Pembunuhan demi pembunuhan untuk tundukkan warga Syam agar terima gencatan senjata dan rundingan dengan rejim

Gambar UG 080116Di antara salah satu perancangan untuk mematahkan keinginan warga Syam dan menundukkan mereka supaya menerima penyelesaian politik Amerika, pesawat Rusia pada pagi Ahad 20/12/2015 telah melakukan dua pembunuhan di dua bandar iaitu Idlib, di mana lebih 50 mangsa syahid dan berpuluh-puluh lagi cedera dan di perkampungan Kafranaha di pinggiran Aleppo Barat, di mana mangsa syahid lebih dari 15.

Pembunuhan ini adalah susulan dari pembunuhan, seminggu sebelumnya, di bandar Ataarib di pinggiran Allepo Barat yang mengorbankan lebih 25 syahid. Ini sebagai tambahan kepada pembunuhan harian di Ghoutah dan tempat-tempat lain, suatu bentuk jenayah yang sangat jarang disaksikan di mana ia bukan sahaja dilakukan oleh Basyar sendirian, tetapi oleh masyarakat antarabangsa dan pemerintah yang menjadi ejen yang berkonspirasi dengan Barat.

Meskipun bandar Idlib berada di bawah perjanjian damai Fou’ah dan Kufriyah, namun begitu rejim dan tuannya, seperti yang kita sedia maklum, tidak pernah mematuhi mana-mana isi perjanjian. Oleh itu, sesiapa sahaja yang menyangka bahawa rejim akan patuh kepada perjanjian dan rundingan, mestilah sedar bahawa mereka hanya berilusi. Pengeboman ini merupakan bukti nyata penipuan rejim tersebut; Tidak ada siapakah yang akan mengambil pelajaran?

Kami ingin menarik perhatian kepada persidangan-persidangan tajaan Barat dan resolusi mereka berkaitan Syria. Al-Syam akan sentiasa dihujani dengan pengeboman dan pembunuhan dalam rangka mereka memaksa penduduk Syam untuk menerima solusi mereka. Kerana itulah kita menyaksikan siri pengeboman berlaku serentak dengan persidangan Vienna dan berterusan sehingga ke tarikh resolusi dibuat di PBB.

Kesemua jenayah dan pembunuhan ini tidak lain kecuali untuk mematahkan kehendak warga Syam dan memaksa mereka untuk menerima gencatan senjata yang telah dipersetujui bersama oleh negara-negara antarabangsa. Hal ini demi menyelamatkan pemerintah kejam dari jatuh dan supaya rundingan dibuat bersama dengan darah syuhada dan maruah para Muslimah, supaya ia dapat membentuk kerajaan peralihan melalui institusi ketenteraan dan keselamatan mereka, meskipun dengan hanya pertukaran muka dan sedikit perubahan luaran.

Kita kini berada di masa di mana dunia sedang menyaksikan pembentukan tentera gabungan yang mereka gelar ‘gabungan Islamik’ yang terdiri daripada 34 negara dan pada masa yang sama kita langsung tidak merasakan dari mereka atau mendengar apa-apa pun tentang penentangan mereka terhadap keganasan Rusia dan Amerika ataupun penentangan mereka terhadap keganasan dari pemimpin kejam Syam atau Iran.

Ini bukanlah sesuatu yang asing bahawa mereka tidak membentuk kesatuan untuk menolong kaum Muslimin, sebaliknya mereka bergabung untuk memerangi Islam dan menghalang kembalinya Khilafah al-Rasyidah.

Wahai kaum Muslimin di Syam, pusat Islam! Kalian telah menukilkan di dalam revolusi yang dirahmati ini, teladan-teladan yang sangat luar biasa tentang kesabaran dan ketabahan kalian dan oleh yang demikian, janganlah merasa kecewa dengan panjangnya tempoh revolusi dan kepungan ketat yang dikenakan ke atas kalian. Ini hanyalah ujian pembersihan dari Allah SWT. FirmanNya,

(وَلِيُمَحِّصَ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَمْحَقَ الْكَافِرِينَ)

“Dan agar Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir” [Ali Imran (3):141]

Dan jangan biarkan rejim memperbodohkan atau menipu kalian dengan perdamaian di sana sini. Ketahuilah bahawa sesungguhnya kemenangan itu di asaskan atas kesabaran dan ketabahan dan ketahuilah bahawa waktu malam yang paling gelap akan pasti disusuli oleh siang. Allah (swt) berfirman,

(وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ * إِن يَمْسَسْكُمْ قَرْحٌ فَقَدْ مَسَّ الْقَوْمَ قَرْحٌ مِّثْلُهُ ۚ وَتِلْكَ الْأَيَّامُ نُدَاوِلُهَا بَيْنَ النَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّـهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَيَتَّخِذَ مِنكُمْ شُهَدَاءَ ۗ وَاللَّـهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ)

“Dan janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu berdukacita, padahal kamulah orang-orang yang tinggi (darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman. Jika kamu mendapat luka, maka sesungguhnya kaum (kafir) itu pun telah mendapat luka yang sama. Dan masa (kejayaan dan kehancuran) itu Kami gilirkan di antara manusia (agar mereka mendapat pelajaran) dan supaya Allah membezakan orang-orang yang beriman (dengan orang-orang kafir) dan supaya sebahagian kamu dijadikanNya (gugur sebagai) syuhada’ dan Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim” [Ali Imran (3):139-140].

Maktab I’lamiy
Hizbut Tahrir Syria
20/12/2015