizb ut Tahrir / Malaysia called upon all Muslims to work hand in hand with Hizb ut Tahrir to re-establish the Caliphate, as the one and only solution to save the Muslims throughout the world, in addition to uniting them under one leadership as obliged by Islam. “Hizb ut Tahrir works day and night across the globe to resume the Islamic way of life and to re-establish the Khilafah (Caliphate) in which its return had been promised by Rasulullah (saw)”, Abdul Hakim closing his spirited speech.
The demonstration ended peacefully even though the anger of protesters in the gathering was so apparent. Hizb ut Tahrir / Malaysia hereby call all Muslims, especially in India to reject not only Modi, but also the democratic system which allowed Modi, the butcher of Gujrat to rule over the Muslims through the hands of America. Hizb ut Tahrir would like to remind the Muslims of India that soon after the fall of Khilafah on 28th Rajab 1342 AH in Turkey, the ulema and the Muslims in India were among the first group calling for the re-installation of the Khilafah. They were fully aware that the Khilafah is the only State and the only system for the Muslims and the Khilafah was the only guardian and shield for all Muslims. Hizb ut Tahrir hereby prays that Allah (swt) grants strength and patience to the persecuted Muslims of India and that He (swt) destroy all oppressive regimes and replace them with the Righteous Khilafah State upon the method of the Prophethood.
Abdul Hakim Othman
Spokesperson of Hizb ut Tahrir in Malaysia
Sunday, 13th Rajab 1441 AH
08/03/2020 CE
Ref: HTM 1441 / 07