Pemuda Pas dicabar bersama Pemuda UMNO tentang pihak hina Islam
“Pemuda UMNO akan menganjurkan satu ceramah perdana secara besar-besaran di Shah Alam Selangor pada hari Jumaat untuk kita menentang penghinaan agama Islam itu dan saya jemput Pemuda Pas untuk bersama dengan kita atas pentas Pemuda UMNO pada malam tersebut. “Ini bukan soal muzakarah, ini bukan soal wacana, ini bukan soal kerajaan perpaduan…kita masih lagi ada pendekatan berbeza, tetapi atas isu tersebut yang mana saya percaya ramai orang Melayu, orang Islam merasa tersinggung perasaan dengan perangai mereka (hina agama Islam) dan ini perlu kepada satu usaha bersama,” katanya. – Bernama
Sumber : Utusan Malaysia: 07/08/09
Ulasan
Bila Pula Pemuda Umno Mula Berani Berhadapan Dengan Golongan Yang Menghina Islam?
Bila emosi mendahului pemikiran Islam dalam menentukan sesuatu perbuatan maka kita akan dapat melihat ramai di kalangan ahli politik sekular begitu cepat melatah. Mereka bersuara kononya ingin membela Islam yang didakwa semakin berani dihina oleh pihak-pihak tertentu. Persoalannya ialah betulkah Pemuda Umno ini kelompok yang perihatin dengan Islam? Jika ya, di manakah suara mereka ketika menyaksikan Najib dengan rasa tanpa malu kepada Allah SWT menjemput pembunuh umat Islam, Obama, yang terus mengekalkan polisi penjajahan Amerika ke atas dunia umat Islam unntuk datang ke Malaysia tempoh hari? Di manakah kejantanan para pemuda Umno ketika mereka melihat pemimpin umat Islam, termasuklah pemimpin Malaysia berdiam dirinya ( hanya sekadar bersidang tetapi tidak ada tindakan) ketika umat Islam disembelih di Gaza? Di manakah keberanian mereka dalam menyanggah keceluparan SIS yang secara terus-terusan mencabar kesucian Islam? Apakah mereka buta dengan hasil kerja yang dilakukan oleh para pemimpin mereka sendiri selama ini? Siapakah yang membenarkan kilang arak beroperasi di Shah Alam, tempat mereka ingin mengadakan ceramah perdana kelak? Siapakah yang membenarkan berdirinya tempat judi terbesar di Genting Highlands? Siapakah yang bersetuju dengan perlembagaan kufur Lord Reid yang masih dipertahankan sehingga kehari ini? Bukankah kesemua ini merupakan perkara yang menghina Islam? Bagaimana sikap mereka terhadap semua perkara tersebut?