Pemenjaraan Dr Aafia Siddiqui Adalah Bukti Keadilan Sistem Kapitalis Hanya Sebuah Khayalan
Kes Dr Aafia Siddiqui adalah contoh keji bagaimana sistem kapitalis memihak kepada para pengembannya dan keadilannya hanyalah sebuah khayalan.
Maruah wanita Muslimah diletakkan dimartabat yang tinggi di dalam Islam. Sejarah di zaman kegemilangan Islam memperlihatkan bagaimana Rasulullah SAW membenarkan hukum bunuh ke atas seorang Yahudi yang menyingkap aurat seorang wanita Muslimah dengan sengaja.
Khalifah Mu’tasim telah mengutuskan para tentera jihad Daulah Islam pada ketika zaman pemerintahan beliau tatkala seorang wanita muslimah melaung memohon bantuan ketika di serang oleh tentera Roman.
Sebaliknya, saat ini, para pemimpin yang sepatutnya membela kaum Muslimah hanya mengutus berpucuk surat dan melaungkan kata-kata kosong kepada pihak media di saat wanita Muslimah di hina dan di siksa.
Hakikatnya, mereka hanya takut dan risau akan kehilangan pangkat, harta dan kemewahan dunia yang dinikmati mereka sekiranya mereka menyakitkan hati Amerika, menyebabkan mereka membatu berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa untuk membela saudara seIslam mereka. Tidakkah mereka sedar nasib kaum Muslimah itu berada di dalam tanggungjawab mereka dan mereka akan diminta pertanggungjawabannya di Hari Pembalasan nanti?
Dr Aafia Siddiqui adalah saudara seakidah kita, yang taraf dan hak nya sama seperti para ibu, kakak-kakak mahupun anak-anak perempuan kita. Dr aafia adalah merupakan tanggungjawab seluruh umat Islam begitu jua golongan Muslimah di seluruh dunia yang pada ketika ini darahnya mengalir dan kehormatannya di cabul dan anak-anak mereka direntap jiwanya oleh tangan-tangan jijik Negara-negara besar Kapitalis.
Semenjak penjajahan wilayah-wilayah Islam pada kurun ke 19 dan keruntuhan Daulah Khilafah Islamiyyah pada 3hb Mac 1924, saudara-saudara Muslimah kita telah di siksa dan terus-terusan hidup dlm kesengsaraan. Pihak Kuffar Barat dengan bongkaknya melaungkan kemenangan mereka sebagai pejuang hak asasi wanita dan mengimport masuk gerakan-gerakan liberalisasi wanita yang kononnya memperjuangkan kebebasan hak wanita ke wilayah-wilayah Islam. Mereka dengan sombongnya menuduh Islam menindas wanita dan seolah-olah Kapitalisme lah yang akan menjadi hero pembebasan wanita Muslimah. Mereka mempergunakan kata-kata manis seperti demokrasi, keadilan sosial, hak asasi manusia dan liberalisasi untuk mengaburi mata kita.
Hakikatnya, wanita di zaman kegemilangan pemerintahan dan Tamadun Islam telah hidup dengan penuh keamanan, keharmonian dan keadilan yang tidak pernah terlihatkan didalam mana-mana sistem pemerintahan berlandaskan akal manusia. Sesungguhnya, kehidupan kita diwaktu ini sebagai para Muslimah adalah seperti mengharapkan belas ihsan para pemimpin dan golongan manusia yang keperibadiannya lebih rendah dari binatang!
Kegagalan segala penipuan mereka untuk meyakinkan kita meninggalkan Deen yang mulia ini, telah membawa mereka ke tahap yang lebih jijik dan kes Dr Aafia Siddiqui dengan sangat jelas mempamerkan kehebatan perancangan kaum kuffar Barat untuk menakut-nakutkan kita agar meninggalkan Deen Allah yang mulia ini. Mereka mahu menunjukkan kepada kita bahawasanya merekalah tuan dan kita adalah hamba-hamba mereka, dan mereka seolah-olah berhak menindas dan memperlakukan sebagaimana kehendak mereka. Namun, semakin mereka berusaha keras, seperti menyerang pemakaian purdah dan tudung, akan tetapi sebaliknya semakin bertambah golongan wanita kafir yang memeluk Islam dan semakin bertambah golongan wanita Muslimah yang menolak sekularisme dan bersama-sama bergandingan menyeru kepada kembalinya kehidupan Islam Kaffah(menyeluruh) dengan menegakkan kembali Daulah Khilafah sebagai pembela Deenullah ini.
Kami ingin mengingatkan para penguasa Islam, kamu telah berebut untuk menjadi para pemimpin kepada ummah ini, maka ingatlah kamu bahawa kamu akan dipertanggungjawabkan keatas setiap perbuatan dan pimpinan kamu.
Kami ingin mengingatkan para pemegang kuasa yang menggerakkan bala tentera, kamu telah memilih satu profesion yang sangat mulia yang mana tanggungjawab kamu adalah untuk memelihara umat ini dan memastikan kalimah Allah di tempat yang tertinggi.
Wahai para tentera!
Ingatlah akan warisan kamu iaitu kehebatan para tentera jihad yang terdahulu, maka tolaklah sistem kuffar ini dan berikanlah nusrah(bantuan) kearah menegakkan semula Daulah Khilafah.
Wahai Muslimin dan Muslimat!
Kamu telah menunjukkan kebaikan dan keimanan kamu dengan menyokong Dr Aafia dan menentang penipuan para penguasa kita dan sistem busuk yang mereka dokongi. Teruskan semangat dan launganmu bagi menyokong dan bersama-sama Hizbut Tahrir untuk mengembalikan kegemilangan Deen Islam dengan tertegaknya kembali Daulah Khilafah Islamiyah. Sesungguhnya janji Allah pasti benar. Wallahu’alam.
Sumber: Khilafah.com
[Sila rujuk ruangan Fokus Muslimah bertajuk “Siapakah Yang akan Membebaskan Dr Aafia Siddiqui”untuk mengetahui lebih lanjut tentang Dr Aafia Siddiqui]