Penangkapan pondan – Adakah untuk membanteras LGBT?

KUALA TERENGGANU – Dua pondan menerima padah apabila tersalah menawarkan perkhidmatan seks kepada polis yang menyamar sebagai pelanggan sebelum dicekup polis, dalam Op Noda di sebuah rumah flat di bandar raya di sini, semalam.

Dalam pada itu, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/ Majistert Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff membenarkan dua pondan terbabit direman selama empat hari mengikut Seksyen 372 B Kanun Keseksaan kerana mencari langganan bagi maksud persundalan.

Berita penuh: http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/dua-pondan-ditahan-dalam-op-noda-1.775136


Ulasan:

Dalam sistem pemerintahan yang mengagungkan hak individu, menjadi lesbian, gay, biseksual atau transgender bukanlah suatu kesalahan yang diperuntukkan di bawah mana-mana akta. Sistem yang digunapakai ini melahirkan undang-undang yang tidak mengiktiraf dosa kepada Allah SWT sebagai satu kesalahan. Apabila kita perhatikan dengan teliti kes penangkapan tersebut, pondan-pondan ini diberkas kerana telah melakukan kesalahan di bawah kanun keseksaan kerana melakukan aktiviti penyundalan yang diiktiraf sebagai aktiviti yang tidak bermoral, namun menjadi pondan itu sendiri tidak boleh disabit dengan kesalahan di bawah sebarang akta.

Sekiranya dosa yang menjadi ukuran, pastilah pondan-pondan tersebut telah ditahan kerana pelanggaran hukum syara’ iaitu larangan pengubahsuaian jantina. Persoalan sebegini seharusnya dicakna oleh kaum muslimin dengan serius, setidak-tidaknya kerana dua perkara; iaitu sekiranya hukum Allah tidak digunakan dalam membuat keputusan dan hukum serta sistem sedia ada masih dikekalkan, LGBT akan terus hidup subur dalam masyarakat kaum muslimin.

Wallahu a’lam.

Shah Sinan
Aktivis Hizbut Tahrir Malaysia